Tuesday, April 24

ADUN TONG GAS TERCABAR DENGAN PENGERUSI BARU BN PULAU PINANG.


Adun yang glamour dengan menghina peniaga sebelum ini telah bersuara dengan dayus mencabar Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang,Teng Chang Yeow dicabar bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Padang Kota pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) datang bagi membuktikannya beliau bukan boneka Umno

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Komtar, Ng Wei Aik berkata, Chang Yeow dicabar bertanding di kawasan berkenaan kerana menjadi wakil rakyat di kawasan itu selama tiga penggal iaitu dari tahun 1995 hingga 2008 sebelum tewas pada PRU12 kepada Pengerusi DAP negeri,Chow Kon Yeow dengan majoriti 2,254 undi.

Menurutnya,Chang Yeow perlu kembali ke kawasan lama untuk berdepan dengan mereka yang pernah menyokongnya sebelum ini."Chang Yeow sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan di sebuah akhbar Cina dengan mengatakan di mana dia jatuh dan di situ juga dia akan bangkit.

Nampak sangat sikap cauvanis yang ditunjukkan oleh Ng Wei Aik nie.Kenapa merasa tertekan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri yang baru, Teng Chang Yeow yakin akan dapat memenangi semula sokongan rakyat di negeri ini terhadap BN.

Chang Yeow berkata, walaupun tugas berkenaan dilihat sukar dan penuh cabaran namun dia akan sedaya upaya mengembalikan sokongan dan kepercayaan rakyat kepada BN."Saya bukan sahaja kena berhadapan degan Ketua Menteri,Lim Guan Eng malah saya juga perlu berdepan dengan parti pembangkang yang lain.

Dalam pada itu, Chang Yeow berkata,hanya beberapa perubahan kecil sahaja yang akan dilakukan didalam jawatankuasa kerja BN memandangkan jawatankuasa sedia ada yang dipimpin oleh Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr Teng Hock Nan telah mantap dan mempunyai semangat pasukan yang kukuh.


No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive