exponegaraku

Thursday, May 31

FITNAH TERBARU BLOGGER PAKATAN HARAM KEPADA DS @HishammuddinH20


Masalah utama dengan blogger pakatan haprak, mereka menulis untuk memfitnah dan dengan perbuatan itu maka mereka berjaya menjatuhkan sesiapa sahaja terutama lawanya dari kalangan pemimpin terdiri dari musuh mereka.

Cara mereka didalangi cara kebanyakkan pemimpin tertinggi pakatan haprak yang lebih cenderung menyerang peribadi demi meraih sokongan.

Terbaru Ds Hishammuddin pula diserang secara konsisten oleh kebanyakan blogger pakatan haram di mana foto yang merakamkan aksi Ds Hishammudin menari di atas pentas bersama-sama peserta senaman aerobik sewaktu Hari Himpunan Jutaan Belia 2012 telah mencetuskan kontroversi hangat di laman blog pakatan haram.

Aksi itu kononya dakwa mereka, mengalakkan perbuatan maksiat dikalangan belia dan pemimpin seharusnya tahu membantaskan perbuatan bila bersama-sama bukan muhrim di tempat awam telah menimbulkan seribu persoalan bahawa ternyata pemimpin mereka yang terang-terangan memuja perbuatan yang melanggar akidah sebagai umat Islam tidak pun di persoalkan.

Tindakan Ds Hishammuddin menari di atas pentas bukan sesuatu tindakan tidak bermoral seperti dakwa dan fitnah dari blogger haram, ianya dilihat tidak lebih menunjukkan sikap bersahaja pemimpin yang mesra dan jiwanya bersama rakyat tidak kira sesiapa sahaja.

Kalau ini dikatakan maksiat, apakah foto pemimpin mereka seperti dibawah juga maksiat.



Adakah ini joget halal…?

Nilailah sendiri perbuatan pemimpin mereka sendiri dan jika blogger pakatan haram betul-betul bermaruah tegur dengan baik beberapa pemimpin mereka yang sangat rendah moralnya.

Sebelum itu jom saksikan video ini, menunjukan kepada kita perbuatan yang ternyata memesongkan akidah pemimpin ini. Adakah perbuatan ini halal kerana dia pemimpin yang maksum.

1 comment:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive