Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor 'angin satu badan' dengan puak-puak pembangkang yang bila ada 'problem' salahkan UMNO dan Barisan Nasional.
Beliau yang lebih mesra dipanggil Ku Nan berkata, UMNO dan BN sering ditunding jari atas masalah atau kesulitan yang dihadapi oleh PAS, PKR dan DAP.
Menurutnya BN dan UMNO merupakan pertubuhan politik yang berlandaskan prinsip perjuangan yang betul dan tidak melakukan pelbagai perkara yang dituduh oleh pakatan pembangkang.
"Ini memang sengaja diada-adakan untuk menunjukkan kononnya BN dan UMNO adalah pertubuhan yang tidak baik," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, kononnya UMNO dan Perkasa bertanggungjawab terhadap kekacauan yang berlaku semasa Perhimpunan Hijau 2.0 di Padang Kota Lama, Pulau Pinang Ahad lepas.
"Mereka ini tak habis-habis nak salahkan kita. Kekecohan ketika ceramah (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) di Sembrong pun dia tuduh kita. Orang kena tangkap khalwat pun salahkan kita. Semuanya nak salahkan kita. Apa kena mengena semua itu dengan kita?," katanya.
1 comment:
Mana taknya UMNO asyik kena tuduh.
Backbenchers UMNO dalam Parlimen tak pernah bersuara. Yang ada satu dua. Dahlan dari Kota Belud memang best. Lagi.. sapa haa?
Si Bung Mokhtar, sejak dapat bini baru, senyaaap jek. Lepas tuh join si.. sapa tuh.. Alhabshee dari Cheras suruh Shahrizat letak jawatan. Padahal siasatan pun takdak lagi...
Apa masalah satu2? Dah diberi pangkat dan kedudukan dalam UMNO, tapi lepas tu diam, apa hal? Bukan suruh asyik respon kepada pembangkang sampai tak jalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.
Tapi MP UMNO kan beratus orang. Setiap sorang sentuh satu isu selang sebulan atau dua bulan tak boleh ke? Kalau gilir2 pun, dengan beratus orang memang sedap laa penampar pakatan haram tuhhh
Aku ulang! Wakil rakyat UMNO semua diam kenapa??? Takde telo ke??
Post a Comment