Tuesday, May 29

GAMBAR KURANG ENAK TERSEBAR KETIKA PULANG DARI UMRAH?


Kadangkala, MKP kasihan pada selebriti kita yang sering menjadi perhatian sehingga segala perilaku dan aktiviti seperti terbatas dan tidak boleh untuk melakukan kesilapan kerana sering kali dinilai perilaku mereka.

Tetapi itulah lumrah bagi sesorang anak seni. Bukan mudah untuk mengekalkan reputasi namun begitu ada yang masih berpegang teguh untuk menjaga nama baik supaya nampak 'suci' di mata peminat.

Membebel lebih pulak rasanya. Bukannya apa, sebab MKP mendapat panggilan daripada seorang teman mengenai seorang dramatis kita yang cantik molek yang dikaitakan dengan isu mabuk di kelab malam selepas foto berita panas itu telah tersebar di Internet.

Apa yang tidak manis didengar, apabila artis yang dikaitkan itu baru sahaja pulang daripada mengerjakan umrah di Tanah Suci, Mekah.

Namun MKP tak boleh mengiyakan seratus-peratus bahawa gambar yang tersebar itu adalah pelakon kesayangan ramai berkenaan. Mungkin juga pelanduk dua serupa.Namun sehinggalah hari ini, tidak ada sebarang berita yang MKP Batu kongsi dengan pembaca.

Malah, dalam masa yang sama pelakon itu terikat dengan kontraknya bersama sebuah syarikat produksi filem dan dia dinasihatkan supaya tidak memberi sebarang keterangan untuk mengelakkan sebarang spekulasi timbul.

Kata pengurusnya, jika sudah ada bukti dan masa yang sesuai, pelakon itu pasti akan tampil untuk membuat keterangan bagi memperjelaskan situasi yang berlaku.

Buat masa ini pelakon itu tidak mahu memberi sebarang komen.

Macam-macam sekarang cara untuk menjatuhkan orang dan tidak kurang juga yang tidak pandai menjaga peribadi diri sehingga ada yang telah mengambil kesempatan atas kecuaian masing-masing.

MKP Ayat Sempoi : Pepatah ada menyatakan "kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai"

3 comments:

Abu Syaukah said...

Ini terjadi disebabkan pengaruh dan ajaran pas lah tu....

Anonymous said...

ajaran tv. kerajaan sekarang sepatut bergerak ke arah kebaikan bukan hiburan semata, saya tengok iklan tv dah semakin teruk, kalau dulu ada batasan kenapa sekarang menjadi2. ia tidak sesuai lagi untuk anak2 dan tontonan org islam. pengaruh tv perlu di batasi dan diserap dengan nilai islam tidak pun nilai timur. kerajaan perlu lihat semula kalau mahu berubah kpd lebih baik

pillpuss@yahoo.com said...

Abu Syaukah Filmanzil said...
Ini terjadi disebabkan pengaruh dan ajaran pas lah tu....
Abu Syaukah Filmanzil, lu ni baka zamhuri tokey pasiooo kampar kee. ABU

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive