Monday, April 30

RAMAI YG SALAHKAN POLIS NAPE EK?







MKP lihat banyak pihak dari pembangkang menyalahkan Polis dalam bersih 3.0 sabtu lepas.Apa tidaknya mereka merasa tertekan dengan trend terbaru Pihak Polis dalam membendung tomahan yang cuba dilontarkan.taktik yang digunakan mengeluarkan video serta gambar yang boleh menangkis segala tomahan serta menjawab persoalan yang dikemukan.

Ketua Menteri Paling Celaka dalam sejarah Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyelar dan menyalahkan pihak polis di atas kekecohan serta keganasan yang berlaku semasa perhimpunan haram Bersih 3.0 semalam.

Biarpun dalam perhimpunan itu beberapa anggota polis dan petugas media mengalami kecederaan, Ketua Menteri Pulau Pinang itu tetap angkuh dengan menuding jari menyalahkan pihak berkuasa yang bertugas menjaga keamanan negara.

Katanya, tindakan keras pasukan polis terhadap peserta perhimpunan dan tangkapan rambang yang dilakukan didakwa menjadi punca tercetusnya kekecohan dan keganasan.

“Kami mengecam tindakan pihak polis itu kerana ia tidak sesuai dengan keadaan ketika perhimpunan. Hanya segelintir yang merempuh untuk memasuki kawasan Dataran Merdeka tetapi mengapa ada tangkapan dilakukan di lokasi lain?

Hari ini sidang media oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail menjawab semua persoalan yang ditimbulkan serta keraguan dinyatakan dengan bukti bagi menjawab.gambar diatas.Taktik pembangkang menyalahkan polis kantoi apabila video dipamerkan.So berbalik kepada pembangkang yang menyalahkan Polis adalah tidak berasas serta mempunyai motif jahat supaya kreditbiliti Polis tercemar.

Yang terbaik satu video memaparkan Anwar menyuruh perusuh bersih menyerbu tembok penghalang berkawad duri yang diketua oleh cikgu bard mendapat perhatian ramai wartawan.Nasib lu la Anwar dan ambiga kerana ingkar arahan mahkamah.tunggu pulak apa kata Peguam Negara nak dakwa atau tidak?


1 comment:

media said...

Salam. Mohon pautkan link blog saya.
pemikirkampong.blogspot.com
tq

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive