Wednesday, April 25

UMNO TANJONG TURUN PADANG MEMBERIKAN BANTUAN PINJAMAN TEKUN @NajibRazak



Ketua Umno Bahagian Tanjong Datuk Ahmad Ibni Hajar Turun padang ke gerai peniaga yang memohon peminjam TEKUN untuk menyerahkan cek dan menampal poster.Gerai tersebut dimiliki oleh Che Jam dan pinjaman sebanyak 3ribu ringgit.

Mohd Taufique senyum apabila cek diserahkan. 

Nasir Jeruk yang terkenal di jalan Chowrasta telah diberi cek pinjaman sebanyak 20ribu ringgit.

Mohamad Noorazam telah menerima pinjaman TEKUN sebanyak 25ribu yang kini menjalankan perniagaan tudung dan pakaian wanita di bazzar Chowrasta.

Yayasan TEKUN Nasional telah ditubuhkan pada tahun 1998 sebagai sebuah institusi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Matlamat penubuhan Yayasan TEKUN Nasional pada ketika itu adalah untuk menyediakan pembiayaan modal dengan mudah dan cepat kepada golongan Bumiputera yang ingin melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan menjadi usahawan.

Sejak diwujudkan hinggalah ke hari ini TEKUN Nasional telah berjaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya sepertimana yang diharapkan. Sehingga 31 Disember 2011 , TEKUN Nasional telah menyediakan pembiayaan sebanyak RM 1.4 bilion kepada 154,216 orang usahawan diseluruh negara. Untuk tahun 2012 ini, TEKUN Nasional telah memperuntukkan sebanyak RM 350 juta sebagai pembiayaan kepada seramai 34,000 usahawan.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive