Nak promosi jual kereta ke ? Dak eeeehhh ......... saja jer nak tepek gambar kereta kancil, kereta rakyat kita ... takkan tak boleh ?
Kereta kegemaran rakyat marhaen, satu ketika dulu memenuhi jalanraya negara kita. Minyak murah, senang nak parking, enjin jarang masalah dan yang paling digemari adalah harganya pun murah. Kegemaran kepada mereka yang tak mampu menjadikan kereta lebih mahal sebagai kegemaran mereka.
Orang kaya yang punya harta juta-juta, dia punya takrif kepada kereta yang tak makan minyak, senang nak parking dan enjin jarang masalah pastinya LAIN ! Paling cikai pun Mini Cooper BMW hahaha .. Makna kata, kalau nampak kereta kancil berjalan, GERENTI kita tak hingin pun nak tengok siapa yang pandu ... kan ? Pasti pemandunya orang biasa, hari-hari dah tiap kali aku tengok cermin, yang tengok balik adalah orang biasa juga. Jadi takde maknanya nak tengok sorang lagi orang biasa ...
Orang Luar Biasa tidak akan pandu Kancil. Tak kisahlah dia orang kaya ke.... orang berpangkat cip ke..... orang bergelaran Datuk ke ....... orang berstatus Menteri ke .... orang ber ......... ooooppppssss terlepas cakap pulak !
Tulaaaaah ... kau tak tahu. Disebabkang pemikirang begitulah, makanya kancil lah hok paling sesuai kalau seorang berpangkat besor/ kaya/ Menteri tidak mahu orang mengenali dirinya !
Fuyoooooh ... maksud kau .... macam cerita Khalifah Umar atau Sultan Alauddin Melaka dulu ? Menyamar jadi rakyat biasa sebab nak tahu masalah rakyat, nak bantu rakyat ..... hahahaha, kau memang mimpi disiang hari, tidur tak basuh kaki, cakap berapi .... Pemimpin macam tu TIDAK WUJUD lagi di BUMI sekarang ini !
Ikutlah nak percaya ke tak, tapi ORANG KATAlah, kejadian ni WUJUD .... berulang kali dah, tapi DULU lah .... sekitar 2009 - 2010.
Dia ni sebab tak mahu orang kenal siapa dirinya yang sebenar, maka dia pun menyamarlah pakai kereta kancil. Tak payah bersolek, pakai rambut palsu, mekap bagai ... zaman sekarang kau pakai jer kereta kancil gerenti orang tak kenal dah ! Yang kenal pun tak akan percaya.
Tujuan dia ?
Sebab nak bertemu rakyat lah ! Kalau ada yang tahu pun, mesti orang sekitar Ampang, sebab dia tak pergi kat lain dah..... Dia berahi orang Ampang jer !
ooooooh .... bertuahnya orang Ampang dapat wakil rakyat begitu..
Errr .... masalahnya dia bukan wakil kawasan Ampang.
Pulak .... Habis tuh buat apa dia gi tolong orang Ampang jer ?
Errr .... dia jumpa sorang jer rakyat kat Ampang tuh..... kalau dia tolong pun, sorang tu jer lah.DT
Assalamualaikum Warrahmatulallhi Wabarakatuh.
Pada Rabu 18hb April 2012, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin telah mendedahkan satu dakwaan bahawa seorang menteri telah memberi wang sebanyak RM 1.4 Juta kepada saya selama 4 bulan (Oktober, November, Disember dan Januari). Ia adalah susulan daripada kes pemandu peribadi saya yang melarikan wang saya sebanyak RM 200 Ribu.
Untuk pengetahuan umum, saya melakukan perniagaan penjualaan kereta import bersama abang ipar saya serta perniagaan arang batu di Kalimantan, Indonesia bersama abang angkat saya. Semua penyata akaun serta wang yang dimaksudkan oleh Ahli Parlimen Ampang adalah benar tetapi ia adalah hasil titik peluh saya sendiri dalam perniagaan yang diceburi dan ianya tiada kaitan dengan seorang MENTERI yang dikaitkan oleh YB. Zuraida Kamaruddin kepada umum.
Saya mempunyai pelbagai rangkaian perniagaan yang diceburi setelah tidak lagi aktif dalam bidang lakonan kerana bagi saya perniagaan sendiri lebih menguntungkan untuk hidup yang lebih sempurna. Ini adalah satu tanggapan yang serong terhadap saya dan keluarga kerana pertuduhan ini dapat menjejaskan karier perniagaan saya serta kehidupan seharian saya sebagai rakyat Malaysia.
Mengikut undang-undang Malaysia, akta BAFIA 1989, mana-mana individu, syarikat atau juga badan kerajaan mahupun bukan termasuklah institusi kewangan (bank), dilarang sama sekali untuk mendedahkan mana-mana akaun peribadi, syarikat atau mana-mana badan badan kerajaan mahupun bukan kerajaan kepada UMUM dan SEKIRANYA ini terjadi, maka si PELAKU boleh dikenakan tindakan mahkamah.
Mengikut akta tersebut juga, akaun kewangan seperti ini hanya boleh didedahkan dengan perintah HAKIM.
Maka dengan ini, saya mengambil keputusan untuk mendakwa Ahli Parlimen Ampang di mahkamah kerana mendedahkan akaun peribadi saya serta menfitnah saya berhubungan sulit dengan seorang MENTERI yang dikaitan bagi membersihkan nama baik saya serta keluarga saya.
Sekian, terima kasih.
Wassalam.
Zahida Rafik
20hb April 2012
No comments:
Post a Comment