TKM 1 Pulau Pinang tak peduli nasib pengundi dikawasannya sehinggakan masaalah sampah berleluasa di Parlimen Perai.Apa punya YB macam nie bila mau undi merayu kepada rakyat akan tetapi bila dah menang tinggalkan mereka begitu sahaja tanpa pembelaan sewajarnya.Dah berkuasa banyak pulak kerenahnya untuk membantu rakyat dikawasan sendiri.
Pentas Anak Muda telah dijalankan di Dewan Terbuka Taman Teluk Indah. Kami telah berkumpul di sini sebelum kumpulan mahasiswa Aman Kampus dipecahkan kepada 2 kompeni. 1 kompeni di Pentas Anak Muda dan 1 lagi menjalankan Program Info Siswa. Setibanya saya di Taman Teluk Indah, perasaan saya sangat kecewa apabila melihat persekitaran kawasan perumahan di sini yang dihuni oleh majoriti masyarakat India amat tidak terurus. Pada mulanya saya tidak percaya, jadi saya cuba melihat dengan lebih dekat dan berniat mahu memasuki rumah pangsa di Taman Teluk Indah. Alangkah terkejutnya melihat sampah bergelimpangan di kawasan ini seolah-olah kerajaan negeri di Pulau Pinang ini lngsung tidak prihatin tentang kebajikan rakyat di sini. Melihat keadaan ini, saya membayangkan masyarakat di sini seperti dianaktirikan.BACA SETERUSNYA
No comments:
Post a Comment