Friday, February 17

Isteri Dapat Kontrak : DAP Lepaskan Nga



Parti Tindakan Demokratik hari ini mengundang kritikan apabila “membebaskan” Ahli Parlimen Taipingnya daripada tuduhan salah laku  berhubung pemberian kontrak  Dewan Bandaraya Ipoh kepada isteri beliau  semasa Pakatan Rakyat menerajui Perak.
Dalam kes yang mirip kepada isu kondo dan lembu Pusat Fedlot Kebangsaan NFC,  Nga Kor Meng diikritik hebat apabila syarikat milik isterinya diberikan sebuah kontrak membekalkan kemeja rasmi kepada Ahli Majlis DBI pada tahun 2008.
Susulan pendedahan itu oleh sekupang dua, Nga menafikan kontrak berkenaan diberikan kepada isterinya menerusi pengaruh beliau selaku Setiausaha DAP Perak dan Ahli Exco Kerajaan Negeri ketika itu.
Bagaimanapun penafian itu tidak menghentikan pelbagai  tuduhan dilemparkan terhadapnya.
Jawatankuasa Displin DAP mengumumkan Nga tidak melakukan sebarang kesalahan dan beliau hanya suami kepada penerima kontrak berkenaan dan tidak patut dipersalahkan.
Pengerusi Jawatankuasa Displin parti, Tan Kok Wai mengumumkan keputusan itu sebentar tadi.
DAP sebelum ini senada dengan parti komponen Pakatan Rakyat menuntut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Sharizat Jalil meletak jawatan kerana kontrak NFC diberikan kepada syarikat milik suaminya.
Ahli keluarga Sharizat dituduh menggunakan pinjaman mudah daripada kerajaan untuk membeli kondominium, kereta mewah dan tanah dan bukan untuk tujuan yang ditetapkan.
Sharizat menafikan sebarang hubung kait dengan NFC  namun ia tidak menghentikan kritikan dan tuduhan daripada DAP serta pembangkang lain. AP 

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive