Thursday, May 31

Menjawap 3 Isu Post HBN 2012 aka Saya Cabar Pas @Amenoworld @Milosuam


1- Beberapa blog pembangkang memainkan isu kononnya belia disogok dengan duit RM30, dan atas fakta itu yang disertai gambar bukti dibawah, maka dengan mudah mereka main pukul rata anggap keseluruhan penyertaan belia sepanjang HBN 2012 bukannya tulin dan sukarela. Klik



Saya rasa jawapan terbaik bagi hujah mereka adalah kata-kata Nik Aziz sendiri -

“kalau nak ukur cerdik bodoh seseorang, kena dengar percakapannya.”

Hahahaha ...... secara logik lah, kalau sorang tu memang tak nak pergi, setakat dijanjikan RM30 dia tak akan pergi juga ! ! RM30 jer ? ? ! Kenapa tak sebut RM100 ker, barulah masuk akal sikit. Ni RM30 jer ? !

Korang sanggup ke nak redah trafik jem bagai dan habiskan masa tengah panas bersama berpuluh ribu orang lain hanya kerana RM30 ?

Sebanyak tu lepaslah makan minum untuk hari tu ...... saya tidak nampak salahnya kalau pun para belia diberi sedikit elaun untuk makan minum disana. Bukannya semua belia tu datang dari keluarga berada dan saya percaya ramai yang masih belum bekerja.

KALAU PUN BENAR diberi RM30, saya percaya bukan sebab itu mereka hadirkan diri. Malah saya puji pihak yang berikan wang itu kerana sekurang2nya belia2 itu tidak berlapar dahaga sepanjang hari disana.

Pihak KBS yang dihubungi MENAFIKAN ada memberi sebarang elaun kepada belia semata-mata sebagai tarikan untuk mereka hadir.


Kalau ada yang beri pun mungkin dari Kelab atau Persatuan yang para belia itu wakili.

Jika contoh terpencil itu mahu dijadikan alasan meremehkan kehadiran jutaan belia sepanjang HBN, sememangnya otak pembangkang itu amat kecil. Apakah mereka juga akan bersetuju jika semua sepakat mengatakan kehadiran seluruh pendemo semasa Bersih 3.0 bukan kerana kerelaan mereka kerana TERBUKTI Nik Aziz ada memberi elaun belanja kepeda sebilangan dari mereka dari Kelantan ?

Bodoh Bin Stupid !

**************************

Mengenai persembahan K-Pop atau J-Pop atau apakepop, kenapa 2-3 acara dari keseluruhan 500 acara itu yang ditumpukan oleh pembangkang ? Dan sekali lagi secara mudah dan pukul rata mereka mencemuh keseluruhan HBN.

Harussani ada memberi komen sepertimana lapuran Sinar.

“Sepatutnya tidak ada benda-benda macam itu (artis K-Pop). Kita sekarang dalam proses pembentukan akhlak muda-mudi kita yang sedang merosot, jadi tidak patut ada perkara yang boleh menaikkan nafsu.


“Harap pihak penganjur ambil perhatian serius dalam hal ini,” katanya


Beliau, bagaimanapun, tidak menafikan golongan muda lebih cenderung kepada hiburan seperti itu, namun, katanya, tidak semestinya ia dipenuhi dengan aksi bersifat nafsu semata-mata.

“Kita harus bertindak dengan baik, mungkin boleh digantikan dengan aktiviti lain lebih positif yang boleh menarik minat golongan belia.

“Jangan hanya untuk dapatkan sokongan dan kedudukan sahaja; bimbang nanti ada orang nak dapat sokongan tapi sebaliknya tak disokong pula,”

Ya, saya setuju acara itu tidak sepatutnya diadakan. Tapi janganlah kerana 2-3 acara itu maka baki 497 acara lain langsung tidak dipandang.

Seperkara lagi, HBN bukannya khusus kepada belia Islam sahaja. Ginilah, cakap retorik banyak2 tak guna, saya cabar Pas keluarkan kenyataan yang berbunyi -

Sekiranya PR menang, TIDAK AKAN ADA lagi sebarang konsert K-Pop atau J Pop atau seumpamanya. Ada berani ?

Kalau berani keluarkan kenyataan begitu dan dipersetujui oleh Pkr dan Dap, maka barulah saya katakan yang Pas ikhlas dengan kritikan dan bukan bercakap sekadar retorik semata.

Hahahahaha .... KORANG PUN SAMA JE LAH , PAS OOOOI ...... Tak usah nak jual minyak lah !


****************************

Isu ketiga pula adalah pembatalan ceramah Ulamak Tersohor Pas, Ustaz Azhar Idrus yang sepatutnya berlangsung pada 26 Mei lepas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) disebabkan konsert K-Pop.


Penjelasan sudah dibuat oleh Shabery Cheek, juga dalam artikel Sinar yang sama.

“Kementerian saya tidak ada kena mengena dengan soal ini (pembatalan ceramah) dan bukan disebabkan konsert ini. Ia di bawah kawalan pihak pengurusan PICC yang merasakan masalah trafik menjadi punca (pembatalan ceramah) dan perlu ditangguhkan,”

Sekali lagi saya nak bertanya akan niat dan keikhlasan Pas, pemilihan tempat dan waktu bukankah SENGAJA dibuat untuk dijadikan isu politik ? Bila dibuat ?

Bukankah dah dialihkan tempat dan dikatakan ribuan belia hadir ..... so, apa masalahnya ? Ternyata penukaran lokasi tidak menjadi masalah kepada mereka yang mahu mendengar ceramah Azhar.

Kalau saya yang menjaga keselamatan kawasan terbabit pada waktu itu, saya pun akan alihkan lokasi atau paling tidak waktunya, tukarkan pada hari lain. Bayangkan pada waktu SAMA, bersebelahan pulak tu diadakan konsert K-Pop dan ceramah Azhar ........ saya nak tanya - YANG SEBENARNYA TIDAK HORMAT KEPADA CERAMAH BERBENTUK AGAMA ITU SIAPA ?


Bukankah pihak yang sengaja berniat mahu mempolitikkan 'ceramah agama' dengan melaga-lagakan nya dengan konsert muzik yang sememangnya telah dirancang jauh lebih awal .... bukankah pihak itu yang sepatutnya kita pertikaikan niat mereka ?

Bagi orang sebegitu, pengisian ceramah ternyata tidak penting kerana apa yang mereka mahukan adalah mileage politik yang dapat diperah akibat percanggahan ' dua budaya ' yang bertentangan itu. Mereka jelas menjadikan majlis ceramah Azhar tidak lebih sebagai satu alat politik !


Akhir kata, seperti yang saya katakan, bukankah ada 497 acara lain yang boleh diceritakan .... kenapa dicari yang 2-3 itu juga ? Melainkan orang itu memang sengaja mencari salah !

Kalau masih tak puas hati, senang jer kalau nak menilai keikhlasan anda - sahut cabaran saya diatas ! Minta pemimpin Pas salak sekuat hati -

JIKA PR MENANG, TIDAK AKAN ADA SEBARANG KONSERT J-POP ATAU APAKEPOP DI MALAYSIA ! - BERANI ?Sumber

1 comment:

AmenoWorld said...

Salam sahabat.

Saya tulis ringkas jek mengenai isu terbabit. Saya tak peduli sesiapa pun nak bayar sesiapa dan untuk apa2 tujuan sekalipun. Tetapi saya tulis sebab korang sendiri yang beria2 tuduh bersih kena bayar kena sponsor seolah2 pihak yang bayar dan sponsor tue bersalah dan etc2.. tapi alih2 korang buat benda yang sama. Tue tujuan asas. Tak lebih dan tak kurang. Dan ikut pendirian saya, saya sememangnya tak kisah sesiapa bayar sesiapa pun. Dari dulu sampai sekarang sebab bukan guna duit aku. Simple as that.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive