Tuesday, April 17

BODOHNYA ANAK MELAYU JIKA BANGSA LAIN AMBIL KESEMPATAN?




Apa yang boleh kita perolehi daripada gambar di atas? Jawapannya mudah sahaja; betapa jauh ketinggalannya bangsa lain di dalam bidang pendidikan ini termasuk bangsa Melayu yang memperolehi lebih banyak keistimewaan dari segala segi berbanding bangsa Cina.

Daripada statistik di atas juga dapat kita katakan, betapa bangsa Cina ini mementingkan keputusan yang cemerlang untuk menjadikan pinjaman mereka ditukarkan ke bentuk biasiswa. Dengan keputusan yang cemerlang itu, mereka memperolehi pendidikan percuma tanpa perlu mengadakan demonstrasi jalanan seperti mahasiswa berbangsa Melayu yang berlaku baru-baru ini di Dataran Merdeka.

Mengapa segelintir daripada mahasiswa berbangsa Melayu kita beria-ia meminta kerajaan memansuhkan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ini? Mengapa golongan ini beria-ia meminta diberikan pendidikan percuma sehingga sanggup melakukan sesuatu tindakan yang boleh dianggap bodoh?

Tidak cukupkah dengan segala subsidi yang telah ditanggung oleh kerajaan untuk menjadikan yuran pengajian golongan mahasiswa ini serendah sekarang? Atau golongan ini terlupa yang selama ini yuran yang perlu dibayar sudah diberi subsidi yang tinggi?

Ada banyak jawapan yang boleh diberikan kepada persoalan di atas. Namun apa yang paling nyata adalah fikiran golongan mahasiswa ini telah dipengaruhi oleh janji-janji manis Pakatan Pembangkang sehingga segala apa yang telah dinikmati selama ini yang diberikan oleh kerajaan dianggap sebagai penipuan.

Golongan mahasiswa ini juga malas untuk belajar bersungguh-sungguh demi mendapatkan pendidikan percuma ini. Golongan ini hanya mahukan segalanya diberikan secara percuma. Mereka inginkan segala yang diimpikan menjadi milik mereka tanpa perlu bersusah payah untuk mendapatkannya.

Mengapa tidak golongan mahasiswa ini menggunakan masa untuk berdemonstrasi sehingga sanggup berkhemah dan bermalaman di Dataran Merdeka mendesak kerajaan memansuhkan pinjaman PTPTN dengan membaca buku atau belajar bersungguh-sungguh supaya mendapat keputusan yang sangat baik? Kalau pun tidak mendapat 4.0, sekurang-kurang mendapat 3.9 supaya boleh mendapat pengecualian membayar semula pinjaman. Bukankah itu lebih baik daripada menghabiskan masa berpanas dan berembun?

Golongan ini juga terus-terusan menuduh kerajaan menggunakan duit rakyat dan memaksa kerajaan memberikan kepada mereka hak mereka dengan menyediakan pendidikan percuma. Tidakkah mereka terfikir dengan menghabiskan masa berdemonstrasi tanpa mempedulikan pelajaran, boleh menyebabkan mereka keciciran dan akhirnya tidak mendapat keputusan cemerlang ataupun gagal, mereka juga menghabiskan duit rakyat yang dibelanjakan ke atas mereka?

Jika golongan mahasiswa ini sudah keciciran, tidak berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang, tidak mendapat peluang pekerjaan dan akhirnya tidak dapat membayar cukai, di mana kerajaan akan memperolehi wang untuk menampung pendidikan generasi akan datang? Cukupkah dividen beberapa peratus yang diberikan oleh Petronas kepada kerajaan untuk menanggung kesemuanya?

Tidakkah golongan mahasiswa ini terfikir, rakyat yang membayar cukai akan berasa sakit hati apabila mereka yang bertungkus lumus bekerja dan terpaksa membayar cukai, namun golongan mahasiswa ini sewenang-wenangnya membelanjakan hasil titik peluh mereka?

Sebagai golongan yang berpendidikan tinggi, golongan bijak pandai, golongan mahasiswa ini sepatutnya tahu membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Jangan hanya tahu mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan kepentingan golongan lain yang sama-sama perlukan pembelaan.

Nasihat penulis kepada golongan belia dan mahasiswa, janganlah menjadi seperti anjing yang tersepit, apabila dilepaskan, kembali menggigit orang yang melepaskannya. Janganlah melupakan apa yang telah dilakukan dan diberikan oleh kerajaan kepada mereka. Hayatilah makna bersyukur.

suaragenerasibaru.com

- Posted using BlogPress from my iPad

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive