Showing posts with label pulau pinang. Show all posts
Showing posts with label pulau pinang. Show all posts

Wednesday, July 25

PATUT DOK TOBAT BUANG DEPA NIE?


Inilah akibatnya jika pemimpin PKR hanya pandai menabur fitnah tanpa mendapatkan bukti yang sah.
Abdul Halim PKR Balik Pulau bukan sahaja berdepan dengan saman tetapi dicabar bersara dalam politik jika beliau gagal membuktikan dakwaan beliau terhadap penjualan tanah di Kampung Terang, Balik Pulau.

Sila baca di bawah
GEORGETOWN – Speaker Dewan Undangan (Dun) Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain digesa menghentikan fitnah yang mendakwa syarikat Maison Height Sdn Bhd mengambil kesempatan ke atas penduduk dengan membeli dan menjual tanah di Kampung Terang, Balik Pulaudalam tempoh empat bulan. 
Jika tidak, beliau bakal berdepan dengan tindakan undang-undang.Pengarah Urusannya, Datuk Omar Faudzar berkata, pihaknya mempunyai semua dokumen yang boleh membuktikan pembelian dan penjualan tanah itu tidak dibuat dalam tempoh empat bulan seperti didakwa Abdul Halim.
"Dakwaan Abdul Halim kononnya kami menjual tanah berkenaan dalam tempoh empat bulan adalah pembohongan kerana semua dokumen jual beli antara syarikat saya dan penduduk yang bertarikh 4 Oktober 2010 ada di sini. 
"Dokumen perjanjian penjualan tanah itu kepada sebuah syarikat bertarikh 10 Januari 2012 turut kami sertakan.“Jadi penjualan tanah ini bukan dilakukan dalam tempoh empat bulan, sebaliknya hampir dua tahun," katabeliau pada sidang media di sini, hari ini. 

Turut hadir, pengerusi syarikat berkenaan, Datuk Musa Sheikh Fadzir yang juga Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam.Omar yang juga Ketua Umno Bahagian Bukit Gelugor berkata, mereka bukanlah broker seperti yang didakwa Abdul Halim, sebaliknya beliau dan Maison Height Sdn Bhd adalah syarikat pemaju hartanah yang sudah lama berkecimpung dalam pembinaan perumahan. 
Sementara itu, Musa mencabar Abdul Halim untuk membuktikan tanah berkenaan dijual dalam tempoh empat bulan dan jika berjaya berbuat demikian beliau berjanji akan mengundurkan diri dalam arena politik.Musa yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri berkata, sebagai Speaker Dun, Abdul Halim tidak sepatutnya menipu rakyat dengan fitnah yang ditaburkan kepada pemimpin Umno. 
Beliau percaya tindakan berkenaan adalah untuk menutup kelemahan Kerajaan Negeri.
"Disebabkan saya orang politik,dia (Abdul Halim) dan Ketua Menteri Lim Guan Eng mahu burukkan nama Umno sahaja dan nak beritahu pada rakyat bahawa Umno jahat. 
"Mereka mahu tutup kelemahan Kerajaan Negeri yang menjual tanah di Bayan Mutiara dan tanah di Taman Manggis sehingga terpaksa berbohong.Tindakan ini menunjukkan mereka tidak ada moral langsung," katanya. 
Musa berkata, jika Abdul Halim gagal membuktikan dakwaan itu, beliau perlu meletak semua jawatan dan bersara dari politk.  
Sebeum ini,Abdul Halim mendedahkan dua pemimpin Umno berkenaan mengambil kesempatan terhadap penduduk apabila menjadi orang tengah dalam penjualan 4.04 hektar tanah di Balik Pulau kepada sebuah syarikat pemaju. 
Abdul Halim berkata,perkara itu diketahui setelah menyemak geran mukim bagi tanah di Mukim J,Kampung Terang di daerah berkenaan. - SH
Baca seterusnya klik

MKP ayat sempoi : Saman jangan tak saman puak haramjadah nie suka wat fitnah? 

Monday, July 9

TAHNIAH KEPADA YANG HADIR PADA KMS1M PULAU PINANG




Jutaan terima kasih kepada semua yang hadir pada KMS1M Peringkat Pulau Pinang yang telah berlangsung di Sunway Carnival Seberang Perai.Kubu kuat Anwar Ibrahim tue.Tahniah kepada semua pemenang cabutan bertuah serta yang dapat menghadirkan diri.Ini telah melengkapkan siri Jelajah KMS1M yang tleah diadakan diseluruh negara.Tahniah juga kepada Dr MiM dan jentera Sekretariat Maya Negeri diatas penganjuran konvensyen di Penang ni.. sambutan amat mengalakkan.

Kerja keras Dr MiM berjaya menghasilkan program yang bermanfaat kepada BN negeri.., bukan macam ada sesetengah individu yang hanya tau cakap pandai tapi apa satu kerja pun tak jadi.

MKP Ayat Sempoi : Kenapa AnakSungaiDerhaka meroyan pasal KMS1M nie ek?


Friday, April 20

KHOO TSU KOON TAMATKAN KERJAYA POLITIKNYA?

Setiausaha Agung Gerakan Teng Chang Yeow bakal diumunkan sebagai pengerusi Barisan Nasional yang baru bagi Pulau Pinang bagi menggantikan Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon Ahad ini, demikian menurut beberapa sumber terdekat BN.

Mereka memberitahu perlantikan Teng, yang juga bekas exco kerajaan negeri Pulau Pinang sebelum ditewaskan pada pilihan raya umum 2008 bagi kerusi DUN Padang Kota, akan diumunkan secara rasmi oleh perdana menteri yang juga pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak dalam lawatan seharinya ke Pulau Pinang.

"Kemungkinan besar pengumuman itu akan dibuat ketika Perdana Menteri berjumpa dengan 3,000 jentera BN negeri di Nibong Tebal yang dijadualkan pada 9.30 pagi," kata seorang pemimpin BN yang enggan dinamakan memandangkan ia merupakan pengumuman yang akan dibuat oleh pengerusi BN.

Sumber itu memberitahu pemilihan Teng dibuat memandangkan BN ingin mengemukakan pemimpin muda yang agresif dan berkaliber untuk mengetuai jentera pilihan raya negeri bagi berdepan dengan pimpinan kerajaan negeri yang di bawah teraju ketua menteri dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

"Ini perlu memandangkan Teng merupakan antara segelintir pemimpin pembangkang yang pernah berdepan dengan pemimpin Pakatan untuk berdebat. Dengan perlantikan Teng, ia akan dapat membantu menguatkan jentera BN, terutama dalam berdepan dengan sebilangan besar pengundi Cina,' tambahnya.

Sebelum ini, Teng juga disebut-sebut sebagai bakal memegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang sebelum hari mengundi pada pilihan raya umum lalu, pada tahun 2008, tetapi prestasi teruk Gerakan pada pilihan raya itu, termasuk kekalahan beliau, menyebabkan ia tidak menjadi kenyataan.

Gerakan juga pernah mencadangkan Teng memegang jawatan itu selepas Dr Koh mengumumkan beliau tidak akan bertanding pada pilihanraya umum yang akan datang. Bagaimanapun, tiada pengumuman dibuat sehingga hari ini.

Berusia 47-tahun, Teng yang dilahirkan di Batu Pahat, berasal dari keluarga pemimpin politik yang menduduki jawatan sama ada di pihak parti yang memerintah mahupun pembangkang.

Abangnya, Datuk Teng Chang Khim, pemimpin DAP dan adalah speaker Dewan Undangan Negeri Selangor pimpinan PKR.

Bapanya juga merupakan pemimpin akar umbi MCA di Batu Pahat, tempat kelahiran Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Bapa saudaranya pula, Datuk Teng Boon Soon adalah ahli parlimen Tebrau dan pernah berkhidmat sebagai timbalan menteri perpaduan negara, budaya, seni dan warisan.

Teng dikenali selepas beliau berjaya menumbangkan Pengerusi DAP Karpal Singh di kerusi negeri Padang Kota pada pilihan raya umum 1995 dengan majoriti lebih 2,500 undi.

Penganalisis politik berpendapat perlantikan Teng sekiranya menjadi kenyataan, akan memberi dorongan baru kepada seluruh jentera negeri kerana beliau dikenali sebagai pejuang dan akan dapat mengekang kekuatan kerajaan negeri pimpinan DAP di negeri itu.

"Ia merupakan satu rahsia terbuka bahawa ia sukar bagi BN untuk mengambil kembali Pulau Pinang pada masa ini tetapi dengan mempunyai Chang Yeow (pucuk pimpinan), sekurang-kurangnya akan meningkatkan peluang berjuang BN.

"Ini terutamanya dalam menyukarkan usaha DAP dalam mempertahankan negeri itu," katanya.

Chang Yeow tidak boleh menjadi seorang yang popular dalam Gerakan tetapi keberanian beliau mengenai isu-isu tertentu telah pasti menarik perhatian sama ada dalam parti, mahupun yang diluar parti.AP

Sunday, May 15

BN Rampas Semula Pulau Pinang.Adakah Kita Bersedia?



Umum menyedari untuk BN kembali berkuasa bukan tugas mudah. Malah, ramai kurang yakin BN berupaya menggugat pakatan pembangkang diketuai DAP yang seakan-akan semakin mendapat sokongan terutama Ketua Menteri, Lim Guan Eng, yang dilihat sebagai hero oleh masyarakat Cina. Tetapi, itu bukan alasan BN menyerah kalah.


Ketika ini, daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), kerajaan pembangkang menguasai 29 kerusi dengan DAP ada 19 wakil rakyat, Parti Keadilan Rakyat (PKR) (9) dan PAS (1), manakala BN hanya diwakili UMNO di 11 kerusi. 

Mengikut daftar pemilih yang diwartakan pada 27 Disember 2010, Pulau Pinang mempunyai 747,490 pengundi iaitu 251,413 Melayu (33.63 peratus), 411,507 Cina (55.05 peratus), 81,136 India (10.85 peratus) dan selebihnya bangsa lain. 

Berdasarkan statistik itu, mampukah BN meraih semula sokongan masyarakat bandar yang majoritinya pengundi Cina yang memberikan sokongan padu kepada pakatan DAP-PKR-PAS pada pilihan raya umum lalu? 

Pada masa sama, sokongan pengundi Melayu kepada kerusi BN yang diwakili UMNO pada PRU 2008 di pinggir bandar dan luar bandar juga tidak sehebat mana kerana rata-rata calon menang dengan majoriti yang kecil. 


Walaupun ramai tidak yakin termasuk Tun Daim Zainuddin yang berpandangan Pulau Mutiara mungkin kekal di tangan pembangkang, BN perlu yakin memberi tentangan. 

“Kalau kita nak masuk medan peperangan dengan rasa akan kalah, maka separuh perjuangan sudah hilang. Maknanya, kalau kita pergi berperang dengan tiada keyakinan, kita sudah separuh kalah. 

“Tetapi kalau kita pergi dengan keyakinan, sebahagian daripada kemenangan sudah kita miliki, cuma tinggal sebahagian lagi (untuk capai kemenangan),” kata Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman. 

GERAKAN Pulau Pinang pula tidak begitu berani untuk menyatakan secara terbuka kerana mahu menyesuaikannya dengan selera masyarakat Cina dan tidak mahu dilihat terlalu gelojoh kerana pengundi Cina masih fobia dengan UMNO. Tambahan lagi, dengan asakan pakatan pembangkang ke atas BN khususnya UMNO yang boleh melunturkan sokongan pengundi Cina terhadap BN. Tetapi, mereka bersedia untuk mentadbir negeri. 

“Jika rakyat nak kepada kita, kita (BN) bersedia kerana kita ada kemampuan dan pengalaman. Kalau rakyat fikir BN lebih bijak untuk mentadbir, kalau mereka mahukan BN, kita sedia,” kata Pengerusi GERAKAN Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan. 

Keyakinan Zainal dan kesediaan GERAKAN untuk menggalas tanggungjawab itu ada benarnya kerana rekod 11 pilihan raya umum sebelum PRU 2008 berpihak kepada BN. Yakni, rakyat sokong BN. Malah, pada PRU 1995,1999 dan 2004, DAP hanya ada satu kerusi dalam DUN Pulau Pinang. Hanya pada PRU 1986 dan 1990, DAP mampu memperoleh 10 dan 14 kerusi DUN tetapi BN tetap menang dua pertiga. 

Sepanjang memerintah Pulau Pinang sebelum tumbang pada Mac 2008, BN membawa kemakmuran kepada rakyat dengan pembangunan dan transformasi sehingga menjadi destinasi pelaburan syarikat multinasional. 


Kejayaan itu menyebabkan rakyat terus menyokong BN, cuma mereka ‘beralih angin’ pada 2008 selepas terpedaya dengan janji manis pakatan DAP-PKR-PAS yang menjanjikan ‘bulan dan bintang’. Tetapi, selepas lebih tiga tahun berlalu, rakyat sudah dapat menilai apabila banyak janji tidak dikotakan. Janji tinggal janji. 

Apa juga pendekatan digunakan parti komponen BN, terserah kepada kebijaksanaan pemimpin masing-masing kerana matlamat sama dan kata-kata Zainal wajar menjadi pegangan ahli dan pemimpin BN Pulau Pinang. 

“Kekalahan adalah sementara. Hanya kerana satu kekalahan, tidak bererti kita kalah selama-lamanya. Ia menjadi kekal apabila kita putus asa. Jika kita tidak putus asa, kekalahan adalah sementara,” katanya. 

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive