RAPID

Tuesday, May 15

Cerita Lawak Dari @Addin77 yang Kurang Cerdik?



Apa kejadahnya gambaq nie ada kena mengena dengan bersih duduk dan berak dalam seluaq?Apabila dilihat rupanya tahap pemikiran depa nie hanya setaraf budak tadika Pasti yang baru mengenai dunia.Bunga berwarna kuning dijadikan modal serta dikaitkan dengan bersih yang telah menjadi api membakar pemimpin pakatan haram.Hanya Mat Saboon seorang saja mesih lagi berbicara tentang bersih 4.0 mana lagi suara yang lain diam membisu kerana malu dengan kelemahan bersih 3.0.Malu tahap sanggap dah jika masih lagi bermain isu yang tidak lagi relevan.

Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatnya dari Britain, David Cameron mengadakan perbincangan di No 10 Downing Street di sini, semalam, dalam usaha kedua-dua negara untuk meningkatkan hubungan dua hala ke tahap lebih tinggi.

Pertemuan itu diadakan sempena lawatan rasmi empat hari Najib ke United Kingdom (UK) atas jemputan Cameron.Kedua-dua pemimpin mengadakan perbincangan sejurus ketibaan Najib di pejabat Perdana Menteri Britain itu di tengah kota London dalam cuaca yang agak dingin walaupun kini musim panas.

Najib disambut penuh mesra oleh Cameron dengan kedua-dua pemimpin bersalaman sambil memberikan gaya istimewa untuk dirakamkan jurufoto dan jurukamera sebelum masuk ke dalam bangunan itu untuk berbual dan diikuti dengan majlis makan tengah hari yang dihoskan Cameron.

Terdahulu, ketibaan Najib di Pejabat Hal Ehwal Luar dan Komanwel UK disambut Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Luar dan Komanwel UK William Hague, sebelum berjalan pada jarak yang dekat ke 10 Downing Street.

Sebelum itu, Najib diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor menghadap Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham, kediaman rasmi keluarga diraja British di London.

Pada majlis perbincangan antara kedua-dua pemimpin, Malaysia dan UK turut memeterai memorandum persefahaman (MoU) yang berobjektif membanteras jenayah merentas sempadan.

Malaysia diwakili Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein manakala UK diwakili Setiausaha Kementerian Luarnya, Teresa May. Perdana Menteri turut menghadiri majlis jamuan petang yang dihoskan Hague. - Bernama

- Posted using BlogPress from my iPad

2 comments:

Anonymous said...

celakanya bloger nie

Anonymous said...

bloger syok sendri..pm tu bincang nak beli kapal selam lg..

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive