Showing posts with label rumah urut. Show all posts
Showing posts with label rumah urut. Show all posts

Friday, July 6

APA CITA RUMAH URUT PULAK NIE?




Nampaknya kegiatan rumah urut seperti sukar dibendung lagi di negeri ini walaupun sebelum ini Kerajaan Selangor mewar-warkan kononnya akan membanteras habis-habisan.

Buktinya Pergerakan Pemuda UMNO Selangor hari ini mendedahkan wujudnya rumah urut yang menawarkan perkhidmatan seks di Bandar Baru Bangi.

Ketuanya, Ungku Salleh Ungku Jamal berkata Bandar Baru Bangi ini sebelum ini satu kawasan yang suci namun hari ini, didapati sudah terdapat kedai (rumah urut) yang menawarkan perkhidmatan seks.

“Ini satu kejutan kepada masyarakat di Bangi yang kita tahu bahawa rata-rata masyarakat di sana orang Melayu, beragama Islam dan perkhidmatan seks di kedai tersebut sudah menjadi bualan orang ramai.

“Namun tiada apa-apa tindakan dari Pihak Berkuasa Tempatan dan kerajaan negeri untuk menutup atau menyita premis berkenaan. Saya rasa kalau Bandar Baru Bangi pun boleh wujud rumah urut yang menawarkan perkhidmatan seks dibuka dengan sewenang-wenangnya, tidak mustahil di kawasan lain, lebih banyak rumah urut sebegini dibuka dengan lebih mudah,” ujarnya yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO bahagian Serdang.

Jelas tegas beliau kerajaan negeri pimpinan Pakatan Pembangkang seperti menutup sebelah mata kewujudan rumah-rumah urut sebegini.

“Ahli Majlis sepatutnya mengambil tindakan tegas terhadap rumah kedai tersebut kerana perkara-perkara sebegini akan merosakkan minda dan sosial khususnya kepada anak-anak muda di kawasan Bangi ini”, katanya. -MediaUMNO

MKP Ayat Sempoi :Khalid makin gagap la lepas nie rumah urut taiko Ronnie Liew.Sapa berani bangkang masuk longkang nanti.

Wednesday, May 9

SEJAK BILA KEDAH TUKAQ JADI DARUL MAKSIAT?


Rakyat di negeri ini kesal dengan pertambahan rumah urut dan hotel bajet sejak tiga tahun kebelakangan ini sehingga menyebabkan masalah sosial di kalangan golongan muda.

Menurut mereka, keadaan ini semakin melarat selepas Kedah ditadbir kerajaan PAS yang dipimpin oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada 2008 lalu.

Bagi bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jamaluddin Mat Akhir, 58, dari Jitra pihak berkuasa tempatan memberikan lesen pusat refleksologi tetapi ia seingkali disalah-gunakan untuk kegiatan tidak bermoral seperti urutan seks di sebalik nama tersebut.

"Pusat refleksologi memang wujud sejak dari dulu kalau kita lihat tukang urut ini berada di tepi jalan sahaja dan kita difahamkan refleksologi ini mengurut tapak kaki, tetapi bila ada rumah dan bilik khas itu yang menimbulkan tanda tanya kepada rakyat di negeri ini," katanya.

Katanya, kurang pemantaun dari kerajaan negeri dan pertambahan rumah urut dan hotel bajet itu memberi impak negatif kepada generasi muda dan remaja masa kini.

"Kita tengok industri ini juga menjadi semakin hebat dengan kemasukan 'tukang urut' daripada luar negara dan saya rasa semua faham maksud ini," katanya sinis.

Ditanya mengenai cadangan mengawal aktiviti tidak bermoral itu, menurutnya, pihak berkuasa yang meluluskan lesen kepada pihak berkenaan perlu memantau premis rumah urut dan hotel bajet tersebut.

"Saya melihat di negeri ini... di mana dulu kita tak nampak perkara ini...sekarang ini kita lihat banyak hotel bajet dibuka antaranya di Shahab Perdana, dulu tiada sekarang dah banyak dan merata-rata tempat di Alor Setar dan sebagainya.

"Kalau ada aktiviti tidak sihat, ini yang menyedihkan penduduk setempat dan rakyat," katanya.

Pendapat sama turut disokong, penjual tiket bas ekspres, Mohd Syahbani Zakaria, 29, berasal dari Alor Setar. Beliau berharap kerajaan negeri mengambil tindakan serius dengan bekerjasama Majlis Agama Islam Kedah (MAIS) bagi mengatasi isu ini.

Jelasnya, dengan adanya pembabitan kedua-dua agensi ini secara tidak langsung dapat mengawal dan memantau operasi rumah urut dan hotel bajet daripada kegiatan tidak bermoral.

Ditanya mengenai lokasi premis rumah urut yang dikatakan terus bercambah di bawah kerajaan pimpinan PAS itu, katanya, banyak yang beroperasi di Jalan Sultan Badlishah dan di Jalan Putra di bandar Alor Setar.

"Sepatutnya kerajaan negeri mengambil tindakan dengan segera sebelum memudaratkan golongan muda," tegasnya.

Sementara itu, pemandu teksi, Fadil Abd Ghani, 50, berasal dari Alor Setar juga mengakui terdapat bilangan rumah urut dan hotel bajet yang semakin meningkat.

Katanya, ini berpunca apabila agensi penguatkuasaan daerah kurang mengambil perhatian dan memantau isu ini.

"Kita berharap PBT mengkaji semula lesen yang dikeluarkan kepada pemilik premis tersebut," jelasnya.

"Sesetengah rumah urut hanya untuk mengaburi mata umum, di luar papan iklan maklumkan urut refleksiologi tetapi di dalam lain pulak. Kita hendak PBT ambil tindakan dan tidak mahu rumah urut dan hotel bajet terlampau banyak sangat. Kami tidak mahu di Kedah terkenal dengan jolokan rumah urut," tegasnya.

Bagi pesara swasta, Hashim Wahab, 60, berasal dari Kepala Batas, beliau bersetuju sekiranya rumah urut ini hanya dibenarkan beroperasi untuk tujuan perubatan sahaja.

"Kalau lain daripada itu (tawar seks) kita tidak setuju...kita setuju benda yang elok, tidak mahu benda yang ditegah, apa yang kita risaukan di sebalik lesen...itu kita tidak setuju," katanya.

Sebelum ini, tinjauan juga mendapati kegiatan maksiat juga berleluasa di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Umpamanya di Selangor, pusat urut bukan sahaja bercambar di bandar-mandar besar tetapi juga di luar bandar.

Wednesday, February 1

Pelaburan Terbaik PAS Kedah Dari Sumber Maksiat?



Hasil dari negeri kedah hanya bergantung dari sumber asli seperti Balak dan hasil bumi sahaja,PAS Kedah hanya tido dalam faktor untuk memajukan kedah dari segi memberi peluang perkerjaan baru kepada rakyat kedah. 

Mengikut maklumat, 3 tahun lepas cuma ada 20 Spa untuk kesihatan disekitar Sungai Petani. Namun kini, jumlah 20 telah mencapai 70 buah Spa. Disamping kebanyakkan Spa bukan hanya untuk kesihatan, tapi telah beralih arah ke 'special servis' dan 'seks servis'.

Peluang pekerjaan tidak banyak kerana tiada pelaburan baru masuk. Peluang ekonomi kurang kerana Kerajaan negeri hanya berfikir ekonomi ala pasar malam. Kemasukkan wang dari pelancong kurang kerana rakyat Kedah sendiri pergi melancong ke luar dan tiada program pelancongan yang agresif dilakukan.

Penyediaan infrastruktur canggih dan bertaraf dunia tidak dilakukan, sebaliknya markaz-markaz parti diperbaharui. 

Penyediaan perhubungan yang baik dilakukan sebaliknya kerajaan negeri merosakkan jalan-jalan yang ada dengan membiarkan lori-lori balak, pasir dan batu bermaharajalela.

Tiada program atau rombongan menarik pelabur dilakukan dengan agresif oleh kerajaan negeri, hasilnya tiada pelabur besar datang ke Malaysia. Peluang pekerjaan tidak banyak.MTK





Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive