Showing posts with label 2012. Show all posts
Showing posts with label 2012. Show all posts

Tuesday, May 8

#HBN2012 PALING HEBAT DI DUNIA! LIBAT SEMUA BELIA PELBAGAI KAUM @HariBelia2012


Belia Tionghua melalui persatuan-persatuan belia masing-masing begitu teruja untuk menjayakan Sambutan Hari Belia Negara 2012 Mei nanti apabila kira-kira 200,000 telah memberikan komitmen untuk bersama-sama menyemarakkan sambutan tahun ini.

Mereka akan ditempatkan di Zon Perkampungan Cina dengan mempamerkan pelbagai aktiviti kesenian, kebudayaan disamping gerai-gerai pameran yang berkonsepkan budaya masyarakat Tionghua di sepanjang program lima hari itu.

“Zon khas belia Cina ini bagi menggalakkan lebih banyak penglibatan belia-belia cina pada Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2012 kali ini yang merupakan julung kali diadakan bagi menyemarakkan lagi semangat 1 Malaysia”, ujar Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Gan Ping Sieu dalam sidang medianya di sini hari ini.

Tambah beliau lagi, “Jangan salah sangka dengan menyangka bahawa Putrajaya ini hanyalah untuk satu komuniti sahaja tetapi ialah sebuah bandar yang dibina untuk golongan belia Malaysia tanpa mengira kaum.

Ia sekaligus memberi cabaran kepada semua belia Cina untuk merebut peluang menempatkan diri dalam 38 segmen yang telah disediakan di sepanjang sambutan lima hari itu.”

HBN 2012 akan diadakan selama lima hari bermula pada 23 hingga 27 Mei ini dengan 1000 persembahan dari dalam dan luar negara disamping 22 persembahan pentas yang menyajikan pelbagai bentuk persembahan mengikut segmen masing-masing.

Pertama kali diperkenalkan, perkampungan ini turut menyediakan program-program tersendiri seperti pameran-pameran pendidikan dan perlancongan, bakat-bakat daripada belia cCna, persembahan daripada artis-artis Cina tempatan dan luar negara serta banyak lagi.

Senator Gan optimis serta yakin bahawa belia-belia ini mempunyai kreativiti tersendiri bagi menghasilkan sesuatu dan terpulang kepada mereka untuk merealisasikannya.

Turut terlibat menjayakan program ini adalah seperti Soka Gakkai (SSGM), Fo Guang, Xiang Nan, EMCO, Persatuan Belia-Belia Cina, YMM, GBBM yang mengambil peluang dalam perhimpunan besar-besaran dengan mewujudkan kerjasama dua hala dalam memajukan ilmu pengetahuan, ilmu penganjuran majlis dan sebagainya supaya sesi pembelajaran itu lebih mampu dipelajari.


Wednesday, May 2

HIMPUNAN SEJUTA BELIA : MR. AND MS. FITNESS?


PERTANDINGAN MR. AND MS. FITNESS INI ADALAH TERBUKA KEPADA SEMUA PENGGIAT DAN PEMINAT AKTIVITI KECERGASAN DI SELURUH NEGARA. PELAKSANAAN PROGRAM INI AKAN DIADAKAN PADA 26 MEI 2012 SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA.

SETIAP PESERTA DIKEHENDAKI MELALUI 5 DISIPLIN IAITU 1RM BENCH PRESS (KEKUATAN MAKSIMUM), CHIN UP (KEKUATAN), DEAD LIFT (KUASA), LARIAN 2.4 KM (KARDIOVASKULAR) – TREADMILL SERTA DUDUK DAN JANGKAU (KELENTURAN).

PEMENANG AKAN DITENTUKAN OLEH PEGAWAI TEKNIKAL/HAKIM MELALUI KIRAAN MATA KESELURUHAN YANG DIPEROLEHI BAGI SETIAP DISIPLIN. SEKIRANYA PEMENANG BERADA PADA KEDUDUKAN SERI, MAKA SATU ALTERNATIF DISIPLIN AKAN DITENTUKAN OLEH PEGAWAI TEKNIKAL/HAKIM YANG PERLU DILALUI OLEH PESERTA TERSEBUT BAGI MENENTUKAN PEMENANG.

Utk keterangan lanjut sila hubungi urusetia Segmen Fit & Active :
03-88713172(Mohd Uzaini)/3245(Lidyawati)/3734(Siti Farida)/3190(Farhana)/3735(Muzhafar)/3156(Zainudin)
Hadiah lumayan menanti anda...


Tuesday, April 24

KELAINAN DALAM HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012.

Suatu kelainan yang dibawa oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sempena Sambutan Hari Belia Negara 2012 kali ini adalah 6km back to back events sepanjang 23 hingga 27 Mei 2012.

Terdapat lebih 500 aktiviti disenaraikan dengan 38 segmen. Selain itu, lebih 1000 orang penghibur akan menghiburkan pengunjung di 22 pentas di Putrajaya, kata Dato’ Mohid Mohamed, Ketua Setiausaha KBS semasa ditemuramah wartawan di sini, hari ini.

Dengan sasaran 2 juta pengunjung selama 5 hari kali ini, pelbagai aktiviti yang telah susun bagi menjanjikan Himpunan Jutaan Belia 2012 sempena hari Belia Negara 2012 ini luarbiasa dan antara 10 himpunan atau gathering terbesar di dunia. Dengan bertemakan Jutaan Peluang, Ribuan Keriangan, HBN2012 menjanjikan sebuah karnival yang besar, menyeronokkan, membuka peluang dalam pelbagai peluang dan sukar dilupakan.

Selain konsert KPOP yang ditunggu-tunggu oleh para belia yang meminati genre pilihan anak muda Korea Top Teen dan Dal Shabet, KBS juga menyediakan pelbagai pentas dengan genre yang berbeza untuk belia Malaysia yang mempunyai bakat dan ingin membuat persembahan mengikut genre yang diminati.

Segmen World Jazz Festival HBN 2012 yang bakal menutup penyertaannya pada 28 April nanti adalah satu platform yang harus direbut oleh jutaan belia di luar sana. Maklumat lanjut, sila melayari www.hbn.gov.my atauwww.kbs.gov.my.

SOALAN MP KELANA JAYA ADA DI HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012.



Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) melalui Menterinya, DS Ahmad Shabery Cheek di Parlimen baru-baru ini diajukan soalan oleh seorang YB daripada Pakatan Pembangkang, YB Kelana Jaya mengenai langkah-langkah yang diambil oleh KBS untuk memupuk belia yang kental dan berupaya melawan desakan seks daripada seorang berusia lebih 60 tahun yang didakwanya meliwat.

Kita tidak pasti adakah soalan sebegitu tidak berapa penting untuk ditanya oleh seorang YB di dalam dewan yang mulia. Banyak lagi perkara yang lebih penting untuk dipersoalkan. Tiada kepentingan yang kita nampak melainkan salah satu cara pihak pembangkang untuk mencipta keraguan. Namun, jawapan yang diberikan oleh DS Ahmad Shabery adalah sangat bernas dan sudah pastinya mampu mematikan segala keraguan yang hendak ditimbulkan.

Menurut DS Shabery, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, melalui 12 Kementerian yang terlibat secara langsung dengan pembangunan belia, pelbagai program telah dan sedang dijalankan bagi memastikan generasi belia menjadi warganegara yang cemerlang, kental dari segi fizikal dan mental serta bertanggungjawab kepada masyarakat.
Namun begitu, beliau menambah bahawa tidak mungkin mana-mana kerajaan yang mampu mengadakan program terhadap perlakuan setiap individu negaranya termasuk mengawal setiap individu tanpa mengira usia, yang mungkin ada keupayaan serta kelainan tertentu yang boleh menguasai seterusnya mengawal orang lain bagi memenuhi semua jenis kehendak individu berkenaan.

Menerusi jawapan beliau, DS Shabery percaya, YB Kelana Jaya boleh mencari banyak contoh di dunia di mana ada individu yang berusia tetapi mempunyai keupayaan untuk menundukkan orang lain yang lebih muda darinya. Kita sedia maklum individu yang dimaksudkan oleh YB Kelana Jaya tentulah Ketua Pembangkang.
 
Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum P"Gay"R ini ternyata mampu mempengaruhi ramai belia terutama mereka yang tidak mempunyai ketahanan mental yang kental. Contoh paling mudah adalah seperti golongan mahasiswa yang mengadakan demonstrasi mendesak kerajaan memansuhkan PTPTN di Dataran Merdeka baru-baru ini.
 
Oleh itu, belia janganlah mudah terpengaruh. Marilah kita bersama-sama menghabiskan masa dengan aktiviti berfaedah di Himpunan Jutaan Belia 2012 yang diadakan di Putrajaya, 23 hingga 27 Mei 2012. Banyak acara-acara menarik yang akan disediakan. Jumpa di sana! Di sana! Di sana!

SUMBER: CUCU YOK SELAMPIT BLOG

Saturday, April 7

BAGUIH SANGAT KA PROGRAM NIE?



 











Menteri Belia dan Sukan, Dato' Sri Shabery Cheek menyatakan bahawa golongan belia merupakan kuasa besar dalam sistem ekonomi negara dalam menjelaskan terjemahankementerian terhadap keberkesanan Program Himpunan Jutaan Belia 2011 yang lalu untuk golongan belia secara keseluruhannya.

Jelas beliau, kajian impak ekonomi oleh pihak MITI (Ministry of International Trade and Industry) menyatakan bahawa program himpunan tersebut telah memberi kesan pengganda ekonomi sebanyak RM 110 juta melalui jumlah perbelanjaan pengunjung, sektor kerajaan, sektor swasta dan NGO sekaligus menyumbang kepada nilai ditambah ekonomi sebanyak 0.014% daripada nilai KDNK tahun 2010.

Dianggarkan seramai 1.1 juta pengunjung hadir di Putrajaya sepanjang 3 hari himpunan tersebut diadakan dengan purata perbelanjaan sebanyak RM100 seorang.


Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya 2012 yang akan diadakan pada 23-27 Mei 2012. Dato' Sri Shabery Cheek menyatakan bahawa pada tahun ini, lebih 500 program dan aktiviti diadakan daripada 38 segmen.

Himpunan 5 hari ini akan melibatkan 6 KM sekitar kawasan Putrajaya, 1000 orang artis dan penghibur, 22 buah pentas dan sasaran penyertaan seramai 2 juta belia. Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Tuan Borhan Dolah.

Selain itu juga, beliau berhasrat untuk menjadikan himpunan ini salah satu 10 himpunan terbesar di dunia.

Disediakan oleh : (Sekretariat HBN 2012)

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive