Showing posts with label mahasiswa. Show all posts
Showing posts with label mahasiswa. Show all posts

Tuesday, December 3

Akhirnya MAHASISWA TEMPATAN dapat berucap di Perhimpuan Agung. @RazaliIbrahim @NajibRazak @tunfaisal


Mahasiswa IPT tempatan sudah sekian lama berasa hati kerana seolah-olah dipinggirkan dalam Perhimpunan Agung UMNO. Saban tahun, mahasiswa IPT tempatan memendam rasa kerana rakan seusia mereka dari Kelab UMNO Luar Negara bukan sahaja mendapat perhatian khusus daripada pemimpin-pemimpin tertinggi parti, malah wakil mereka juga diberikan ruang untuk berucap mewakili suara mahasiswa di dalam negara. 

Saya sendiri sebagai salah seorang graduan IPT tempatan, sudah sekian lama merasa tidak puas hati dengan layanan double standard ini.

Bagaimanapun semalam, sejarah baru tercipta. Melalui Persidangan Mahasiswa Nasional PEMANAS, UMNO dilihat lebih responsif terhadap kehendak mahasiswa IPT Tempatan. 

Melalui usaha Datuk Razali Ibrahim, selaku Pengerusi Biro IPT UMNO Malaysia dan sokongan tidak berbelah bagi Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara, mahasiswa IPT tempatan tidak lagi perlu merasa terpinggir dan dilayan secara tidak adil.

Walaupun hanya diberi laluan untuk menjadi JURUCAKAP dalam PERSIDANGAN SAYAP, bukan Mesyuarat Agung UMNO, namun ia merupakan suatu break through dan sejarah baru yang patut direkod dalam journal perjuangan mahasiswa IPT tempatan.
Satu lagi bukti, bahawa UMNO itu begitu DEMOKRATIK dan begitu INKLUSIF.

Ini juga satu bukti bahawa UMNO jujur untuk memartabat golongan mahasiswa dan bukan memperalat golongan mahasiswa seperti yang dilakukan Pakatan Pembangkang (PR).

BACA SETERUSNYA KLIK

Tuesday, May 21

PERGADUHAN MAHASISWA DI DEPAN USM, MANA BUKTI MEREKA PEMUDA UMNO? @KhairyKJ

Ini adalah bukti gambar yang telah diwar-warkan oleh pemimpin pembangkang. Ironiknya tuduhan pemimpin gampang DAP iatu Ketua Menteri Pulau Pinang pilihan Kaum Cina Pulau Pinang. MKP cuma musykil dengan persepsi yang dinyatakan kumpulan ini adalah PEMUDA UMNO sedangkan tiada fakta atau bukti yang sahih diberikan.

Bangsat sungguh tuduhan yang dinyatakan tanpa sebarang bukti yang sahih dan nyata. Kalau benar itu Pemuda UMNO Pulau Pinang sila kemukakan bukti. Itu pun jika ada bukti jangan pulak buat tuduhan umpama baling batu sembunyi tangan.


Portal Kaldaian Daily pulak buat lawak bodoh dengan mendesak Ketua Pemuda UMNO Malaysia mengambil tindakan terhadap Pemuda berkenaan. MKP musykil kali kedua kenapa pulak AMK Selnagor pulak yang terlebih sudu dari kuah. Mana AMK Pulau Pinang takkan dah hilang teloq!!! Woiii AMK Selangor jangan dok langgar sempadan boleh dak? Awat hampa nie dah tak ada keja nak buat kat Selangor tue ka?


Video nie jelas mengatakan bahawa Pemuda UMNO dan AMK Pulau Pinang bersatu didalam menyelesaikan masaalah. Ada tak bila bertemu atau bersua muka mereka nie bergaduh seperti budak-budak tadika. MKP nasihatkan pada AMK Selangor jangan jadi batu api. Hang duduk kat Selangor jaga Khalid Gagap tue sudah. Jangan dok sibuk Negeri Kami...


Sebaliknya Lim Guan Eng pulak melompat sakan pasal Adam Adli nie, Kenapa? Jawapanya mudah DAP nie berniat nak memburukkan serta membuat persepsi bahawa Polis DiRaja Malaysia mengikut telunjuk Barisan Nasional/UMNO padahal didalam kenyataan media oleh DS Dr Zahid semalam telah menyatakan bahawa KDN tidak lagi masuk campur didalam hal ehwal PDRM selagi tidak melanggar umdang-undang yang telah ditetapkan. 

DAP menerusi Lim GUan Eng mahu DS Dr Zahid Hamidi dipersalahkan? itu motif operandinya. Setelah ketegasan yang ditunjukkan oleh Menteri Dalam Negeri ini Lim Guan Eng gusar kerana ramai lagi bakal pemimpin DAP akan dikenakan tindakan. Tak mustahil suatu hari nanti Tian Chua bakal dikenakan tuduhan dibawah Akta SOSMA.

Itu yang merisaukan Guan Eng sebenarnya. Guan Eng nie jenis cepat panas telinga mungkin ayat dibawah ini membuatkan Guan Eng berdendam dengan DS Dr. Zahid Hamidi.


MKP Ayat Sempoi : Sapa tak marah kalau kena "sound" macam nie...Panas telinga Toq......


Saturday, May 18

PENGIKUT AL-JUBURI HINA @PDRMsia MAHU ADAM ADLI DIBEBASKAN........


Pejuang atau pengikut tegar Adam Adli telah menyiarkan nomber telefon pegawai penyiasat PDRM tujuannya adalah supaya menggangu penyiasatan yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa. MKP berharap pihak berkuasa jugak menahan sesiapa saja yang mencabar undang-undang yang telah ditetapkan.

Berikut adalah kenyataan akhbar yang telah dikeluarkan oleh PDRM.

Sejak Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi diberikan mandat untuk menjadi Menteri Dalam Negeri, beberapa tindakan wajar telah dilaksanakan.

Penganjur perhimpunan haram di Kelana Jaya, Selangor tempohari, Nik Nazmi Nik Ahmad  telah didakwa di mahkamah.

Pengerusi DAP, Karpal Singh pula membuat laporan polis kerana enggan dikaitkan dengan perhimpunan  haram dianjurkan  oleh  pihak pembangkang  bertujuan untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional secara kekerasan.

Yang bodohnya anak melayu terjerit-terlolong dijalan-raya sedangkan pemimpin DAP dah mula cuci tangan atau menafikan terlibat.. Bodoh tahap gaban Anak Melayu nie...


Thursday, April 11

KANTOI : DALANG MAHASISWA BERDEMO DI KOMTAR TELAH DIKENAL PASTI..........



Ini adalah kad pengenalan pencetus Demo yang MKP laporkan sebelum ini KLIK. Kantoi tahap gaban der...Rupanya dalangnya adalah pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia Pengerusi TOLAK, Azan Safar. Riak muka mahasewel bila kena tangkap oleh pihak berkuasa. Menangis tak guna bro....Kau yang cari masalah lepas tue nak merayu...Sorry der... Orang Terangganu rupanya!!! Nak tunjuk jahat pegi kat kampung korang jangan tunjuk pandai kat sini...





Mamat nie pulak pada mulanya mengeras dan nak tunjuk jantan konun tapi apabila berdepan dengan undang-undang muka dah jadi semacam takkan rasa bersalah pulak? Masa korang nak berdemo tak fikir benda nie semua bila dah kantoi sibuk pulak nak minta belas simpati..


MKP minta maaf dulu pada Ayu kerana melanggar penjanjian yang telah dicapai. Pada mulanya tak nak siarkan gambar nie akan tetapi terpaksa jualah siarkan supaya korang tak buat lagi lepas nie..Rupa Ayu cantik tapi dah terpesong dengan ajaran sonsang Chegu Bard..Apa nak buat pilihan ditangan Ayu...


Video ini menunjukkan mamat yang sama kena maki apabila membuat huru-hara bila masuk kampung orang..Elok jugaklah abang baju kuning tue maki dia...



Wednesday, April 10

HOT: MAHASISWA UIA DIBAYAR RM50.00 BERDEMO SELAMATKAN PUNGGUNG CHEGUBARD......


Ini adalah sekumpulan Mahasewel yang telah diupah oleh Chegu Bard untuk berdemo di Komtar pada jam 4 petang tadi. MKP bergegas ke sana apabila mendapat tahu bahawa mahasewel telah berdemo. Walaupun didalam hujan agak lebat MKP harungi jua dengan motosikal untuk mendapatkan berita. agak pelik MKP bila sampai disana kerana hanya Mahasiswi aje yang mengangkat sepanduk TOLAK UMNO/BN. Korang nie memang mahasewel kerana tempat tue selalunya menjadi medan PERKASA dan NGO yang ada di Pulau Pinang nie berdemo. Pejabat Pengurusan Kerajaan Negeri yang diterajui oleh Guan Eng aka DAPig ada kat situ....

MKP nak habaq sikit kat Mahasewel nie kerana Pejabat UMNO berada tidak jauh dari KOMTAR tue der........Wahai Adik Kakak.....tak sampai pun satu kilometer... Nie korang nak demo kat Guan Eng ke ape? 


Jika benar nak angkat sepanduk TOLAK UMNO/BN datanglah kat Pejabat UMNO barulah Gempak skit. MKP mendekati salah seorang awek mahasiswsi nie bertanya " Kenapa korang buat demo kat sini? Kami datang jauh abang dari UIA dengan BAS. Arahan mengatakan supaya angkat sepanduk dan laung tolak UMNO/BN lepas tue boleh ronda kat kawasan sekitar. Sapa tak nak kalau makan angin percuma lepas tue dapat lagi duit poket...

MKP tanya lagi berapa korang dapat? Jawab mahasiswi yang bernama Ayu tue " kami diberi rm50.00 sehari"katanya.

Berapa lama korang akan berada disini. Jawabnya entah mungkin lepas nie mungkin ke Kedah pulak kot...

Mahasiswi bernama Ayu nie mungkin dari Kelantan dari pelat percakapanya. Hampeh punya CheGu Bard pengaruh mahasiswi nie buat keja jahat dia..Kalau kena buang Universiti sapa nak jawab...MakBapak dia jugaklah yang menanggung..

MKP lihat dan perhatikan lawa jugak gadis sunti yang bernama Ayu nie, akan tetapi sayang senang dipergunakan oleh SAMM dan Chegu Bard untuk politik songsang. Entah makbapak dia tahu atau tidak datang berkempen. Makbapak dia berharap mahasiswi nie belajar di Universiti..Tapi melakukan aktiviviti sebaliknya .........Kesian MakBapak dia...




Saturday, March 23

VIDEO : SAFWAN ANANG KURANG AJAR DENGAN POLIS.........


Mana semangat korang wahai mahasewel.... Tragedi Lahad Datu masih lagi belum reda dengan kematian 10 orang Syuhada Pejuang Negara. Adakah mereka ini mahasewel tidak mengikuti perkembangan terkini dari Lahad Datu atau sengaja mencari kebencian orang. Apa motif sebenar mahasewel ini...

Insiden terbaru ini menampakan mahasewel ini cuba pulak memperlekehkan kreditbiliti pihak penguatkuasa yang menjaga keamanan negara.Video provokasi bermulanya drama berat sebelah tidak ditunjukkan akan tetapi hanya aksi gari dipaparkan? apa motif korang... MKP rasa Polis Bantuan dari RTM tidak melenting jika mahasewel tidak mengunakkan kata yang kesat dan menghina...

Bayangkan tahap pemikiran mahasewel ini . Jika seorang anak muda yang berilmu serta berpelajaran tinggi bersikap kurang ajar pada orang yang lebih tua padanya. apakah hukuman yang patut diberi penampar atau apa?




Wednesday, February 13

MAHASISWA DIPUKUL EDAR RISALAH FITNAH.........


Padan muka!!!! bila masuk kawasan orang sila bagi salam dulu...Nie main pakai terjah aje...Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menegaskan bahawa kumpulan mahasiswa - Gerakan Mahasiswa PRU13 -  yang mahu bertanding mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen Pekan dalam pilihan raya umum hanya mewakili sebahagian kecil mahasiswa yang 'nakal'.

Sehubungan itu, Timbalan Presiden GPMS, Ezaruddin Abd Rahman menggesa mahasiswa lain supaya tidak akan sewenang-wenangnya terpengaruh dengan perjuangan 'kosong' mereka itu.

Semalam, Gerakan Mahasiswa PRU1 yang diketuai Syis Abdul Kadir mengumumkan akan menurunkan calon bertanding di Parlimen Pekan dalam pilihan raya umum akan datang.

Korang nie nak bertanding serta menabur fitnah dikawasan DS Najib Razak..Belajar pun tak habis lagi dah nak besar kepala...

Seorang aktivis Gerakan Mahasiswa PRU-13 (GM13) membuat laporan polis semalam kerana mendakwa ditumbuk dan disepak di kepala dan badan oleh lelaki yang tidak dikenali sewaktu mengedarkan 'Surat Mahasiswa Untuk Warga Pekan'.

Graduan Univerisiti Selangor Ekhsan Badarul Hisham berkata insiden tersebut berlaku kira-kira jam 1 petang semalam ketika dia bersama dua lagi rakannya mengedarkan surat mahasiswa berkaitan pilihan raya umum ke-13 di Kampung Dato' Keramat, Mukim Ganchong Pekan.

Dalam laporan polis itu, Ekhsan mendakwa kereta mereka dihalang oleh sebuah kereta jenis proton Gen 2 yang dinaiki tiga lelaki dan kemudiannya datang seorang lagi individu lelaki dengan motosikal.

Bagaimanapun, Ekhsan mendakwa beliau tidak pasti nombor pendaftaran kereta dan motosikal yang dinaiki oleh individu berkenaan.

"Selepas itu mereka telah meminta kad pengenalan dari kami dan kami telah memberikan kad pengenalan kami kepada mereka.

"Kemudian mereka telah meminta kami keluar dari kampung tersebut dan mengugut kami, lalu menarik saya keluar daripada motokar yang saya naiki serta menumbuk dan menyepak kepala serta badan saya," laporan polis itu dipetik.

Dilaporkan kumpulan mahasiswa itu mengumumkan akan menurunkan calon bertanding di parlimen Pekan dalam pilihan raya umum akan datang.

Surat yang diedarkan itu adalah sebahagian daripada program jelajah mereka ke parlimen itu selepas memutuskan untuk meletakkan calon mereka menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di kubu kuatnya itu.

Dalam laporan polis itu juga, Ekhsan juga mendakwa dalam kejadian tersebut, baju yang dipakainya telah terkoyak dan beliau cedera di tangan kanan.

"Untuk mengelak daripada kejadian yang lebih buruk berlaku, kami telah keluar dari kampung tersebut dan datang ke balai buat laporan polis," kata Ekhsan dalam laporan polis itu.

Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Pekan pada jam 3.39 petang semalam.

Sementara itu, Pengerusi GM13 Syis Abdul Kadir menyifatkan insiden tersebut sebagai "kejadian yang sangat memalukan arena politik negara" dan mendakwa ia didalangi mereka yang tidak berpuas hati dengan pengumuman mahasiswa untuk bertanding di situ, terutamanya Umno-BN.

"Sepatutnya tempat perdana menteri Malaysia adalah paling selamat untuk dikunjungi dan sangat menjunjung nilai demokrasi untuk berkempen.

"Namun sebaliknya yang berlaku. Hari pertama mahasiswa di Pekan, sudah disambut dengan samseng dan budaya kurang sihat.

"Bagaimana kita ingin membina ketamadunan negara, jika kawasan perdana menteri sendiri pun masih tidak mengamalkan politik matang," katanya Syis dalam satu kenyataan.

MKP Ayat Sempoi : Alasan murahan untuk mencari publisiti,Orang sendiri pukul lepas tue sebarkan dimedia...Gampang punya Cywar....

Tuesday, January 22

BAWANGI PUN POK NIK AJIS BAGI TANAH JUGAK...???


Memohon restu ibubapa untuk melakukan sesuatu adalah perkara biasa. Tapi bila berlaku sesuatu yang mengundang persepsi yang tidak baik kemudian berjumpa dengan Nik Aziz adalah sesuatu yang luar biasa.

Gambar di atas menunjukkan Elizabeth Wong yang pernah menemui Nik Aziz apabila keluar cerita dan gambar separa bogelnya. Entah apa yang dicakapkan Elizabeth kepadanya. Restu yang bagaimana yang diminta dari Nik Aziz. Yang pasti bukan mensucikan dosa perempuan yang pernah kangkangnya diambil gambar ini.

Kemudian muncul pula YB Teoh Nie Ching yang mengadap Ayahanda Nik Aziz apabila dikecam hebat kerana memasukki surau untuk memberi tazkirah. Mungkin sebagai orang muda Teoh tak dapat menahan kecaman dan kutukan kerana perbuatannya itu, lalu dia terpaksa menemui orang besar untuk mensucikan dirinya.

Mungkin ramai lagi yang berjumpa Ayahanda Nik Aziz termasuk artis yang dulunya pernah dikaitkan dengan kontroversi murahan seperti Hairie Othman yang pernah ditangkap khalwat dan Abby Inspektor Aliza yang pernah dikaitkan dengan cinta orang muda. Selepas perjumpaan itu Abby mula keluarkan bermacam-macam fatwa pelik. Sehingga pernah mengeluarkan fatwa terbatal syahadah.


Kini tiba giliran Bawani pula menemui Ayahanda Nik Aziz, apa butiran sebab perjumpaan tersebut tidak Angin ketahui tapi mungkin juga nak minta restu untuk berjuang bagi meraih keuntungan politik. Atau mungkin juga mahu menjadi calon pertama bukan islam dibawah lambang pas???


Entah apa pula yang akan dilakukan oleh bawani selepas mendapat restu ini??

Monday, January 21

VIDEO PENJELASAN #LISTEN KAK SHA DARI SUDUT HATINYA......


Bagi MKP ayat yang paling power boleh diguna pakai untuk Kak Sha adalah "What Goes Around Come Around' ini adalah satu titik permulaan bagi untuk berjuang. Salah tetap salah tapi dengan penjelasan ini mungkin akan membuka mata dan penilaian masyarakat dan Mahasiswa terhadap Kak Sha sendiri.Tak adil jugak jika kita menyalahkan Kak Sha sahaja didalam hal ini tanpa penjelasan dari mulut Kak Sha sendiri.

Tak patut pihak pembangkang nak babitkan Kerajaan yang memerintah serta apa jua Persatuan yang menyokong 1Malaysia didalam hal ini kerana ini semua adalah perdebatan diantara mereka cuma disaksikan oleh ramai mahasiswa serta dipertontonkan di laman You Tube...
Nama Sharifah Zohra Jabeen tiba-tiba meletup di internet selepas video yang mendapat jolokan 'LISTEN!' menjadi viral di ruangan siber. Terdapat pelbagai reaksi umum tentang kenyataan Presiden Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) itu kepada pelajar UUM dan juga aktivis muda Parti Sosialis Malaysia (PSM), KS. Bawani. 
Setelah lebih seminggu menyepikan diri selepas video tersebut berlegar di ruang siber, kini Sharifah Zohra tampil menjelaskan secara lebih terperinci kepada MediaPjO mengenai situasi di Forum Suara Mahasiswa di UUM tempoh hari. Selanjutnya
VIDEO PENJELASAN TENTANG BAWANI 


Saturday, January 19

KES HISTERIA MEREBAK KE UITM SERI ISKANDAR? #UiTM #SeriIskandar


Di kala kekecohan melibatkan Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, Melaka belum pun reda, kini sudah mula timbul pula kekecohan baru di Twitter bahawa insiden rasuk dan histeria melarat ke UiTM Seri Iskandar, Perak pula.

Antara hashtag yang popular bagi membincangkan topik dan keadaan di UiTM Perak adalah #UiTM dan #SeriIskandar.

Jika melihat kepada beberapa tweet yang ada, keadaan di Seri Iskandar bermula sejak malam tadi.


Namun, rasanya ia tidak sekecoh atau sehangat UiTM Lendu di mana Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) mereka terpaksa mengadakan Majlis Bacaan Yassin Perdana di setiap tingkat asrama.

Thursday, January 17

#listen #respect PARODY SEMPOI FORUM SUARA MAHASISWA....? @Matluthfi90


Video dari Mat Lufti memang sempoi untuk tatapan semua.Rilek der buat apa nak kecoh-kecoh isu bawani nie.Jangan termakan dengan Cywar pihak pembangkang.Isu Bawani nie adalah untuk menutup kegagalan #KL112.Jika dulu kejayaan bersih3.0 diulang-ulang sampai seminggu tapi #KL112 dah pun tutup buku pada isnin...Takkan benda mudah macam nie pun nak habaq...

Masa yang dipilih oleh Bawani untuk mengajukan soalan adalah satu perkara. Namun, satu lagi perkara yang tidak boleh diterima adalah nada dan kelakuan Bawani terhadap Syarifah. 

Budaya timur tidak boleh menerima kelakuan buruk seperti itu, terutamanya kelakuan Bawani kepada seorang yang lebih berusia darinya. 

Namun, Bawani hanyalah seorang pelajar, seorang wanita yang masih lagi muda yang masih lagi mentah, penuh dengan perkara yang mahu dilepaskan. 


Dan sama seperti mana-mana golongan muda terpelajar, Bawani percaya bahawa dia adalah lebih arif berbanding orang lain, termasuklah, terutamanya, kerajaan dan sesiapa yang mempunyai kaitan dengan kerajaan, dan dalam kes ini, Sharifah.Syarifah bagaimanapun, gagal untuk mengawal provokasi yang dibuat oleh Bawani.

Dengan segala fakta yang diberkan oleh bawani terhadap pendidikan percuma di beberapa negara, mungkin Bawani rasa bahawa dia adalah lebih besar daripada mana-mana kabinet kerajaan. 

Namun, Bawani adalah seorang anak muda yang belum matang dan naif. Memerintah sebuah negara dan memberikan pendidikan percuma bukanlah semudah ibu bapanya memberikan wang belanja kepada dia dan adik-adiknya.

Nampaknya, Bawani sebenarnya tidak begitu arif tentang isu ini. Bawani membandingkan Malaysia dengan negara-negara seperti Cuba, Argentina, dan Brazil berkenaan dengan pendidikan percuma. 

Mungkin dia tidak tahu bahawa untuk mendapatkan sistem pendidikan percuma, kos untuk perkara-perkara lain akan meningkat. Untuk memberikan pendidikan percuma, Argentina dan Cuba kekal sebagai negara miskin. 

Mereka tidak mampu menggunakan sebarang dana untuk memajukan sektor-sektor lain. Selain itu, pendidikan percuma juga tidak memberikan sebarang jaminan bahawa negara tidak akan dibelenggu masalah lain. 

Argentina sebagai contoh, akibat daripada kemiskinan, masalah rasuah adalah terlalu tinggi dan kemudiannya membawa kepada ketidakseimbangan dalam peluang pendidikan yang mana nisbah pelajar dari keluarga kaya dan golongan pelajar miskin untuk mendapat peluang untuk mendapatkan pendidikan tertiari adalah 9:1.

Dan hanya 10% pelajar-pelajar di Sri Lanka berpeluang untuk mendapatkan pendidikan tinggi, selebihnya hanya mampu mendapatkan pendidikan menengah. Brazil juga memberikan pendidikan percuma, namun, kadar cukai di negara tersebut adalah tinggi. 

Hampir kesemua negara-negara maju tidak memberikan pendidikan percuma. Denmark sebagai contoh, walaupun memberikan pendidikan percuma, mereka terpaksa mengenakan kadar cukai yang amat tinggi kepada rakyat. Turki dan Malaysia pula adalah sama, pendidikan hanyalah percuma hingga ke sekolah menengah.

Cukai pendapatan di Finland mencecah kadar 50% berbanding dengan Malaysia pada kadar 26% dan rakyat Malaysia masih mampu menikmati subsidi bagi pendidikan tinggi dimana pelajar hanya perlu membayar 5% daripada kos keseluruhan pembelajaran. 

Jadi, Bawani, MKP mahu mencadangkan Bawani supaya membuat satu thesis tentang perkara ini dan berikan idea-idea bernas dalam memberikan pendidikan percuma tanpa perlu menaikkan kadar cukai dan memastikan kadar inflasi stabil. 

Jika Bawani berjaya, kami akan pastikan Bawani mendapat tempat di Kabinet. Dan hanya jika Bawani berjaya berbuat demikian, barulah Bawani layak digelar sebagai seorang hero.


Tuesday, January 15

#listen #UUM MPP UUM BERSUARA.....


Video Forum Seiringkah Mahasiswa dan Politik yang menjadi kontroversi baru-baru ini mula mendapat respon daripada Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia.

Dalam kenyataan rasmi mereka,MPP UUM berpendirian mendukung prinsip kebebasan tanpa menafikan hak mana-mana individu

Dalam pada itu juga mereka turut berpendapat bahawa hak kebebasan bersuara mesti dilaksanakan dalam tertib dan penuh beradab.

Pihak mereka juga meminta agar isu ini diselesaikan antara dua pihak yang bertelagah serta diselesaikan secara berhemah dan harmoni.

Mereka juga percaya kedua-dua belah pihak mempunyai sebab tersendiri mengapa kejadian sedemikian berlaku serta berharap kedua-dua buah pihak boleh menjelaskan kepada orang ramai.

MPP UUM juga turut menjelaskan bahawa kehadiran YDP MPP UUM hanyalah memenuhi jemputan pihak penganjur program dan bukan bertindak sebagai penganjur atau penganjur bersama - Kenyataan penuh

Friday, December 21

GEMPAR :PENJARA KAJANG DIPENUHI JUTAAN MAHASISWA BERDEMO....

Kerana MAMAT Sengal nie penuh penjara kajang malam nie Der........Apa punya bangsat nama Mahasiswa telah dipergunakan untuk tujuan Politik Sempit pemimpin PKR...

Mahasiswa sebelum ini gah dimata masyarakat dengan kebijaksaannya...serta pemikiran yang matang dan tertib tingkah lakunya...Tapi dek kerana dua tiga beruk nie habis semua nama Mahasiswa tercemar... 

Sejak pagi tadi Solidariti Mahasiswa dok pukul canang akan berdemo depan Penjara Kajang kononnya untuk membela Mamat sengal nie tapi sampai kini MKP dok urshar jugak twitter tapi depa nie sembang macam dunia nak kiamat esoknya tapi hakikatnya habuk pun tarak........Cemuih bila depa nie sembang kencang......

Tuesday, October 16

SALAH SIAPA PULAK NIE?


Perangai macam haram jadah memalukan rakyat Malaysia saja,Kalau nak berbogel pun siapa peduli tapi benda nie dah dikaitkan dengan Malaysia der.....

Tak tahulah nak kata bodoh ke tidak sebab yang buat kerja tu adalah seorang anak Cina Malaysia yang mengambil jurusan undang-undang. DAP biasanya amat sensitif apabila ianya membabitkan anak Cina. Kalau anak Melayu, mereka boleh buat tuli. Kalau anak India, mereka mengharapkan Karpal Singh yang memulakan dahulu.

Monday, April 23

POCONG MUNCUL DI DATARAN MENDEKA,SERAM BEB?


Terdesak dan ingin mendapatkan perhatian setelah apa yang puak harami nie rancang tidak menjadi satu polimik kepada gerakan halus bagi mendapat sokongan terhadap mahasewel.Kering idea atau terpaksa mengunakan pocong sebagai gimik seterusnya......


Gambaq nie lebih dekat kot.Apa yang depa laungkan 1malaysia kot?Siap pakai baju hujan lagi padan muka puak nie sampai Allah pun tak restu dengan menurunkan hujan bagi menyuraikan depa nie sebab mempermainkan mayat orang Islam sebagai gimik........

Anuwar tertekan dengan TIBAI ikuti penjelasan mengenai tibai:

Kelab menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dinamakan sebagai Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim atau ringkasnya Tibai, dilancarkan secara rasmi hari ini dengan pemimpinnya bertekad mahu mencabar Ketua Pembangkang itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Kelab itu dirasmikan oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali.

Dalam ucapan pendahuluannya, Mursyidul Am Tibai, Muhammad Zahid Md Arip berkata, beliau tidak gentar untuk berdepan dengan penyokong Anwar, Ketua Umum PKR, dengan tertubuhnya Tibai, yang membawa maksud gasak, hentam atau bantai.

"Saya tidak gentar dengan ugutan dan hentaman oleh penyokong Anwar walaupun menerima kecaman dan hentaman di Facebook dan Twitter," katanya.

Muhammad Zahid berkata, matlamat kelab ini untuk membangkitkan kesedaran maksimum di kalangan rakyat untuk terus menolak Anwar dan sekutunya pada PRU13 akan tetap diteruskan.

Sehubungan itu, beliau turut menyatakan kesediaan untuk bertanding melawan Anwar di kerusi Permatang Pauh pada PRU13.

Anwar memenangi semula kerusi itu pada pilihan raya kecil Ogos 2008.

"Jika Perdana Menteri memberikan peluang untuk saya bertanding di sana, saya sedia untuk berdepan dengan Anwar," katanya yang disambut tepukan gemuruh penyokong yang hadir.

Muhammad Zahid juga memberi jaminan Tibai akan turun pada PRU13 untuk memberi sokongan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).

Majlis pelancaran Tibai di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini, dihadiri kira-kira 3,000 penyokong dan 28 Ahli Majlis Syura Tibai.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin dan Senator Mohd Ezam Mohd Noor tidak dapat turut serta.

Pada majlis tersebut, beberapa bekas pemimpin PKR diberikan peluang untuk berucap sebelum majlis perasmian disempurnakan oleh Ibrahim, yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.

Kata Muhammad Zahid, walaupun Tibai menyokong Umno, mereka bertindak menubuhkan kelab ini tanpa pengaruh sesiapa kecuali atas kesedaran menyelamatkan negara daripada Anwar.

"Kita akan turun secara maksimum di kawasan-kawasan yang ditandingi PKR bagi mendedahkan siapa Anwar sebenarnya.Kita akan guna apa jua cara untuk halang Anwar," katanya.

Pada sidang media mengumumkan penubuhan kelab itu pada 18 April lalu, Tibai yang disertai oleh bekas pemimpin tertinggi PKR ditubuhkan khusus untuk berjuang habis-habisan menolak Ketua Pembangkang itu daripada arus politik perdana.

Tibai akan memfokus empat negeri iaitu di Wilayah Persekutuan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.
Antara lain, Tibai juga disertai Senator Datuk S Nalakaruppan; Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong; bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari; bekas pengasas PKR, Ng Lum Yong; Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kassim; bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah; Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor, Hamidzun Khairuddin dan bekas pembantu Anwar, Rahimi Osman. SH

Saturday, April 21

KUDA POLITIK TAK MENGUNTUNGKAN MAHASISWA?


Ibu bapa kepada mahasiswa yang mengalami kecederaan dalam kejadian di Dataran Merdeka tempoh hari, berhak merasa cemas terhadap serangan oleh sekumpulan orang yang tidak dikenali terhadap anak-anak mereka.

Simpati masyarakat terhadap ibu bapa dan mahasiswa terbabit tentunya boleh difahami.

Semua tentunya bersyukur kerana tindakan cepat polis memastikan kecederaan yang dialami ringan dan serangan itu terbatas. Selepas ini, proses undang-undang akan mengambil alih demi memastikan pihak yang bertanggungjawab dikenakan tindakan sewajarnya.

Insiden subuh Khamis lalu menzahirkan kebimbangan bahawa mahasiswa yang menjaja isu Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Dataran Merdeka semakin diperkudakan oleh pembangkang.

Keghairahan pemimpin pembangkang termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohamad Sabu menyalurkan bantuan kepada kumpulan mahasiswa ini supaya mereka terus berkampung di Dataran Merdeka menunjukkan kesungguhan Pakatan Rakyat memperalatkan pelajar demi keuntungan politik.

Mahasiswa dijadikan saf utama untuk menuntut pemansuhan PTPTN.

Persetankan jika pemansuhan itu bermaksud negara akan kehilangan sumber RM43 bilion ringgit yang diberikan sebagai pinjaman kepada pelajar.

Pedulikan nasib pelajar yang sudah pun menjelaskan pinjaman mereka. Tidak apa jika rakyat terpaksa menanggung cukai yang lebih tinggi, untuk negara membiayai pendidikan percuma sehingga peringkat universiti.

Oleh kerana slogan "Pendidikan Percuma Hingga Universiti" sedap didengar - Pakatan Rakyat tidak bermasalah untuk membuat janji sedemikian bagi meraih undi, walaupun ia bermaksud menghasut mahasiswa secara halus untuk mengadakan tunjuk perasaan jalanan.

Dalam memberikan sokongan bulat kepada golongan mahasiswa itu, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, termasuk Anwar dan Penasihat Dap Lim Kit Siang tidak rasa terpanggil untuk menjelaskan kenapa mereka menyokong PTPTN apabila ia dilancarkan pada tahun 1997 tetapi membantahnya sekarang.

Anwar yang ketika itu menjadi Pemangku Perdana Menteri merasmikan penubuhan tabung itu manakala Kit Siang selaku Ketua Pembangkang ketika itu, memberi sokongan penuh kepadanya di Parlimen sebagai usaha murni kerajaan membantu pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah.

Kenapa, ketika itu Anwar dan Kit Siang tidak melihat PTPTN sebagai zalim dan menekan rakyat, sungguhpun ketika itu kadar faedah yang dikenakan di atas pinjaman empat peratus, berbanding satu peratus sekarang?

Dalam konteks sama, mahasiswa juga perlu bertanya kenapa tidak ada rekod sama sekali Anwar cuba menghapuskan Akta Universiti dan Kolej Universiti ketika beliau Menteri Pelajaran, Timbalan Perdana Menteri mahu pun Pemangku Perdana Menteri?

Perlu juga difikirkan kenapa PTPTN tidak menjadi isu politik pada pilihan raya umum 2008 atau sebelumnya tetapi dibangkitkan sekarang? Mungkinkah kerana pembangkang semakin ketandusan isu panas?

Akta Keselamatan Dalam Negeri dimansuhkan, Akta Universiti dan Kolej Universiti dipinda supaya pelajar boleh menjadi ahli parti politik dan macam-macam undang-undang lain yang dijaja sebagai anti demokrasi dimansuh atau dipinda. Sejajar dengan itu pelbagai insiatif untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat diperkenalkan.

Semua ini tentunya menghakis dan mengecilkan simpanan isu-isu yang boleh dijaja oleh pembangkang untuk PRU ke 13 dan sekaligus ia meremehkan janji Pakatan Rakyat dalam Buku Jingganya.

Justeru, PTPTN dicanang kerana ia memberi kesan kepada generasi muda dan juga golongan ibu bapa.

Sifir politik Pakatan adalah jika ia berjanji untuk memansuhkan skim pinjaman mudah itu, sudah tentu ia akan mendapat sokongan meluas.

Namun mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka harus berfikir sejenak, apakah PTPTN boleh dilaksanakan begitu sahaja tanpa menjejaskan segmen lain perbelanjaan negara, contohnya peruntukan untuk pembangunan luar bandar?

Jawapan kepada persoalan-persoalan ini boleh dikupas secara beradab menerusi dialog dan wacana teratur di dalam dewan universiti mereka; bukan dengan mendirikan khemah dan berkampung di Dataran Merdeka dan melaung slogan anti-kerajaan.

Sebagai golongan berilmu, mahasiswa harus waspada dan tidak membiarkan diri dipergunakan oleh mana-mana pihak.

Selepas menggunakan aktivis berhaluan kiri untuk menganjurkan siri tunjuk perasaan BERSIH, Pakatan Rakyat kini nekad menggunakan mahasiswa pula sebagai satu lagi aparatus untuk berkempen demi mengejar kuasa politik yang bernama Putrajaya.

Friday, April 20

KANTOI BEB MINAH NIE BUKAN MAHASISWA TAPI BOHSIA UPAHAN?



Kantoi sudah muka aje lawa beb akan tetapi akai letak kat lutut....apa kejadah kenyataan bodoh yang dibuat tanpa bukti yang sahih mana gambarnya serta video yang menyokong apa yang lu cakap jangan pulak nak beri alasan yang bodoh handphone tak ade dan bermacam-macam lagi......Tunjukkan bukti minah sengal......kejadian itu berlaku bukan dalam sekelip mata jika alasan tak sempat nak ambil gambar.Drama hebat itu lebih kurang 20-25 minit lu yang cakap kan?....Berapa ambiga kasi supaya buat benda nieee heeee ...Yang kat belakang tue macam pernah MKP tengok kat Lorong Garu....Minah lu sokong LGBT KE?


Naib Canselor UM Makan Gaji Buta?

Bila sebut nama Universiti Malaya (UM) ramai yang akan bersetuju pusat pengajian itu adalah antara pilihan utama ibubapa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tinggi bukan sahaja kerana sejarahnya yang besar dalam dunia pendidikan malah namanya juga tercatat antara 500 universiti terbaik dunia.

Bagaimanapun ranking yang baik tidak akan menjanjikan banyak perbezaan jikalau ada segelintir pelajarnya mudah terpengaruh dengan anasir luar yang hanya bermatlamatkan mempergunakan mereka untuk kepentingan politik kepartian misalnya menyertai demonstrasi jalanan di Dataran Merdeka tempohari.

Demonstrasi anti PTPTN sabtu lalu oleh sekumpulan mahasiswa pro pembangkang sekalipun gagal sama sekali apabila dari 5,000 orang sasaran penyertaan hanya 200 - 300 orang sahaja yang hadir namun kelibat beberapa pelajar UM dalam demo tersebut tentu sahaja menuntut tindakan bersesuaian daripada pihak pentadbir universiti.

Antara yang telah dikenalpasti merupakan pelajar UM ialah Haziq Abdullah, Syahid Zaini, Safwan Anang dan beberapa yang lain. Ramai yang tertanya-tanya apa langkah selanjutnya yang bakal diambil terhadap pelajar tersebut berikutan penglibatan mereka dalam demonstrasi tersebut.

Haziq misalnya adalah antara individu yang bertanggungjawab membawa gambar Perdana Menteri dengan kalungan bunga kematian, satu tindakan yang agak biadap dan bersifat provokasi sewajarnya disegerakan tindakan tegas terhadapnya.

Mana mungkin seseorang pelajar universiti yang tugas utamanya menelaah pelajaran boleh di biarkan bebas berkeliaran menyertai aktiviti politik sekalipun ada tikanya buah fikiran mereka berguna untuk negara namun ada tempat dan tikanya yang sesuai untuk tujuan tersebut.

Demonstrasi jalanan ditambah lagi dengan perlakuan biadap, kurang ajar dan melampaui tabie asas seorang pelajar universiti tentu saja sukar diterima masyarakat sementelah lagi isu pemansuhan PTPTN yang mereka laungkan juga hasil usul dari golongan partisan yang hanya memperalatkan mereka untuk tujuan kepartian.

Walhal ramai mengakui hakikat dengan adanya dana pinjaman pendidikan dari PTPTN sejak lebih kurang 14 tahun ianya beroperasi telah membantu ratusan ribu rakyat melanjutkan pelajaran ke ipt, tiba-tiba kali ini semata-mata hampir pilihanraya umum ke 13 ianya menjadi puching beg orang politik, apakah logik untuk kita hapuskannya begitu saja?

PTPTN pula bukannya satu skim pinjaman bersandarkan keuntungan, semua dana yang ada dan jumlah bayaran diterima dikitar semula untuk kegunaan generasi pelajar akan datang dan caj perkhidmatan 1% yang dikenakan pula untuk menampung segala kos pentadbiran termasuklah pengurusan, kakitangan, utiliti dan lain-lain yang berkaitan.

Dan pula, PTPTN tidak sama sekali mewajibkan pelajar memohonnya. Semua bergantung pada kemahuan individu tidak mengira miskin atau kaya, jika memerlukan wang pinjaman maka PTPTN adalah tempatnya. Tapi jika berasa cukup mampu menanggung segala kos pengajian dan sara hidup selama 2 hingga 5 tahun di universiti, tiada paksaan untuk menggunakan khidmat PTPTN.

Andaikata masih ada segelintir pelajar begitu kemaruk mahukan pendidikan percuma sebagaimana dilaungkan dalam demo tersebut, ringan-ringankanlah otak untuk berfikir dan rajin belajar supaya mampu mencapai keputusan cemerlang dengan kelulusan ijazah kelas pertama tentu sahaja hutang pinjaman dilupuskan tanpa bayaran satu sen pun.

Berbalik kepada isu penyertaan beberapa pelajar UM dalam demonstrasi anti PTPTN sebagaimana disebut di awal tulisan ini, sekali lagi ditekankan keperluan pentingnya tindakan segera pihak pentadbir universiti bertegas dengan kebiadapan pelajar-pelajarnya.

Jangan ditunggu hingga ada yang terdetik dalam hati menyangkakan yang Naib Canselor UM hanya makan gaji buta dek kerana lambat bertindak dan kurang responsif terhadap isu tersebut.

Kita tidak mahu suatu hari kelak bakal lulusan universiti tergolong dari sekumpulan manusia yang kurang ajar, biadap dan menjengkelkan sikap perwatakannya sedangkan sifat dan tabie asas seseorang terpelajar mestilah menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat.

Apatah lagi mereka bukan sahaja menggalas harapan ibubapa dan negara supaya menjadi insan yang berguna malah suatu hari nanti khidmat mereka diperlukan untuk menabur jasa bakti bagi pembangunan masyarakat dan negara.

Justeru itu, segeralah bertindak untuk kebaikan bersama agar ia tidak menjadi ikutan kemudian hari kelak yang tentu sahaja jika dibiarkan bukan sahaja memberi kesan terhadap nama baik UM sendiri malah akan menimbulkan keraguan masyarakat terhadap keupayaan UM untuk mendidik generasi masa depan.KREDIT KEPADA BERUANG BIRU.........


Thursday, April 19

BLOGGER PAKATAN MANGKUK HAYUN? @AmenoWorld @addin77


Tergelak MKP tengok telatah blogger sebelah sana yang boleh dikatakan mangkuk hayun dan sengal.Apa tidaknya semua bermain dengan persepsi menyatakan Razali nie penjenayah dan dalang pada pergaduhan dengan mahasiswa apa tidaknya tiada bukti yang jelas menunjukkan Razali nie memukul mahasiswa pada malam tadi.........Bukti bergambar yang menyatakan Razali memukul mahasiswa.....ada ke?


Didalam video ini cuma nampak Razali berjalan kehulu dan kehilir serta membuat provokasi.....Aksi tolak  menolak itu boleh dikatakan bisalah der....Takkan kena maki pun hampa dah kecut teloq dah........Adalah tidak adil hanya menghukum Razali sedangkan beliau cuma hadir dan membuat provokasi disana.....Mahasiswa sengal nie pun pernah menyatakan kebebasan berhimpun di Dataran Merdeka tidak salah! Yang ada kat sana menyatakan tak salah sesiapa yang nak hadir disana.Berikut kenyataan Tok Mat membuatkan blogger sewel nie meroyan....
Dengan sinis, beliau berkata orang akan menyalahkan Umno atas semua masalah yang dihadapi mereka.
"Kalau ada kereta bocor di tepi jalan itu salah Umno. Kalau ada motorsikal bocor itu salah Umno. Kalau ada basikal bocor di tepi jalan di dalam hutan yang tak ada orang lalu lalang, itu pun salah Umno.
"Mereka ini sudah bankrap idea, semua salahkan Umno. Ada orang liwat orang lain, Umno yang kena. Dia yang sedap, kita yang kena," katanya lagi ketika ditemui di bangunan Parlimen hari ini. 
Ditanya lanjut mengenai dakwaan siswa berkenaan yang mengaitkan tindakan samseng itu dengan parti Umno, Ahmad berkata: "Saya tak tahu, saya sedang tidur semalam. Orang tidur di rumah, bukan di padang." -MKINI-
Betullah kenyataan yang dikeluarkan oleh Tok Mat nie,,,,Biasalah bila dah kena batang hidung pasti melompat sakan depa nie......Sapa makan cili dia terasa pedas der.....

MKP Ayat Sempoi : Bagi aku bukti bergambar Razali pukul mahasiswa? 






PATUT LA ANAK MUDA SAMURAI HITAM MENGAMUK?


Kenapa anak muda yang MKP gelarkan mereka "samurai hitam" mengamuk.Pada mulanya mahasewel nie jugak yang cetuskan provokasi terhadap pihak berkuasa DBKL yang ingin berbincang dengan baik  mahu menyuraikan mereka.engok video dari Meloyakini dibawah


Yang kena balun semalam adalah mamat botak tue?Apa punya kurang ajaq manusia macam nie dah la bukan mahasiswa lepas tue pi sana dok membantah dan bermacam soalan bodoh ditanya oleh beliau.Apa kejadah nie semua...Video dibawah ini menunjukkan kurang ajaq mamat botak sorang nie terhadap PM.


MKP Ayat Sempoi ; Patutlah kena balun dah lama Samurai Hitam bengkak dengan lu der> 

NAK KAT HANG,LONDEH HABIS SEMUANYA?


Demo sambil buat maksiat.Apa kejadah punya mahasiswa nie sebelum nie adalah mamat tue masuk komen kt blog Din Turtle kata barua nie dah kawain tetapi bila MKP tengok pulak kad kawin nie rasa geli geleman pun ada..........Terima kasih la kepada rakan FB MKP Malaysiatv yang upload gambar nie...


P.Ramlee dah buat cerita nie zaman dulu unutk menyedarkan orang melayu akan tetapi masih ada yang kurang cerdik dalam menilai.....

MKP Ayat Sempoi : Kesian kat makbapak dia!!!!!Pasal benda nie tak mau komen Pakcik pendekar?

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive