Wednesday, May 30

Nizar Disiasat Di Bawah Akta Hasutan.


Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sedang disiasat di bawah Akta Hasutan berikutan dakwaan beliau berhubung kejayaan Sultan Johor membuat bidaan untuk nombor pendaftaran kenderaan WWW 1.

Difahamkan, Polis Johor telah menubuhkan satu pasukan petugas untuk melakukan siasatan selepas lima laporan polis dilaporkan di negeri itu berkaitan dengan dakwaan tersebut sejak Selasa.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif mengesahkan mengenai pasukan petugas itu yang telah memulakan siasatan.

“Kami akan menyiasat perkara berkenaan secara telus dan profesional. Kami akan mengendalikan tugas kami tanpa sebarang tekanan bagi memastikan ia berlaku adil kepada kedua-dua pihak,” kata beliau.

Kritikan Nizar mengenai kerabat diraja Johor memperoleh bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 di Twitter membawa padah.

Beliau menulis di Twitter bahawa wang RM520,000 yang dibelanjakan untuk bidaan itu dapat digunakan sepenuhnya untuk membantu golongan miskin.

Beliau diminta membuat permohonan maaf secara terbuka kepada kerabat diraja Johor.BACA ARTIKEL SEBELUM INI

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive