Thursday, February 16

SAH ANWAR NIE MEMANG SOKONG YAHUDI?



Anwar nie memang jenis pandai putaq belit mulanya tak mengaku lepas tue buat pulak kenyataan hari nie menyatakan sokong Isreal pulak dah.Apa nak jadi dengan Pak Sheik nie jenis muka tak malu dah nak kata apa lagi.Pas dilihat seperti melukut ditepi gantang apabila Pak Sheik bertindak sedemikian.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempertahankan kenyataannya untuk mengiktiraf negara Israel dengan syarat regim zionis itu menghormati hak rakyat Palestin yang selama ini menjadi mangsa Tel Aviv. 
Walau bagaimanapun Anwar berkata, beliau menghormati pendirian Pas yang menolak Israel sebagai sebuah negara haram dan tidak mengiktiraf negara itu walau dalam apa jua keadaan sekalipun.   
" Saya memahami perbezaan pendirian Pas dengan PKR. Pas berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan mereka tidak berhasrat untuk mengadakan sebarang rundingan serta kerjasama dengan Israel," katanya menerusi satu kenyataan media petang ini.  
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini menggesa Anwar untuk menarik balik kenyataannya seperti yang disiarkan dalam Wall Street Journal (WSJ) bulan lalu. 
“Ahli Majlis Syura Ulama Pas, menggesa Datuk Seri Anwar menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal,” Nik Aziz dipetik dalam satu kenyataan. 
Beliau juga meminta Anwar mengambil tindakan perundangan terhadap WSJ sekiranya apa yang dinyatakan Anwar dilapor secara salah oleh akhbar berkenaan. 
Anwar yang merupakan Ketua Umum PKR sebelum ini dilaporkan menyokong usaha menjaga keselamatan Israel ketika beliau ditemu ramah akhbar WSJ, dengan menyatakan beliau menyokong “kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan jika syarat itu dipenuhi maka wajar hak rakyat Israel juga dihormati.” 
Pendirian itu mendapat kritikan pelbagai pihak yang kemudiannya mendesak Anwar menyatakan pendirian sebenar beliau.  
Pas yang menjadi rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat berpegang tegas kepada prinsip parti itu yang tidak akan sesekali mengiktiraf negara Israel sebagaimana yang ditegaskan masyarakat Islam antarabangsa.  
Anwar hari ini menyatakan persetujuan untuk bertemu dengan Nik Aziz untuk menjelaskan hal berkenaan pada pertemuan yang dijadual minggu hadapan.  

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive