Saturday, May 12

KEDAH LINGKUP DENGAN MAKSIAT OSTAD ZIZAN TIDO LENA?


Dakwaan kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS bahawa negeri itu ditadbir mengikut ajaran Islam ternyata meleset jika jumlah pusat hiburan, rumah urut dan juga perjudian diambil kira.



Pusat hiburan, termasuk disko dikatakan bercambah bukan sahaja di bandar tetapi juga boleh didapati di pinggir bandar dan pekan-pekan seluruh Kedah. Gejala ini dikatakan berleluasa sejak kerajaan pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak mengambil alih pada tahun 2008.

Apa yang dikesali, golongan remaja dan pelajar Melayu juga seringkali dilihat di tempat-tempat berkenaan. Tiada larangan bagi masyarakat beragama Islam untuk mengunjunginya dan tidak ada pemantauan daripada kerajaan negeri.

Tinjauan kami di sebuah pusat hiburan di Simpang Kuala di sini mendapati premis ini sentiasa menjadi tumpuan golongan belia dan remaja Melayu yang berpesta arak sehingga awal pagi. Setiap hari ada sahaja yang terhoyong-hayang akibat mabuk dan pergaulan di antara lelaki dan prempuan menjadi sesuatu yang lumrah.

Sebahagian besar penduduk yang ditemui kecewa dengan pentadbiran kerajaan negeri dibawah yang gagal mengawal dan memantau pusat hiburan berkenaan.

Penuntut di salah sebuah kolej swasta, Mohd Faris Hussin, 19, berkata pertambahan pusat hiburan dan judi secara berleluasa tidak elok sekali gus boleh mendatangkan gejala negatif dan mencemarkan maruah negeri Kedah.

"Pertambahan pusat hiburan tanpa kawalan secara tidak langsung boleh menjebakkan golongan muda ke arah gejala tidak bermoral... berharap kerajaan negeri serius menangani masalah sosial yang melanda di negeri ini," katanya yang berasal dari Pendang.



Bekas pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Muhammad Fadhullah Kamaruzaman (kanan), 18, pula berkata kerajaan negeri perlu bertegas menangani isu ini dan melakukan pemantauan bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi membendung pusat hiburan dan judi daripada bercambah.

"Saya berharap pihak berkuasa dan Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) memantau perkara ini," katanya.



Pendapat sama turut dikongsi, anggota tentera Angkatan Tentera Darat (ATM), Yusmizal Ismail , 35, yang berkata pusat berkenaan bakal membawa gelaja negatif kepada golongan remaja di negeri ini.

"Apa yang kita tahu negeri Kedah di bawah pentadbiran PAS kuat dengan prinsip Islamnya, sepatutnya pemimpin PAS perlu menangani isu ini. Saya mendesak kerajaan negeri Kedah dan pejabat agama menangani isu untuk kebaikan rakyat di negeri ini," katanya.

Bagi pekerja swasta, Rizal Hashim, 36, seelok-eloknya kerajaan negeri pimpinan PAS menutup pusat hiburan sedia ada dan tidak memberikan lesen kepada permohonan baru.

Dakwa Rizal yang enggan gambarnya dirakam, premis perjudian seperti mesin kuda dilihat terlalu banyak di daerah ini.

"Sebagai contoh, antara lokasi wujud mesin kuda di Taman Saga, Simpang Kuala, Jalan Putra dan banyak lagi kadang-kadang lebih 20 premis di sesuatu jalan atau tempat... kalau boleh kerajaan negeri dan PBT jangan meluluskan lesen premis hiburan dan judi sewenang-wenangnya tanpa menyelidik terlebih dahulu," katanya.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive