Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) melalui Menterinya, DS Ahmad Shabery Cheek di Parlimen baru-baru ini diajukan soalan oleh seorang YB daripada Pakatan Pembangkang, YB Kelana Jaya mengenai langkah-langkah yang diambil oleh KBS untuk memupuk belia yang kental dan berupaya melawan desakan seks daripada seorang berusia lebih 60 tahun yang didakwanya meliwat.
Kita tidak pasti adakah soalan sebegitu tidak berapa penting untuk ditanya oleh seorang YB di dalam dewan yang mulia. Banyak lagi perkara yang lebih penting untuk dipersoalkan. Tiada kepentingan yang kita nampak melainkan salah satu cara pihak pembangkang untuk mencipta keraguan. Namun, jawapan yang diberikan oleh DS Ahmad Shabery adalah sangat bernas dan sudah pastinya mampu mematikan segala keraguan yang hendak ditimbulkan.
Menurut DS Shabery, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, melalui 12 Kementerian yang terlibat secara langsung dengan pembangunan belia, pelbagai program telah dan sedang dijalankan bagi memastikan generasi belia menjadi warganegara yang cemerlang, kental dari segi fizikal dan mental serta bertanggungjawab kepada masyarakat.
Namun begitu, beliau menambah bahawa tidak mungkin mana-mana kerajaan yang mampu mengadakan program terhadap perlakuan setiap individu negaranya termasuk mengawal setiap individu tanpa mengira usia, yang mungkin ada keupayaan serta kelainan tertentu yang boleh menguasai seterusnya mengawal orang lain bagi memenuhi semua jenis kehendak individu berkenaan.
Menerusi jawapan beliau, DS Shabery percaya, YB Kelana Jaya boleh mencari banyak contoh di dunia di mana ada individu yang berusia tetapi mempunyai keupayaan untuk menundukkan orang lain yang lebih muda darinya. Kita sedia maklum individu yang dimaksudkan oleh YB Kelana Jaya tentulah Ketua Pembangkang.
Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum P"Gay"R ini ternyata mampu mempengaruhi ramai belia terutama mereka yang tidak mempunyai ketahanan mental yang kental. Contoh paling mudah adalah seperti golongan mahasiswa yang mengadakan demonstrasi mendesak kerajaan memansuhkan PTPTN di Dataran Merdeka baru-baru ini.
Oleh itu, belia janganlah mudah terpengaruh. Marilah kita bersama-sama menghabiskan masa dengan aktiviti berfaedah di Himpunan Jutaan Belia 2012 yang diadakan di Putrajaya, 23 hingga 27 Mei 2012. Banyak acara-acara menarik yang akan disediakan. Jumpa di sana! Di sana! Di sana!
SUMBER: CUCU YOK SELAMPIT BLOG
No comments:
Post a Comment