Showing posts with label zahida rafik. Show all posts
Showing posts with label zahida rafik. Show all posts

Tuesday, April 24

TWITTER ZAHIDA RAFIK MAKIN PANAS?


Aktres Zahida Rafik menjadi semakin popular selepas tersebar dakwaan dia menerima sejumlah wang daripada seorang menteri kanan sehingga mengundang pelbagai reaksi panas menerusi laman sembang Twitter milik pelakon itu.

Kebanyakan pengikut Twitternya iaitu di @zahida_rafik menghantar pesanan yang menyindir selain teguran pedas berhubung dakwaan kononnya dia menerima wang kira-kira RM1.5 juta daripada VIP berkenaan.

Salah seorang pengikut Twitter Zahida iaitu Fared Isa pada dua hari lalu menghantar mesej berbunyi: “Hi jutawan. Anda telah kantoi…Saya tidak pernah dengar nama anda sebelum ini hinggalah berita anda ini tersebar ke seluruh negara.”

Zahida pula membalas dengan berkata; “Sabar!!Teruskan usaha anda! Saya perlu tido sekarang, selamat malam! Esok jangan lupa tweet lagi tau…Sekurang-kurangnya saya seorang jutawan, anda pula?

Seorang lagi pengguna, Mohd Firdaus menghantar pesanan kepada Zahida lima hari lalu berbunyi: “Untung laaa @zahida_rafik hidup senang-senang sahaja hujung minggu dapat RM200,000. Nak duit beritahu sahaja dekat menteri. Saya harap berita ini satu kebenaran.”

Zahida pula membalasnya; “Maaf ye, saya bekerja keras untuk dapatkan duit. Jika kamu tak ada duit, saya boleh derma sedikit. Tidak apa, Allah akan tunjukkan kebenarannya.”

Bagaimanapun trend tersebut berubah apabila pengikut Twitter milik Zahida mula memberi komen yang positif terhadap pelakon itu apabila terdapat mereka yang menyokong dan memberi galakan kepadanya.

Seorang pengikut Twitter Zahida iaitu Tengku Iskandar menghantar mesej berbunyi; “Harap cepat selesai masalah ini sebelum makin melarat. Faham-faham sahaja la di Malaysia ini, semua hendak jadi hakim.”

Adlynn Jamlus pula menghantar mesej dengan meminta Zahida bersabar iaitu; “Bersabarlah dengan dugaan yang diberi... Insya-Allah ada hikmahnya.

Sehingga malam Isnin, akaun Twitter pelakon Anak Mami The Movie ini mempunyai 7,069 pengikut.

Rabu lalu, pemandu peribadi Zahida, Noor Azman Azemi membuat laporan polis mendakwa aktres berkenaan mendapat wang berjumlah RM1.5 juta daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal.

Bagaimanapun, Zahida dan menteri berkenaan telah menafikan tuduhan itu dan sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang cuba memfitnah mereka.AP

Monday, April 23

KANCIL OH KANCIL?




Nak promosi jual kereta ke ? Dak eeeehhh ......... saja jer nak tepek gambar kereta kancil, kereta rakyat kita ... takkan tak boleh ?

Kereta kegemaran rakyat marhaen, satu ketika dulu memenuhi jalanraya negara kita. Minyak murah, senang nak parking, enjin jarang masalah dan yang paling digemari adalah harganya pun murah. Kegemaran kepada mereka yang tak mampu menjadikan kereta lebih mahal sebagai kegemaran mereka.

Orang kaya yang punya harta juta-juta, dia punya takrif kepada kereta yang tak makan minyak, senang nak parking dan enjin jarang masalah pastinya LAIN ! Paling cikai pun Mini Cooper BMW hahaha .. Makna kata, kalau nampak kereta kancil berjalan, GERENTI kita tak hingin pun nak tengok siapa yang pandu ... kan ? Pasti pemandunya orang biasa, hari-hari dah tiap kali aku tengok cermin, yang tengok balik adalah orang biasa juga. Jadi takde maknanya nak tengok sorang lagi orang biasa ...

Orang Luar Biasa tidak akan pandu Kancil. Tak kisahlah dia orang kaya ke.... orang berpangkat cip ke..... orang bergelaran Datuk ke ....... orang berstatus Menteri ke .... orang ber ......... ooooppppssss terlepas cakap pulak !

Tulaaaaah ... kau tak tahu. Disebabkang pemikirang begitulah, makanya kancil lah hok paling sesuai kalau seorang berpangkat besor/ kaya/ Menteri tidak mahu orang mengenali dirinya !

Fuyoooooh ... maksud kau .... macam cerita Khalifah Umar atau Sultan Alauddin Melaka dulu ? Menyamar jadi rakyat biasa sebab nak tahu masalah rakyat, nak bantu rakyat ..... hahahaha, kau memang mimpi disiang hari, tidur tak basuh kaki, cakap berapi .... Pemimpin macam tu TIDAK WUJUD lagi di BUMI sekarang ini !

Ikutlah nak percaya ke tak, tapi ORANG KATAlah, kejadian ni WUJUD .... berulang kali dah, tapi DULU lah .... sekitar 2009 - 2010.

Dia ni sebab tak mahu orang kenal siapa dirinya yang sebenar, maka dia pun menyamarlah pakai kereta kancil. Tak payah bersolek, pakai rambut palsu, mekap bagai ... zaman sekarang kau pakai jer kereta kancil gerenti orang tak kenal dah ! Yang kenal pun tak akan percaya.

Tujuan dia ?

Sebab nak bertemu rakyat lah ! Kalau ada yang tahu pun, mesti orang sekitar Ampang, sebab dia tak pergi kat lain dah..... Dia berahi orang Ampang jer !

ooooooh .... bertuahnya orang Ampang dapat wakil rakyat begitu..

Errr .... masalahnya dia bukan wakil kawasan Ampang.

Pulak .... Habis tuh buat apa dia gi tolong orang Ampang jer ?

Errr .... dia jumpa sorang jer rakyat kat Ampang tuh..... kalau dia tolong pun, sorang tu jer lah.DT

Susulan kepada isu Zahida, Shafei, Driver dan RM1.4juta, perkembangan ini saya dapat dari blog anotherbrickmengenai hasrat Zahida ingin menyaman Zuraidah atas tuduhan memfitnah dan mendedahkan akaun peribadi.

Assalamualaikum Warrahmatulallhi Wabarakatuh.

Pada Rabu 18hb April 2012, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin telah mendedahkan satu dakwaan bahawa seorang menteri telah memberi wang sebanyak RM 1.4 Juta kepada saya selama 4 bulan (Oktober, November, Disember dan Januari). Ia adalah susulan daripada kes pemandu peribadi saya yang melarikan wang saya sebanyak RM 200 Ribu.

Untuk pengetahuan umum, saya melakukan perniagaan penjualaan kereta import bersama abang ipar saya serta perniagaan arang batu di Kalimantan, Indonesia bersama abang angkat saya. Semua penyata akaun serta wang yang dimaksudkan oleh Ahli Parlimen Ampang adalah benar tetapi ia adalah hasil titik peluh saya sendiri dalam perniagaan yang diceburi dan ianya tiada kaitan dengan seorang MENTERI yang dikaitkan oleh YB. Zuraida Kamaruddin kepada umum.

Saya mempunyai pelbagai rangkaian perniagaan yang diceburi setelah tidak lagi aktif dalam bidang lakonan kerana bagi saya perniagaan sendiri lebih menguntungkan untuk hidup yang lebih sempurna. Ini adalah satu tanggapan yang serong terhadap saya dan keluarga kerana pertuduhan ini dapat menjejaskan karier perniagaan saya serta kehidupan seharian saya sebagai rakyat Malaysia.

Mengikut undang-undang Malaysia, akta BAFIA 1989, mana-mana individu, syarikat atau juga badan kerajaan mahupun bukan termasuklah institusi kewangan (bank), dilarang sama sekali untuk mendedahkan mana-mana akaun peribadi, syarikat atau mana-mana badan badan kerajaan mahupun bukan kerajaan kepada UMUM dan SEKIRANYA ini terjadi, maka si PELAKU boleh dikenakan tindakan mahkamah.

Mengikut akta tersebut juga, akaun kewangan seperti ini hanya boleh didedahkan dengan perintah HAKIM.
Maka dengan ini, saya mengambil keputusan untuk mendakwa Ahli Parlimen Ampang di mahkamah kerana mendedahkan akaun peribadi saya serta menfitnah saya berhubungan sulit dengan seorang MENTERI yang dikaitan bagi membersihkan nama baik saya serta keluarga saya.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Zahida Rafik
20hb April 2012



Saturday, April 21

ZAHIDA RAFIK DAH MULA BERSUARA?


Pelakon Zahida Rafik yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan seorang menteri kabinet akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membuat tuduhan berhubung isu itu.
Zahida menerusi laman Twitter miliknya berkata, dia tidak akan berdiam diri dengan perkara itu dan telah pun berunding dengan peguamnya.
"Saya tidak akan berdiam diri kerana peguam saya sedang dalam perbincangan untuk menyelesaikan masalah itu dan saya serahkan sepenuhnya kepada mereka. Tunggu berita baik," ujarnya menjawab soalan peminat yang bertanyakan perkara itu di laman Twitter miliknya seperti dilaporkan The Star, Sabtu.
Antara entri yang dibalas Zahida kepada pengikut Twitter.
Sebuah portal dalam talian Rabu lalu melaporkan pemandu Zahida iaitu Noor Azman Azemi telah membuat laporan polis mendakwa pelakon itu telah menerima wang tunai sebanyak RM1.5 juta dari seorang menteri dalam jangka masa empat bulan.
Ketua Wanita, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin telah mendedahkan laporan polis itu kepada pihak media.
Dalam laporan polis tersebut, Noor Azman mendakwa Zahida telah menerima wang sebanyak RM58,000 pada Oktober tahun lalu, RM112,000 pada November, RM330,000 pada bulan Disember dan RM510,000 pada Januari tahun ini.
Zahida turut membalas setiap entri diterima daripada pengikut Twitter yang menuduhnya menerima bayaran seperti didakwa.
"Kesian bekas pemandu saya, tak ada cara lain nak buat duit, jadi dia buatlah fitnah macam ni. Moga Allah memberi rahmat kepada dia," kata Zahida.mstar

Thursday, April 19

ZAHIDA RAFIK NIE BETUL KE?


Rileks la bro, takkan cerita pemandu yang dah songlap RM200,000 kita boleh percaya bulat-bulat. Jangan juga lupa cerita ni hanya dari pihak pembangkang, corak serangan yang sama seperti kes dakwaan Balasubramaniam, RPK, wartawan Perancis terhadap keluarga DSN dan Rosmah sebelum ni. Sekarang ni mana dia mereka-mereka yang dulu gempar kononnya membongkarkan keburukan dan jenayah yang dilakukan DSN dan isteri terhadap pembunuhan Altantuya??? Hilang terus dari pandangan, hanya dengar khabar dari London je mangkuk-mangkuk tu....

Sekarang timbul pula fitnah terhadap menteri kanan yang kononnya menyimpan perempuan simpanan dan diberi kemewahan beribu-ribu ringgit tiap-tiap bulan. dari aman kita dapat cerita ni?? Dari bekas PEMANDU yang telah SONGLAP RM200,000 dari Zahida.

Kenapa kita nak percaya bulat dakwaan puak pembangkang tu tetapi mereka sendiri tidak boleh percaya cerita dari bekas PEMANDU Wan Azizah dan shamsidar yang mengaitkan skandal liwat dan kecurangan bini Assmin bersama Anwar, pemimpin utama mereka???

Kalau setakat penyata bank yang mereka boleh buktikan, kenapa pula bukti-bukti pembelian saham dan kemewahan Shamsidar yang pernah dipaparkan oleh blogger pro-kerajaan tidak pula puak pembangkang ambil peduli???

Jika betul bekas PEMANDU tu berada dipihak yang benar dan tak pernah melarikan duit RM200,000 seperti yang Zahida dakwa, jalan yang terbaik saya rasa ialah melakukan sumpah laknat sahaja. Begitu juga dengan yang orang kena dakwa. Berani ke puak PR nak buat majlis sebegitu??? Mesti akan ada pelbagai alasan punya......

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive