Showing posts with label PAS Pulau Pinang.. Show all posts
Showing posts with label PAS Pulau Pinang.. Show all posts

Thursday, April 12

SALLEH MAN HANG JADI KAYU LAGI BAGUIH?


1. Dua tahun lepas, lawatan Menteri Mentor Lee Kuan Yew ke Pulau Pinang mendapat liputan meluas media pro pakatan kerana Kerajaan Negeri menghebahkannya. Apa yang dibincangkan tak siapa yang tahu.

2. Baru-baru ini Ahli-ahli Parlimen dari PAP Singapore melakukan lawatan "RAHSIA' ke Pulau Pinang. Oleh kerana ia melibatkan kunjungan Wakil Rakyat luar Negara, ianya tentulah menghairankan jika diRAHSIAkan kerana ia bukan kunjungan yang melibatkan pelawat biasa.

3. Lim Guan Eng juga 11 kali dipercayai berkunjung ke Singapura. Tentu seronok berkunjung ke sana. Tak ada demonstrasi, sampah sarap tak macam di Selangor, tak ada patung Buddha yang terbesar di Asia, boleh dengan bebas bertutur Mandarin dan lain-lain.

4. Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang entah tahu entah tidak?. Maklumlah kunjungan RAHSIA. Dah la kempunan nak jadi Exco dan Pengerusi Agama Negeri, "Bapak-bapak tiri dan Saudara Mara" dari PAP Singapore datang pun YB Salleh Man tak tahu. apatah lagi Pok Nik yang selalu merapu dan sakit tu.

5. Nampaknya gelaran Parti Adat dan Sukan mungkin tidak sesuai apabila satu2nya ADUN PAS tidak dilantik sebagai Exco Agama. Lawatan RAHSIA ini mungkin boleh jadi satu tamparan yang hebat supaya YB Salleh Man dan yang seumpamanya Pakat-pakat Angguk Sahaja supaya dicalonkan semula dalam PRU 13.

Lim Guan Eng 11 kali (Sebelas kali) ke Singapura pada tahun 2011, kita ada catatan kesemuanya, kerana orang sumber kita di dalam DAP sangat cekap. Soalnya kenapa kerap sangat? . Apa yang dibangkitkan di dalan DUN Pulau Pinang di bawah ada kaitan. Cuma Mymassa persoalkan kenapa kerap sangat Lim Guan Eng ke Singapura? 11 Kali maknanya satu bulan satu kali!

Patutlah Lim Guan Eng sebut di dalam salah satu perjumpaan dengan Angkatan Tentera Singapura, katanya, "kalau DAP menang, kita akan bagi you all Kem Tentera Port Dickson!!!"

MKP Ayat Sempoi ; Lim Guan Eng, sila nafikan jika tak betul!

Sunday, February 19

MAT SABUN MULAKAN KEMPEN TERHADAP DAP LAHANAT?


Mat Sabu nie betul suka kepada DAP dan menyatakan sokongan untuk meletakkan calon bukan Melayu bertanding atas tiket Pas,Apa yang MKP nampak dalam nie adalah provokasi dalam PAS itu sendiri untuk mengagungkan DAP diatas apa yang Mat Sabu dapat dari Lim Guan Eng.Apa yang dia dapat nanti dalam dedahan seterusnya MKP bagitau kemudian.Mat Sabu didalam PAS Pulau Pinang sendiri telah menjadi parasit yang diberitahu oleh ahli PAS sendiri kepada MKP semasa lepak dengan depa pekena nasi kandaq.Perpecahan dalam PAS Pulau Pinang akan lebih ketara lepas nie selepas kenyataan Anwar menyokong Isreal mendapat bantahan dan Demo yang diadakan jumaat lepas.Berikut adalah kenyataan Mat Sabu yang MKP cedok dari AntaraPos.  
Dalam usaha untuk menangani pandangan syak wasangka pengundi bukan Islam terhadap parti itu, Pas , hari ini mengumumkan akan meletakkan lebih ramai calon bukan Islam, profesional dan bekas kakitangan kerajaan untuk menghadapi pillihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang. 
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, bagaimanapun  ketika mengumumkan perkara tersebut, enggan mendedahkan jumlah calon muka baru daripada golongan yang dimaksudkan. 
"Kami dalam proses mendekati dan mengenalpasti calon yang dirasakan boleh membantu Pas dan Pakatan Rakyat pada pilihanraya akan datang. Mereka mungkin golongan muda atau tua dan mungkin juga dari bekas kakitangan kerajaan, bekas tentera dan bekas polis," katanya dalam sidang media selepas majlis forum "Laluan Pas Ke Putrajaya. 
Beliau menambah, sejak 2008, ahli Pas bersikap terbuka untuk menerima ahli bukan Islam kelab penyokong parti itu sebagai calon pilihanraya. 
Bagaimanapun, apabila ditanya samada ia adalah pandangan dari kepimpinan parti, beliau berkata akan sentiasa terdapa 'serangan psikologi' untuk mewujudkan ketidakyakinan di kalangan ahli parti terbabit, namun ianya adalahh sesuatu yang boleh diatasi. 
Mohamad Sabu juga menjelaskan, rundingan berhubung pembahagian kerusi calon pilihanraya antara parti komponen dalam Pakatan Rakyat telah 80 peratus sambilmenambah hanya dua atau tiga jerusi di negeri berlainan masih lagi dalam perbincangan. 
"Ini adalah untuk menyatakan bahawa jika parlimen dibubarkan esuk, perkara ini masih boleh kami selesaikan dengan mudah," ujarnya lagi. 
Antara kerusi yang diwakili oleh calon bebas yang bertindak meninggalkan Pakatan dan masih dalam perbincangan adalah seperti Nibong Tebal, Bayan Baru dan Bagan Serai.

Friday, February 17

PAS Penang Dah Jadi "Dalca" Dengan Anwar.

Syabas MKP ucapkan kepada orang PAS Penang yang kini telah sedaq diri dengan Anwar yang suka menipu dan pembohong.Bijak dalam tindakan dan memertabadkan Islam adalah perjuangan PAS yang sebenar.Bukanya menyokong Anwar yang telah tersesat akidah dengan Yahudi Laknat.

Ini kerana kesemua yang hadir itu telah berani menunjukkan kepada Anwar Ibrahim bahawasanya bukan semua pengikut PAS akan mengikut apa yang beliau lakukan dan katakan.

Peserta-peserta itu juga telah menyatakan bahwa mereka tidak lagi akan mengundi Anwar Ibrahim di Permatang Pauh.

Mereka juga berpendapat bahawa aqidah Anwar sudah jauh terpesong dengan cara menyokong Israel walau dalam apa jua cara tidak kira melalui parti atau secara peribadi.

Mereka juga menuntut supaya PAS keluar dari Pakatan Rakyat kerana mereka tidak sanggup untuk terus bersama-sama orang yang tiada aqidah.

GEORGETOWN - Kepimpinan tertinggi Pas digesa mengkaji semula kedudukan parti itu dalam Pakatan Rakyat (PR) berikutan keengganan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya menyokong usaha melindungi keselamatan Israel seperti yang disiarkan dalam akhbar Wall Street Journal (WSJ).

Desakan itu dibuat oleh sekumpulan yang menggelar diri mereka sebagai ahli Pas peringkat bawahan, yang berkumpul di Masjid Shiekh Yussof di Jalan Datuk Keramat selepas Solat Jumaat, hari ini.

Ia diketuai bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Nordin.

Beliau berkata, kenyataan yang dikeluarkan ketua pembangkang di dalam WSJ itu bukan sahaja biadab dan menyakitkan hati umat Islam di seluruh dunia malah ia jelas bertentangan dengan perjuangan Pas dalam menegakkan Islam.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Pas Bagan Ajam berkata, kebiadapan Anwar harus dipandang serius oleh kepimpinan parti kerana ia jelas bertentangan dengan akidah Islam dan tidak boleh bertoleransi lagi.

"Cuba bayangkan sekiranya Anwar diangkat menjadi Perdana Menteri... sudah pasti dia akan mengiktiraf Israel dengan menjalinkan hubungan diplomasi dengan mereka. Boleh jadi satu hari nanti Kedutaan Israel akan dibuka di Kuala Lumpur.

"Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu mengkaji semula kedudukan kita (Pas) dalam PR. Jangan pedulikan rakan sekutu lain kerana ini adalah soal perjuangan Islam yang kita perjuangkan selama ini," katanya ketika berucap pada perhimpunan berkenaan.

Mohamed Hafiz berkata, pimpinan Pas tidak lagi perlu bertolak ansur dengan penasihat PKR ini kerana kenyataannya itu sudah menzahirkan sikapnya yang sebenarnya.

Menurutnya, udah tiba masanya Pas menarik diri dari PR dan memutuskan hubungan dengan Anwar serta PKR. Kenyataan yang dikeluarkanya itu amat biadab serta menoda kesucian umat Islam.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive