RAPID

Sunday, May 13

MAJLIS PEGUAM PREJUDIS?


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menolak resolusi Majlis Peguam yang mendesak beliau dan Ketua Polis Negara memohon maaf di atas apa yang didakwa sebagai keganasan polis semasa perhimpunan BERSIH 28 April lalu.

Hishamuddin berkata Majlis Peguam jelas prejudis dalam membawa resolusi sedemikian pada mesyuarat agong luar biasa yang menurut beliau hanya menempelak kewibawaan badan pengamal undang-undang itu.

“Mereka boleh mendesak sedemikian tetapi jelas, sebelum mesyuarat itu lagi, mereka bersikap prejudis. Ini baru beberapa hari selepas BERSIH, tidak mungkin mereka tahu segala yang berlaku,” kata Hishamuddin.

Beliau berkata pihak kementerian akan memberi laporan penuh minggu depan mengenai apa yang berlaku pada 28 April yang menyaksikan penyokong Bersih cuba membolos penghadang polis dalam usaha untuk mara ke Dataran Merdeka.

Semalam, 939 peguam menyokong resolusi mahukan Hishamuddin dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar meminta maaf kerana dikatakan mengguna kekerasan keterlaluan terhadap peserta BERSIH.

Keadaan huru hara itu tercetus susulan tindakan sejumlah penyokong tidak mengendahkan arahan Pengerusi BERSIH S.Ambiga untuk bersurai tetapi berkeras untuk terus mara ke Dataran Merdeka


Sebuah rakaman video menunjukkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sekutunya Azmin Ali bertukar isyarat tangan sebelum penyokong BERSIH mengalihkan pengadang polis untuk penyokong lain memasuki Dataran Merdeka.

Kerajaan menubuhkan sebuah panel siasatan bebas untuk menyiasat tuduhan-tuduhan terhadap polis itu namun Majlis Peguam bertindak mengeluarkan resolusinya terlebih dahulu.

Panel itu diketuai oleh Bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar dan anggotanya termasuk seorang tokoh wartawan, bekas hakim Mahkamah Persekutuan dan seorang ahli akademik.

1 comment:

Anonymous said...

masih adakah yang ambil peduli dengan majlis peguam ni? saya fikir orang ramai pun dah muak dengan diorang ni...

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive