Showing posts with label ptptn. Show all posts
Showing posts with label ptptn. Show all posts

Thursday, April 26

OCCUPY DATARAN DAH MULA BERPECAH?

Macam nie nak dikatakan berjuang apa kejadah depa nie sampai dah bergaduh pulak.Rasanya pemimpin Pakatan Haram tidak lagi memberi dana kepada aktivis nie?Selepas insiden diserbu oleh DBKL dan dedahan oleh para sahabat blogger mereka nie menyokong LGBT serta perilaku kurang moral telah menjauhi pemimpin mereka.Mana Nurul Izzah dah lari ke?

Aktivis ‘Occupy Dataran’ hari ini meninggalkan Aktivis Mahasiswa terkontang-kanting di Dataran Merdeka selepas 11 hari mereka berkampung di sana bersama mereka.

Menurut laporan portal berita Malaysian Digest, wujud perselisihan faham di antara kedua-dua kumpulan aktivis itu yang menyebabkan aktivis ‘Occupy Dataran’ meninggalkan lokasi protes tersebut.

Kumpulan yang diketuai oleh Fahmi Reza itu dilihat meninggalkan ‘kem’ dengan membawa semua barangan peribadi mereka termasuk khemah.

Ketika ini hanya seorang sahaja aktivis mahasiswa yang berada di Dataran Merdeka iaitu yang dikenali sebagai Alif daripada Legasi Mahasiswa Progresif yang memberitahu kumpulan Occupy Dataran membuat keputusan untuk beredar selepas berlaku pertikaman lidah dengan kumpulan mahasiswa.

“Ada beberapa perkara yang kedua-dua kumpulan tidak dapat mencapai kesepakatan yang menyebabkan mereka (Occupy Dataran) mahu beredar,” kata Alif.

“Mereka langsung tidak memberitahu kami, mereka hanya kemas barangan mereka dan beredar bersama-sama khemah yang di antaranya kepunyaan kami,” tambah beliau.

Sebelum ini kedua-dua kumpulan aktivis tersebut nekad untuk terus berkhemah di Dataran Merdeka hingga 28 April ini bersempena dengan perhimpunan Bersih 3.0.

Perkembangan terbaru itu membuktikan yang perjuangan mereka selama ini sekadar hangat-hangat tahi ayam.

Monday, April 23

POCONG MUNCUL DI DATARAN MENDEKA,SERAM BEB?


Terdesak dan ingin mendapatkan perhatian setelah apa yang puak harami nie rancang tidak menjadi satu polimik kepada gerakan halus bagi mendapat sokongan terhadap mahasewel.Kering idea atau terpaksa mengunakan pocong sebagai gimik seterusnya......


Gambaq nie lebih dekat kot.Apa yang depa laungkan 1malaysia kot?Siap pakai baju hujan lagi padan muka puak nie sampai Allah pun tak restu dengan menurunkan hujan bagi menyuraikan depa nie sebab mempermainkan mayat orang Islam sebagai gimik........

Anuwar tertekan dengan TIBAI ikuti penjelasan mengenai tibai:

Kelab menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dinamakan sebagai Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim atau ringkasnya Tibai, dilancarkan secara rasmi hari ini dengan pemimpinnya bertekad mahu mencabar Ketua Pembangkang itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Kelab itu dirasmikan oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali.

Dalam ucapan pendahuluannya, Mursyidul Am Tibai, Muhammad Zahid Md Arip berkata, beliau tidak gentar untuk berdepan dengan penyokong Anwar, Ketua Umum PKR, dengan tertubuhnya Tibai, yang membawa maksud gasak, hentam atau bantai.

"Saya tidak gentar dengan ugutan dan hentaman oleh penyokong Anwar walaupun menerima kecaman dan hentaman di Facebook dan Twitter," katanya.

Muhammad Zahid berkata, matlamat kelab ini untuk membangkitkan kesedaran maksimum di kalangan rakyat untuk terus menolak Anwar dan sekutunya pada PRU13 akan tetap diteruskan.

Sehubungan itu, beliau turut menyatakan kesediaan untuk bertanding melawan Anwar di kerusi Permatang Pauh pada PRU13.

Anwar memenangi semula kerusi itu pada pilihan raya kecil Ogos 2008.

"Jika Perdana Menteri memberikan peluang untuk saya bertanding di sana, saya sedia untuk berdepan dengan Anwar," katanya yang disambut tepukan gemuruh penyokong yang hadir.

Muhammad Zahid juga memberi jaminan Tibai akan turun pada PRU13 untuk memberi sokongan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).

Majlis pelancaran Tibai di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini, dihadiri kira-kira 3,000 penyokong dan 28 Ahli Majlis Syura Tibai.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin dan Senator Mohd Ezam Mohd Noor tidak dapat turut serta.

Pada majlis tersebut, beberapa bekas pemimpin PKR diberikan peluang untuk berucap sebelum majlis perasmian disempurnakan oleh Ibrahim, yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.

Kata Muhammad Zahid, walaupun Tibai menyokong Umno, mereka bertindak menubuhkan kelab ini tanpa pengaruh sesiapa kecuali atas kesedaran menyelamatkan negara daripada Anwar.

"Kita akan turun secara maksimum di kawasan-kawasan yang ditandingi PKR bagi mendedahkan siapa Anwar sebenarnya.Kita akan guna apa jua cara untuk halang Anwar," katanya.

Pada sidang media mengumumkan penubuhan kelab itu pada 18 April lalu, Tibai yang disertai oleh bekas pemimpin tertinggi PKR ditubuhkan khusus untuk berjuang habis-habisan menolak Ketua Pembangkang itu daripada arus politik perdana.

Tibai akan memfokus empat negeri iaitu di Wilayah Persekutuan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.
Antara lain, Tibai juga disertai Senator Datuk S Nalakaruppan; Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong; bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari; bekas pengasas PKR, Ng Lum Yong; Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kassim; bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah; Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor, Hamidzun Khairuddin dan bekas pembantu Anwar, Rahimi Osman. SH

Sunday, April 22

STACY DAN SELUARNYA?


Wah!, jarang-jarang kita dapat tengok stacy berseluar pendek kan.. kebiasaannya Stacy akan berseluar panjang jika membuat persembahan.. Namun Stacy juga sama seperti perempuan lain yang gemar berseluar pendek apabila berada di rumah walaupun agak seksi.. mungkin lebih selesa dengan cuaca yang agak panas kat Malaysia ni kan.. Walaupun Stacy hanya pakai t-shirt dan seluar pendek dia tetap nampak cute kan…

Bab stacy tue MKP tak kisah la sangat akan tetapi nie pasal minah yang lepak kat dataran nie sampai macam tue pakaianya apa kejadah nie semua...Pemimpin Pakatan restu pulak apa yang minah nie buat..

MKP dah cakap sebelum nie minah nie bohsia lu olang talak pecaya tue dia siap merokok lagi beb,yang penting dia pakai seluaq pendek bro pasal hari nie kena ikut tajuk Seluaq Pendek.......Kalau macam nie perjuangan minah nie nampak sangat dibayar der...




Friday, April 20

KANTOI BEB MINAH NIE BUKAN MAHASISWA TAPI BOHSIA UPAHAN?



Kantoi sudah muka aje lawa beb akan tetapi akai letak kat lutut....apa kejadah kenyataan bodoh yang dibuat tanpa bukti yang sahih mana gambarnya serta video yang menyokong apa yang lu cakap jangan pulak nak beri alasan yang bodoh handphone tak ade dan bermacam-macam lagi......Tunjukkan bukti minah sengal......kejadian itu berlaku bukan dalam sekelip mata jika alasan tak sempat nak ambil gambar.Drama hebat itu lebih kurang 20-25 minit lu yang cakap kan?....Berapa ambiga kasi supaya buat benda nieee heeee ...Yang kat belakang tue macam pernah MKP tengok kat Lorong Garu....Minah lu sokong LGBT KE?


Naib Canselor UM Makan Gaji Buta?

Bila sebut nama Universiti Malaya (UM) ramai yang akan bersetuju pusat pengajian itu adalah antara pilihan utama ibubapa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tinggi bukan sahaja kerana sejarahnya yang besar dalam dunia pendidikan malah namanya juga tercatat antara 500 universiti terbaik dunia.

Bagaimanapun ranking yang baik tidak akan menjanjikan banyak perbezaan jikalau ada segelintir pelajarnya mudah terpengaruh dengan anasir luar yang hanya bermatlamatkan mempergunakan mereka untuk kepentingan politik kepartian misalnya menyertai demonstrasi jalanan di Dataran Merdeka tempohari.

Demonstrasi anti PTPTN sabtu lalu oleh sekumpulan mahasiswa pro pembangkang sekalipun gagal sama sekali apabila dari 5,000 orang sasaran penyertaan hanya 200 - 300 orang sahaja yang hadir namun kelibat beberapa pelajar UM dalam demo tersebut tentu sahaja menuntut tindakan bersesuaian daripada pihak pentadbir universiti.

Antara yang telah dikenalpasti merupakan pelajar UM ialah Haziq Abdullah, Syahid Zaini, Safwan Anang dan beberapa yang lain. Ramai yang tertanya-tanya apa langkah selanjutnya yang bakal diambil terhadap pelajar tersebut berikutan penglibatan mereka dalam demonstrasi tersebut.

Haziq misalnya adalah antara individu yang bertanggungjawab membawa gambar Perdana Menteri dengan kalungan bunga kematian, satu tindakan yang agak biadap dan bersifat provokasi sewajarnya disegerakan tindakan tegas terhadapnya.

Mana mungkin seseorang pelajar universiti yang tugas utamanya menelaah pelajaran boleh di biarkan bebas berkeliaran menyertai aktiviti politik sekalipun ada tikanya buah fikiran mereka berguna untuk negara namun ada tempat dan tikanya yang sesuai untuk tujuan tersebut.

Demonstrasi jalanan ditambah lagi dengan perlakuan biadap, kurang ajar dan melampaui tabie asas seorang pelajar universiti tentu saja sukar diterima masyarakat sementelah lagi isu pemansuhan PTPTN yang mereka laungkan juga hasil usul dari golongan partisan yang hanya memperalatkan mereka untuk tujuan kepartian.

Walhal ramai mengakui hakikat dengan adanya dana pinjaman pendidikan dari PTPTN sejak lebih kurang 14 tahun ianya beroperasi telah membantu ratusan ribu rakyat melanjutkan pelajaran ke ipt, tiba-tiba kali ini semata-mata hampir pilihanraya umum ke 13 ianya menjadi puching beg orang politik, apakah logik untuk kita hapuskannya begitu saja?

PTPTN pula bukannya satu skim pinjaman bersandarkan keuntungan, semua dana yang ada dan jumlah bayaran diterima dikitar semula untuk kegunaan generasi pelajar akan datang dan caj perkhidmatan 1% yang dikenakan pula untuk menampung segala kos pentadbiran termasuklah pengurusan, kakitangan, utiliti dan lain-lain yang berkaitan.

Dan pula, PTPTN tidak sama sekali mewajibkan pelajar memohonnya. Semua bergantung pada kemahuan individu tidak mengira miskin atau kaya, jika memerlukan wang pinjaman maka PTPTN adalah tempatnya. Tapi jika berasa cukup mampu menanggung segala kos pengajian dan sara hidup selama 2 hingga 5 tahun di universiti, tiada paksaan untuk menggunakan khidmat PTPTN.

Andaikata masih ada segelintir pelajar begitu kemaruk mahukan pendidikan percuma sebagaimana dilaungkan dalam demo tersebut, ringan-ringankanlah otak untuk berfikir dan rajin belajar supaya mampu mencapai keputusan cemerlang dengan kelulusan ijazah kelas pertama tentu sahaja hutang pinjaman dilupuskan tanpa bayaran satu sen pun.

Berbalik kepada isu penyertaan beberapa pelajar UM dalam demonstrasi anti PTPTN sebagaimana disebut di awal tulisan ini, sekali lagi ditekankan keperluan pentingnya tindakan segera pihak pentadbir universiti bertegas dengan kebiadapan pelajar-pelajarnya.

Jangan ditunggu hingga ada yang terdetik dalam hati menyangkakan yang Naib Canselor UM hanya makan gaji buta dek kerana lambat bertindak dan kurang responsif terhadap isu tersebut.

Kita tidak mahu suatu hari kelak bakal lulusan universiti tergolong dari sekumpulan manusia yang kurang ajar, biadap dan menjengkelkan sikap perwatakannya sedangkan sifat dan tabie asas seseorang terpelajar mestilah menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat.

Apatah lagi mereka bukan sahaja menggalas harapan ibubapa dan negara supaya menjadi insan yang berguna malah suatu hari nanti khidmat mereka diperlukan untuk menabur jasa bakti bagi pembangunan masyarakat dan negara.

Justeru itu, segeralah bertindak untuk kebaikan bersama agar ia tidak menjadi ikutan kemudian hari kelak yang tentu sahaja jika dibiarkan bukan sahaja memberi kesan terhadap nama baik UM sendiri malah akan menimbulkan keraguan masyarakat terhadap keupayaan UM untuk mendidik generasi masa depan.KREDIT KEPADA BERUANG BIRU.........


DAP TOLAK PTPTN,TANYA GUAN ENG KALAU TAK PECAYA?


DAP dan PAS dikatakan berang dengan Anwar Ibrahim dan PKR kerana menjerumuskan mereka ke dalam isu yang akhirnya memakan diri sendiri. Kini, seluruh parti Pakatan Rakyat terpaksa menepis dan merasionalkan cadangan PKR untuk menghapuskan PTPTN.

Akhbar-akhbar Cina juga kebanyakannya memberi reaksi negatif terhadap cadangan tersebut. Sin Chew, misalnya mempersoalkan walaupun semua orang menginginkan pendidikan percuma tetapi apakah cadangan tersebut logik untuk dilaksanakan. Pendidikan percuma untuk semua bermakna kerajaan memerlukan RM43 bilion setiap tahun dan itu belum lagi diambil kira janji-janji manis yang lain yang ditabur oleh PR yang membawa jumlah lebih RM200 billion.

Akhbar-akhbar Cina diketahui mempunyai pertalian yang rapat dengan DAP dan apa yang ditulis mereka kebanyakannya membayangkan pendirian DAP. Oleh itu, walaupun secara dasarnya mereka menentang penghapusan PTPTN tetapi mereka memberi sedikit ‘muka’ kepada Pakatan Rakyat dengan menyebut tentang pengalaman dalam bidang ekonomi yang dimiliki oleh Anwar Ibrahim yang pernah menjadi Menteri Kewangan.

Bagaimanapun, menurut mereka, walaupun Anwar dan Tony Pua punya pengalaman dalam mengurus kewangan tetapi selagi mereka berdua tidak dapat membentangkan secara terperinci tentang bagaimana caranya untuk menampung kos lebih RM200 billion itu, maka mereka tidak ada pilihan selain dari meraguinya.

Dari laporan akhbar tersebut, nampaknya kaum Cina mengakui bahawa PTPTN banyak membantu kerana kebanyakan anak-anak mereka memilih untuk ke pusat pengajian tinggi swasta yang kosnya jauh lebih mahal dari pusat pengajian tinggi awam. Secara tidak langsung juga mereka telah mengakui bahawa kerajaan tidak pernah mengabaikan kaum mereka, walaupun mereka tidak menyatakannya secara terang-terangan.

Kita percaya, PAS juga banyak terhutang budi kepada kerajaan dalam isu PTPTN ini. Mana tidaknya, jika kebanyakan anak-anak mereka tidak layak mendapat biasiswa kerana kurang menyerlah dalam pelajaran akibat terlalu asyik berpolitik kerana terpengaruh dengan ibubapa sendiri. Jika ini senarionya maka hanya pinjaman seperti PTPTNlah sahaja yang dapat membantu anak-anak orang PAS ini mendapatkan pendidikan peringkat tertiari.

Begitu juga dengan PKR, contohnya Adam Adli dan semua rakan-rakannya yang ke hulu ke hilir berdemo menentang apa saja yang dibuat oleh kerajaan, tiada seorang pun di antara mereka yang cemerlang dalam pelajaran.

Justeru, munasabahlah jika PKR ditempelak oleh sekutunya DAP dan PAS kerana mengemukakan cadangan yang paling bodoh. Apakan daya, tahap itu sajalah pemikiran Ketua Pembangkang yang hanya berkelulusan Pengajian Melayu kelas 3.

Apa nak dikata, bukan UMNO yang pilih Anwar jadi Ketua Pembangkang, tetapi PR sendiri yang melantiknya. Tak dapat dibayangkan jika Anwar menjadi Perdana Menteri. Entah apa lagi agaknya idea-idea bodoh yang akan dikemukakannya.BERUANG BIRU....

Thursday, April 19

BLOGGER PAKATAN MANGKUK HAYUN? @AmenoWorld @addin77


Tergelak MKP tengok telatah blogger sebelah sana yang boleh dikatakan mangkuk hayun dan sengal.Apa tidaknya semua bermain dengan persepsi menyatakan Razali nie penjenayah dan dalang pada pergaduhan dengan mahasiswa apa tidaknya tiada bukti yang jelas menunjukkan Razali nie memukul mahasiswa pada malam tadi.........Bukti bergambar yang menyatakan Razali memukul mahasiswa.....ada ke?


Didalam video ini cuma nampak Razali berjalan kehulu dan kehilir serta membuat provokasi.....Aksi tolak  menolak itu boleh dikatakan bisalah der....Takkan kena maki pun hampa dah kecut teloq dah........Adalah tidak adil hanya menghukum Razali sedangkan beliau cuma hadir dan membuat provokasi disana.....Mahasiswa sengal nie pun pernah menyatakan kebebasan berhimpun di Dataran Merdeka tidak salah! Yang ada kat sana menyatakan tak salah sesiapa yang nak hadir disana.Berikut kenyataan Tok Mat membuatkan blogger sewel nie meroyan....
Dengan sinis, beliau berkata orang akan menyalahkan Umno atas semua masalah yang dihadapi mereka.
"Kalau ada kereta bocor di tepi jalan itu salah Umno. Kalau ada motorsikal bocor itu salah Umno. Kalau ada basikal bocor di tepi jalan di dalam hutan yang tak ada orang lalu lalang, itu pun salah Umno.
"Mereka ini sudah bankrap idea, semua salahkan Umno. Ada orang liwat orang lain, Umno yang kena. Dia yang sedap, kita yang kena," katanya lagi ketika ditemui di bangunan Parlimen hari ini. 
Ditanya lanjut mengenai dakwaan siswa berkenaan yang mengaitkan tindakan samseng itu dengan parti Umno, Ahmad berkata: "Saya tak tahu, saya sedang tidur semalam. Orang tidur di rumah, bukan di padang." -MKINI-
Betullah kenyataan yang dikeluarkan oleh Tok Mat nie,,,,Biasalah bila dah kena batang hidung pasti melompat sakan depa nie......Sapa makan cili dia terasa pedas der.....

MKP Ayat Sempoi : Bagi aku bukti bergambar Razali pukul mahasiswa? 






PATUT LA ANAK MUDA SAMURAI HITAM MENGAMUK?


Kenapa anak muda yang MKP gelarkan mereka "samurai hitam" mengamuk.Pada mulanya mahasewel nie jugak yang cetuskan provokasi terhadap pihak berkuasa DBKL yang ingin berbincang dengan baik  mahu menyuraikan mereka.engok video dari Meloyakini dibawah


Yang kena balun semalam adalah mamat botak tue?Apa punya kurang ajaq manusia macam nie dah la bukan mahasiswa lepas tue pi sana dok membantah dan bermacam soalan bodoh ditanya oleh beliau.Apa kejadah nie semua...Video dibawah ini menunjukkan kurang ajaq mamat botak sorang nie terhadap PM.


MKP Ayat Sempoi ; Patutlah kena balun dah lama Samurai Hitam bengkak dengan lu der> 

NAK KAT HANG,LONDEH HABIS SEMUANYA?


Demo sambil buat maksiat.Apa kejadah punya mahasiswa nie sebelum nie adalah mamat tue masuk komen kt blog Din Turtle kata barua nie dah kawain tetapi bila MKP tengok pulak kad kawin nie rasa geli geleman pun ada..........Terima kasih la kepada rakan FB MKP Malaysiatv yang upload gambar nie...


P.Ramlee dah buat cerita nie zaman dulu unutk menyedarkan orang melayu akan tetapi masih ada yang kurang cerdik dalam menilai.....

MKP Ayat Sempoi : Kesian kat makbapak dia!!!!!Pasal benda nie tak mau komen Pakcik pendekar?

DATARAN MERDEKA KECOH AKSI PERGADUHAN MELETUS?


Sebentar tadi kecoh dikatakan program perkhemahan haram di Dataran Merdeka oleh para mahaseswel di serang sekumpulan lelaki yang di tuduh oleh hanjing-hanjing pakatan terutama Tian Chua biaDAP adalah ahli Umno.

Menurut mahaseswel, pihak berkuasa tidak berbuat apa-apa kepada 50 lelaki ini, mereka merosakkan khemah yang di bina secara haram jadah oleh mahaseswel ini.


Aku nak tergelak ada dengan makhluk mahaseswel ni, tiba-tiba minta bantuan polis bantu mereka. Bukankah polis anjing kerajaan seperti mana bapak-bapak pakatan mahaseswel ni cakap.

Kita tunggu dan lihat apa lagi yang akan berlaku sepanjang program perkhemahan haram jadah ini.APJ

KOMEN MKP ; depa nie ada bukti kata yang mai tue ahli UMNO?elok la pun kena baru ada akai sikit?

Monday, April 16

#DEMOPTPTN DISULAMI DENGAN AKSI TERLAMPAU?

Demo PTPTN - Syiah tak solat sekali dengan Sunnah?



Dimerata laman web banyak diperkatakan bahawa si Khalid Ismath ini pengikut Syiah... Tak terjumpa pula saya penafian oleh si Khalid ini... Oleh itu saya anggapkan dakwaan itu benar. Sebagai ketua atau penggerak utama, si Khalid sewajarnya turut berada dalam saf solat asar yang diimamkan wakil Gamis. Persoalan nya adakah pengikut Syiah dilarang mengerjakan solat berjemaah bersama ahli sunnah.



Kalau begitu sikap dan riaksi seorang pemimpin yang meletakkan bahu diatas wanita dikhayalak ramai adakah ini elok dipandang oleh masyarakat?Pada ketika itu pulak rakan-rakanya sedang solat berjamaah.Kalau dahulu semasa MKP belajar, Guru Agama yang mengajar dikampung pasti akan memukul beliau dan pasangannya kerana berkelakuan kurang sopan.Zaman MKP dulu mana ada guru yang mengajar dikampung yang tidak garang dan yang pasti rotan pastinya ada digegaman tanganya setiap masa. Sekarang jika hendak menghukum anak murid tidak boleh merotan natijahnya pastinya disaman atau dilaporkan kepada pihak berkuasa oleh ibubapa pelajar dan dengan sikap yang sebegilah yang mendorong kepada perilaku diatas.Sama jugaklah dengan apa mahasiswa nie perjuangkan mansuhkan PTPTN bukanlah golongan dari majoriti mahasiswa akan tetapi demi kepentingan politik
Anwar Dan sekutunya didalam PKR dan DAP......Khabar angin menyatakan mahasiswa telah dijanjikan dengan bayaran untuk berkhemah di Dataran Merdeka. Mahasiswa akan diberikan wang sogokan dari PKR sebanyak 1ribu ringgit akan tetapi telah ditipu oleh pihak penganjur  hanya seratus ringgit dapat kepada mahasiswa ini.Betulkah apa yang telah dikhabarkan????




Komen didalam blog jinggo-fotopages.blogspot.com ini telah menarik perhatian MKP bahawa pasangan ini telah berkahwin akan tetapi bukti tidak disertakan malah laman blog yang beliau baca tidak disertakan.Apa kejadah nie nak menipu pun berpada-pada mungkin sis all nie membuat penafian yang membuat tuli.Nampak sangat kebodohan sis all dan pemimpin mahasewel nie letak otak dan pertimbangan di kepala lutut.Buat apa la hampa nie belajaq tinggi-tinggi akan tetapi sikap menunjukkan tahap moral paling rendah apabila berada dikhalayak ramai da paling menyedihkan ketika rakan yang lain sedang solat berjamaah.Nak letak atas bahu atau apa saja lantak pi la dekat hampa akan tetapi pi la dekat dalam bilik.Lagi sempoi pada tue pun tak siapa kisah..............


- Posted using BlogPress from my iPad

Saturday, April 14

GAMBAQ TERKINI DEMO MAHASEWEL.....

Punya celaka mahasawel nie gambaq macam hindu mampos depa buat pulak kali nie,,yang pelik tue budaya sapa punya ajaran depa nie bawa.....Dalam budaya Melayu tak pernah ajaq buat macam benda nie umpama menghina Agama Hindu dan Budha.....Belajaq tinggi-tinggi tapi akai letak kat bawah tapak kaki.

Barua nie manjadi dalang dalam Demo nie......Mahasiswa yang mai dari utara Tian Chua yang sponser..Siap bas kena tahan td depa habaq dalam twitter...

Awat Adam Adli ne dok dalam khemah takut kena tampaq lagi sekali ke?

Macam kera tak dapat pisang pulak dah MKP tengok puak mahasewel nie....



Friday, April 13

RAFIZI BAKAL TERKENCING DALAM SELUAQ?



Rafizi nie ingat dengan membuat cabaran terhadap Ketua Pemuda UMNO Khairi Jamaluddin berkenaan isu pinjaman siswa melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) nie KJ akan menolak cabaran tersebut.Tapi dah kantoi!!!! cabaran diterima.MKP nak tengok sapa yang bakal terkencing dalam seluaq lepas nie....Anak ikan tambatan Zuraidah Mak Lampir umpama ayam Jantan berkokok pandai tapi pengisian mesti sadis punya.Debat dalam isu yang dilihat menjadi taruhan untuk mendapatkan sokongan anak muda menjelang pilihan raya.

5 May 2012 hari yang bakal ditunggu oleh mahasiwa dan mahasiswi mengenai debat ini.Khairy mempersetujui demikian dalam satu tulisannya di laman Twitter hari ini setelah dicabar pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli berdasarkan pendirian kedua-dua mereka dalam isu PTPTN.

Rafizi berkata, debat berkenaan adalah berdasarkan pendirian dan juga hasil sesi perbincangan PKR dan juga rundingan Pemuda Umno dengan pihak berkepentingan, Rabu lalu

kerajaan akan kehilangan hasil sebanyak RM 43 billion untuk tujuan menghapuskan pinjaman PTPTN. Untuk membiayai sepenuhnya pengajian di semua Insititusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan mengambil alih lebih 500 buah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bagi merealisasikan janji perkhidmatan percuma akan memakan belanja sehingga RM 100 billion!!

Jumlah ini adalah berdasarkan kepada lebih 90,000 orang pelajar yang sedang menuntut di IPTS seluruh negara (mengikut statistic 2011) yang juga merupakan ke 11 tertinggi di dunia dan hakikat bahawa kerajaan akan menanggung baki 10% daripada keseluruhan pembiayaan pendidikkan bagi semua pelajar IPTA (kerajaan sekarang menanggung 90% daripada keseluruhan kos pembelajaran pelajar IPTA).

Bagi menampung subsidi bahan api pula, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM 18 billion untuk subsidi harga bahan api tersebut pada 2011. Anwar masih tidak mengumumkan berapa nilai penurunan harga minyak jika Pakatan Rakyat mengambil alih tapi beruang jangka sekitar RM 0.10 – RM 0.30 seliter. Penurunan ini akan menambah subsidi kerajaan untuk bahan api sahaja sehingga RM 22 billion setahun.

Manakala bagi menampung kenaikan royalti minyak untuk Sabah dan Sarawak sebanyak 15% lagi (menjadikan 20%) dan bayaran royalti kepada negeri Terengganu dan Kelantan, kosnya dijangka akan mencecah sehingga RM 20 billion. Unjuran ini dibuat berdasarkan nilai 5% royalti minyak yang dibayar kepada Sabah, Sarawak dan Terengganu (termasuk bayaran wang ehsan kepada Kelantan) pada 2011 yang sudah mencecah sehingga RM 10 billion.

Bagi mengambil alih konsesi tol bagi merealisasikan janji tol percuma pula, kerajaan perlu membayar sebanyak RM 20 billion berdasarkan nilai semasa syarikat pengendali Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang terdedah semasa pengambil alihan syarikat tersebut oleh Kumpulan UEM dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Jumlah ini tidak termasuk dengan syarikat-syarikat konsesi lain yang telah mencatatkan keuntungan (buku Jingga menyatakan Pakatan Rakyat akan mengambil alih semua syarikat konsesi yang telah mencapai keuntungan sahaja).

Sekarang tibalah bahagian yang menarik, penjumlahan. Pendidikan percuma dan penghapusan hutang PTPTN dianggar akan menelan hasil negara sebanyak RM 143 billion (minimum), subsidi minyak dan peningkatan bayaran royalti, RM 42 billion dan tol percuma RM 20 billion.

Semua sekali menjadikan kos untuk menampung 3 janji Pakatan Rakyat ini sahaja sebanyak RM 205 billion!! Ini belum lagi bercakap tentang subsidi lain dan segala perbelanjaan pembangunan dan pengurusan negara yang dianggarkan antara RM 80 – RM 100 billion setahun.

Persoalannya sekarang, setakat mana kemampuan kewangan negara untuk menampung semua janji tersebut? Agak menghairankan bagaimana Pakatan Rakyat yang tidak mempunyai maklumat lengkap mengenai kewangan negara boleh merencanakan perbelanjaan kewangan yang sebegitu besar untuk rakyat Malaysia.

Pakatan Rakyat tidak mampu, tapi dari anggaran yang disebutkan di atas, jelasnya Pakatan Rakyat perlukan lebih dari air liur semata-mata untuk memastikan semua janji tersebut berjaya dilaksanakan. Dan rakyat Malaysia mengharapkan semua ini dibentangkan dengan jelas kepada rakyat agar apa yang berlaku di Selangor sekarang tidak menimpa rakyat Malaysia selepas PRU13 berakhir.

Dan jangan lupa, ini hanyalah 3 daripada deretan janji Pakatan Rakyat dalam buku Jingga sekarang dan versi baru yang sedang dikemaskini sekarang.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive