Thursday, May 24

Aplikasi Maxis Loker Untuk BlackBerry Sedia Untuk Digunakan


Salah satu aplikasi yang sedang aktif dibangunkan oleh pihak Maxis adalah perkhidmatan storan awan mereka yang dikenali dengan nama Loker. Selepas mereka menawarkan aplikasi Loker untuk Android, Mac OS X, Windows, kini Maxis turut menawarkan aplikasi Loker untuk para pengguna BlackBerry.


Ini mungkin salah satu kejutan kepada semua, memandangkan kami sendiri mensasarkan Maxis mungkin akan memperkenalkan aplikasi iOS terlebih dahulu sebelum BlackBerry, namun nyata pengiraan kami adalah salah.


Melalui aplikasi BlackBerry, ia membolehkan para pengguna dengan mudah sync akan senarai hubungan dan buku alamat mereka, disamping pada masa yang sama turut sync akan data di kalendar, gambar dan video yang dirakamkan, serta fail-fail yang lain.

Pada masa yang sama, selain membolehkan anda menggunakan data yang sama pada pelbagai peranti, ia juga membolehkan anda membuat salinan pendua dan menyimpannya pada storan awan Loker ini.



Buat masa ini, melalui Loker, Maxis menawarkan ruangan storan sehingga 150MB secara percuma. Namun, menurut Maxis, mereka akan muncul dengan kejutan apabila ia dilancarkan secara rasminya kelak.

Walaupun aplikasi Loker ini masih belum dilancarkan secara rasminya, bagi para pengguna BlackBerry yang berminat, boleh memuat-turunnya secara percuma hari ini melalui pautan khas pada laman Loker. Untuk pengguna Android pula, anda boleh mendapatkannya terus daripadaGoogle Play Store hari ini.sumber

1 comment:

Unknown said...

Tuan, pohon linkkan blog saya di blog tuan. Saya telahpun linkkan tuan di blog saya. TQ.

http://apakecoh2.blogspot.com/

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive