RAPID

Thursday, May 17

VIDEO SEMPOI : BABY COMEL MARAH GAMBARNYA DIRAKAM.


Video budak comel yang sedang syok menyanyi pastu marah apabila dapat tahu video dia sedang dirakamkan. Lepas marah, dia sambung nyanyi.. Pastu Jatuh Belakang pula.. Aduhh.. Kesian Kesian Kesian.. Comel sangat...

Timbalan Ketua Polis Negara 'pesan' tosai telur!


Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar ‘menerima’ cadangan sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kaum India untuk mempromosi tosai di hadapan rumahnya.

Namun Khalid berkata gerai makanan tradisi kaum India itu agak sukar untuk didirikan berikutan keadaan hadapan rumahnya yang cerun dan berbukit.

“Kawasan rumah saya adalah kawasan yang berbukit dan agak curam. Jadi, bahan-bahan seperti kari dan dhal mungkin akan tertumpah.

"Selain itu saya tinggal di kawasan rumah teres. Jadi, memasang gerai di hadapan rumah saya akan menganggu laluan trafik dan akan menyukarkan jiran-jiran,” gurau Khalid.

Khalid, mengakui bahawa beliau adalah peminat besar tosai, mencadangkan agar kumpulan NGO, Warga AMAN, menyediakan gerai di kawasan berdekatan dengan rumah beliau bagi mendapatkan lebih ‘sambutan’.“Saya boleh jemput jiran-jiran dan juga pegawai-pegawai saya untuk turut memeriahkan gerai mereka.“Tetapi, penganjur perlu memastikan tosai mereka sedap,” tambah Khalid.

Khalid sempat menyatakan bahawa beliau amat menyukai tosai telur, dan berharap agar pihak penganjur dapat ‘menyediakannya’ pada Ahad ini.

Semalam sebuah gabungan yang disertai 20 buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kaum India merancang untuk mendirikan sebuah gerai tosai di depan kediaman Khalis pada Ahad ini.

Pergerakan yang digelar Warga AMAN itu akan menyediakan tosai percuma bermula 10 pagi di rumah Khalid di Jalan 2/7G, Taman Bukit Teratai, Ampang.

Setiausaha WargaAMAN, S Barathidasan bagaimanapun mendakwa yang acara itu ‘tiada kaitan’ dengan gerai burger yang didirikan di depan rumah pengerusi Bersih, Datuk S.Ambiga minggu lalu.

Pada Khamis lalu, sekumpulan peniaga burger telah menganjurkan protes di depan rumah Ambiga dengan mengagihkan 200 burger kepada orang ramai.

Dianjurkan oleh sebuah NGO yang digelar Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (Ikhlas), mereka mendirikan gerai untuk menunjukkan kemarahan mereka terhadap perhimpunan Bersih pada 28 April lalu di mana Ikhlas mendakwa perhimpunan tersebut telah mengganggu mata pencarian mereka.

Berikutan itu, Khalid, ketika ditanya mengapa polis tidak mengambil tindakan terhadap pemilik gerai burger, telah menjawab bahawa ia tidak salah untuk duduk di depan rumah sesiapa pun dengan syarat mereka tidak mengganggu penghuni-penghuni kediaman tersebut.

“Selagi mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan seperti menceroboh hartanah persendirian, kita tidak akan mengambil tindakan,” jelas Khalid.

Dalam perkembangan berkaitan, WargaAman menegaskan bahawa acara yang akan diadakan di depan rumah Khalid pada hari Ahad ini bukanlah protes tetapi lebih kepada acara ‘promosi tosai.’

”Kami bercadang untuk mempromosikan tosai…rakyat Malaysia seolah-olah sudah lupa tentang hidangan yang telah diklasifikasikan sebagai makanan warisan oleh Jabatan Warisan Malaysia.

”Maka, acara itu lebih kepada kempen kesedaran…ia lebih kepada memperkenalkan hidangan daripada memprotes,” tambah Barathidasan.

Selain daripada hidangan tosai percuma, orang ramai juga akan diajar bagaimana membuat tosai yang sedap, katanya.

“Memandangkan Khalid telah berkata apa yang beliau katakan..kami memilih rumahnya. Ini adalah jaminan yang beliau berikan. Tambahan pula, beliau adalah anggota polis nombor dua di negara ini..ia sangat selamat di luar rumahnya,” katanya berjenaka.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive