Showing posts with label #UMNO66. Show all posts
Showing posts with label #UMNO66. Show all posts

Saturday, May 12

#UMNO 66 "MAHAUMNO" LEBIH MANTOP DARI #BERSIH3.0




Umno hari ini membuktikan bahawa perhimpunan di stadium lebih praktikal dan tidak mencetuskan sebarang huru-hara berbanding berhimpun di jalanan.

Terminologinya adalah apabila hampir 100 ribu ahli Umno berjaya dikumpulkan pada majlis sambutan ulangtahun ke-66 parti tersebut di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga merupakan Presiden Umno di dalam ucapannya turut mempersoalkan jika Umno mampu untuk mengadakan perhimpunan di stadium, mengapa pihak lain tidak.

“Kenapa kalau Umno boleh (berhimpun) dalam stadium, pihak lain tak boleh? Kalau nak tunjuk kekuatan, tunjuk cara Umno himpun hari ini.

“Kalau cintakan undang-undang, berkumpullah seperti yang dilakukan Umno hari ini,” tegas Najib.

Kata-kata Najib itu jelas ditujukan kepada pembangkang yang baru-baru ini menolak tawaran untuk berhimpun di stadium sehingga mengakibatkan kekecohan serta menyusahkan orang ramai.

Menurut Najib, jika pembangkang benar-benar cintakan negara dan menghormati undang-undang, mereka seharusnya bersetuju dengan tawaran untuk mengadakan perhimpunan di stadium.

"Kita berhimpun dalam stadium ini secara aman. . Kita berhimpun dalam stadium ini secara tertib. Kita berhimpun dalam stadium ini kerana Umno menghormati undang-undang negara.


"Kita tak perlu ramai anggota polis. Anggota polis kelihatan ceria belaka. Mereka kelihatan senyum belaka. Mereka tak ada tension, kita pun tak ada tension,” katanya.

Selain itu, Najib berkata pihak pembangkang jelas sengaja menolak tawaran berhimpun di stadium kerana sengaja mahu mencetuskan provokasi supaya timbulnya kekecohan yang akan memburukkan imej negara di mata antarabangsa.

“Saya boleh beritahu, mereka nak tolak tawaran Stadium Merdeka kerana apa. Kerana mereka nak merempuh, mereka nak berbalah, mereka nak tendang pihak polis.

"Kalau tak ada pergeseran, tak keluarlah cerita dalam CNN, Al-Jazeera, BBC. Inilah tujuan sebenarnya. Mereka nak tunjuk kononnya kita ni kerajaan dan pihak berkuasa yang zalim. Mereka tidak hormati undang-undang negara," katanya

ALFATIHAH BUAT PEJUANG #UMNO66.MAJLIS PEGUAM ANGGAP #BERSIH3.0 BODOH?


Anggota Bomba dan Penyelamat memeriksa bas yang terlibat dengan kemalangan di KM 258.8 Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala selatan berhampiran Plaza Tol Rasah di Seremban, awal pagi tadi, dalam perjalanan pulang dari menghadiri Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-66 di Stadium Bukit Jalil. Seorang wanita maut, manakala 77 yang lain cedera dalam kemalangan yang membabitkan dua buah bas dan sebuah treler dalam kejadian kira-kira 2.58 pagi tadi. -fotoBERNAMA

BERSIH 3.0: Majlis Peguam dilabel sebagai 'bodoh'


Beberapa ahli Majlis Peguam Malaysia melabel Majlis Peguam Malaysia sebagai ‘bodoh’ dan bersifat berat sebelah dalam meluluskan resolusi mengutuk tindakan polis ketika perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April.

Mereka mendakwa Majlis Peguam telah gagal untuk memainkan peranan berkecuali dan menilai tindakan ganas peserta demonstrasi BERSIH.

“Majlis Peguam hanya berminat untuk memberi tumpuan kepada tuduhan bahawa polis melakukan keganasan. Mereka bukan mahu melihat keganasan yang sebenarnya berlaku terhadap polis oleh orang ramai!,” kata peguam dari Selangor Ab Bakar Sidek.

Beliau mendakwa Majlis Peguam adalah lebih merupakan satu badan politik.

“Mereka datang ke sini hanya mahu membuat resolusi dan bercakap mengenai tindakan polis. Jangan salah anggap, saya juga tidak bersetuju apa sahaja bentuk keganasan polis tetapi kita perlu melihat bahawa polis juga adalah mangsa keganasan dan kebodohan penganjur Bersih.”

Ab Bakar kemudian dengan lantang menyuarakan bahawa beliau malu menjadi ahli Majlis Peguam.

“Hari ini saya sungguh malu dan saya merasakan adalah tiba masanya perlu ditubuhkan satu majlis alternatif selain dari Majlis Peguam ini. Alangkah lagi baik jika kami mempunyai badan yang benar-benar profesional dan berkecuali,” katanya dengan nada yang tinggi selepas berakhirnya mesyuarat agung luar biasa (EGM).

“Mengapa perlu kita membenarkan mereka para peserta BERSIH berada di jalanan seperti Ppriah?” kata Ab Bakar, sambil diherdik oleh peguam-peguam berhampiran yang melaungkan “BERSIH 4!”

“Awak lihat sendiri bagaimana mereka ini. Adakah ini satu badan professional? Majlis ini bertindak seperti satu badan politik dan ini adalah satu kumpulan yang bodoh belaka!” kata beliau sambil menambah adiknya adalah seorang anggota polis bertugas yang telah diserang oleh peserta BERSIH pada 28 April.

Seramai 1,270 ahli Majlis hadiri pada EGM, semalam dengan 939 menyokong resolusi mengutuk tindakan polis ketika BERSIH 3.0 manakala hanya 16 menentang.

Sementara itu, peguam dari Kedah Tan Keng Liang juga jelas tidak gembira dengan perjalanan EGM hari ini.

“Majlis tidak mahu melihat terdapat kumpulan lain yang terjejas dengan perhimpunan BERSIH tersebut termasuklah pemandu teksi, para peniaga, syarikat pengangkutan awam dan lain-lain.

“Kumpulan tersebut perlu dimasukkan di dalam resolusi tersebut. Namun, EGM hari ini tidak mahu memasukkan kumpulan ini. Sebenarnya keputusan resolusi hari ini bukanlah sebenarnya sebulat suara. Ada yang menentang tidak seperti di edisi EGM yang terdahulu,” kata Keng Liang.

NAJIB CABAR PEMIMPIN PEMBANGKANG.





Pakatan pembangkang dicabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berhimpun di stadium seperti yang dilakukan oleh Umno jika benar-benar mahu menunjukkan kekuatan mereka.

Najib, yang juga Presiden Umno, berkata pembangkang akan bersetuju dengan tawaran untuk mengadakan perhimpunan di stadium jika mereka benar-benar mencintai keharmonian negara dan menghormati undang-undang.
"Kita berhimpun dalam stadium ini secara aman. Kita berhimpun dalam stadium ini secara tertib. Kita berhimpun dalam stadium ini kerana Umno menghormati undang-undang negara.

"Kita tak perlu ramai anggota polis. Anggota polis kelihatan ceria belaka. Mereka kelihatan senyum belaka. Mereka tak ada tension, kita pun tak ada tension. Kenapa kalau Umno boleh berhimpun dalam stadium, pihak-pihak lain tak boleh?" katanya ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun ke-66 Umno di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini,Semalam.

Najib berkata alasan yang diberi pembangkang bahawa Stadium Merdeka yang ditawarkan untuk mereka mengadakan perhimpunan pada 28 April lepas tidak mempunyai nilai sejarah, merupakan satu pembohongan.

Katanya kerajaan telah menawarkan agar mereka berhimpun di stadium demi menjaga keamanan dan keselamatan tetapi ditolak dengan alasan sudah terlewat.

"Padahal ada masa tiga hari lagi. Saya boleh beritahu, mereka nak tolak tawaran Stadium Merdeka kerana apa. Kerana mereka nak merempuh, mereka nak berbalah, mereka nak tendang pihak polis.

"Kalau tak ada pergeseran, tak keluarlah cerita dalam CNN, Al-Jazeera, BBC. Inilah tujuan sebenarnya. Mereka nak tunjuk kononnya kita ni kerajaan dan pihak berkuasa yang zalim. Mereka tidak hormati undang-undang negara," katanya.

Perdana Menteri berkata kekuatan Umno pada malam ini mampu merempuh mereka (peserta perhimpunan 28 April) jika mahu mempertahankan Dataran Merdeka tetapi Umno tidak bertindak sedemikian kerana mempunyai jati diri dan menghormati undang-undang negara.

"Ini kerana negara ini telah dimerdekakan oleh Umno. Dibangunkan oleh Umno dan kerana Umnolah negara akan jadi negara maju dan berjaya. Sebab itulah kita tidak redha melihat apa-apa berlaku pada negara kita. Biar apa mereka nak lakukan, Umno tetap akan menjaga maruah dan imej negara kita ini," katanya.


- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, May 11

#UMNO66 ADA YANG PECAH KEPALA?120 ribu yang hadir @tengkuadnanreal


Mana tidaknya dengan kehadiran dianggarkan lebih kurang 120,000 yang hadir pada malam ini.Gambar  telah menunjukkan segala-galanya.Ramai pulak pencacai yang dok buat fitnah mengatakan blogger menggunakan photshot untuk menunjukan ratusan ribu hadir...Apa kejadah nie semua kalau tak pecaya mai sendiri tengok la magkuk hayun.Jika masih tak pecaya TV1 ada liputan secara langsung.....UMNO tidak menipu dalam bab ini kerana apa yang dikata dikota itulah motto yang digunakan oleh PM tesayang DS Najib Razak.Sesungguhnya hanya UMNO membela nasib rakyat..

Maklumat yang MKP terima Lim Guan Eng dah berdarah hidung bila tengok TV1.......Padan muka lu...Bersih kat Penang cuma 7ribu yang hadir kali nie merah menang menentang Bersih Kuning....

Ucapan PM telah menyatakan perhimunan malam nie "Maha UMNO"ini adalah sejarah bagi UMNO semangat serta kekuatan UMNO tidak pernah pudar....UMNO buat perhimpuan secara aman dan tak ada huru-hara  macam bersih....anggota polis pun senyum sahaja.

LIVE : #UMNO66 BUKIT JALIL BERGEGAR DENGAN GELOMBANG MERAH @TENGKUADNANREAL




Meriah beb malam nie sempena hari umno ke 66 live dari stadium bukit jalil.ini baru suasana acara masih belum bermula.Gelombang merah malam nie macam perlawanan akhir bola sepak la pulak dengan aksi ahli umno terutama orang muda.....Tahniah UMNO.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive