Wednesday, May 9

#HBN2012 JOM TENGOK KONSERT FREE.


Sebanyak 500 acara dari 38 segmen bakal memeriahkan sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2012 yang akan berlangsung lima hari di Putrajaya, bermula 23 hingga 27 Mei depan.
Penambahan 300 lagi acara berbanding sambutan tahun lalu seiring sasaran pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang menjangkakan menerima 2 juta pengunjung pada sambutan kali ini.

Ketua Setiausaha KBS, Datuk Mohid Mohamed berkata, Himpunan Jutaan Belia ini memberi ruang dan peluang kepada belia melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti melalui segmen dan acara pada sambutan lima hari itu.

“Dalam bahasa mudahnya, sambutan kali ini bertemakan­ Jutaan Peluang, Ribuan Keriangan. Beberapa aktiviti lama diganti dengan acara baharu sekali gus menjadikan platform hari belia lebih segar dengan mengembangkan acuan pengisian aktiviti.

“Antaranya adalah sukan dan rekreasi, seni budaya, kemahiran dan kepimpinan, teknologi maklumat dan keusahawanan, kerohanian dan jati diri, penerokaan bidang-bidang baharu dan banyak lagi. Kita percaya sepanjang lima hari itu penuh dengan aktiviti yang pasti memberi kepuasan­ kepada belia yang hadir,” katanya.

Menurutnya, HBN 2012 akan meneruskan kerjasama dan penglibatan pelbagai pihak, termasuk Kementerian, Jabatan dan agensi kerajaan, swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya ianya menonjolkan satu perhimpunan kepada kepelbagaian dalam masyarakat.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive