Seorang ibu menghantar sms mengadukan hal itu, bagaimana anaknya menerima kupon daripada seorang ustaz yang amat dikenali pro-PAS. Selepas itu beberapa aduan dan mms diterima dari penduduk di Besout menunjukkan bentuk kupon yang anak mereka terima.
Oh... nak kutip dana pilihanraya rupanya. Di kupon berkenaan jelas tertera harganya RM15 siap dengan nombor siri.
Kesemua ibubapa yang menghubungi saya menyatakan rasa kecewa dengan tindakan ustaz itu kerana cuba mengheret anak mereka dalam program politik partinya.
Tak salah PAS nak buat apa juga program bagi mengutip dana pilihanraya asalkan ada permit. Lagipun bukan perkara baru PAS mengutip wang daripada rakyat, khususnya pengikut mereka untuk tujuan dana politik. Asal ada program ceramah PAS, maka akan adalah tong yang beredar. Kalau di Kelantan, mereka sebutnya 'jahe'.
Tetapi apa yang tak kena di Felda Besout adalah kerana kupon itu diedarkan kepada pelajar sekolah. Ustaz yang mengedarkannya itu memang sudah lama dikesan membawa unsur-unsur dan fahaman politik ke dalam pagar sekolah.
Sekolah bukan medan untuk berpolitik. Jadi janganlah salahkan pihak jabatan atau pihak-pihak lain jika tindakan dikenakan ke atas ustaz berkenaan.
MKP Ayat Sempoi ; sampai macam tue terdesaknya PAS nie?
1 comment:
Assalam Bro
Report aje, salah tu kutip duit tanpa permit... Dah dimaki hamun rakyat lepas tu minta duit kat rakyat utk mereka gunakan dalam PRU... Berdosa tu sumbang duit bukan untuk kebaikan... sebab PAS ni nak tumbangkan kerajaan yang diperintah oleh orang Islam dan nak letak orang bukan Islam sebagai pemerintah... Tak caya tenguk tindak-tanduk mereka yang semakin hari semakin tak tentu arah... macam orang kehilangan hala tuju... Sesat kot agaknya
Post a Comment