Menurutnya, sumbangan tersebut bukan diambil dari wang parti, sebaliknya kepunyaannya sendiri setelah melihat kesungguhan individu terbabit mahu menyertai demonstrasi itu.
“Untuk ke Kuala Lumpur memerlukan kos yang besar, saya mengeluarkan wang sendiri untuk membiayai pelbagai keperluan, itu hak saya, bukan wang parti,” kata beliau kepada pemberita pada sidang media di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan peserta Bersih dari Kelantan yang menjelaskan kehadiran mereka di perhimpunan semalam dibiayai parti, meliputi kos pengangkutan, penginapan dan keperluan lain seperti belanja makan.
Sementara itu, Ketua Penerangan Pas Kelantan, Dr Fadzli Mohd Hassan tidak menolak kemungkinan terdapat peserta yang hadir dibiayai oleh pihak-pihak tertentu, namun bukan atas kapasiti parti.
“Kita tidak ada duit untuk biayai peserta yang begitu ramai, kebiasaannya orang Pas ini mengeluarkan duit sendiri, namun jika ada tajaan, mungkin itu bersifat peribadi,” katanya.
Fadzli yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata, pihaknya tidak pernah membincangkan soal kewangan untuk peserta Bersih, namun mengakui mengeluarkan belanja untuk ceramah yang dihadiri Timbalan Presiden, Mohamad Sabu, tiga hari lalu.SINARHARIAN
Penolong Setiausaha PAS Pusat, Dr. Syed Azman Syed Nawawi, berkata sekiranya Sinar Harian tidak membetulkan laporannya, PAS tidak teragak-agak untuk mengambil langkah memboikot akhbar itu di negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat.KOMEN MKP: Apa kejadah puak PAS harami nie dok sembang kebebasan bersuara nie....Bila sesuatu tak menyebelahi mereka siap ada ugutan untuk boikot.......Dulu hampa jugak dok melompat macam kera kena belacan apabila harakah disekat untuk sementara waktu,nie apa kejadah siot.
No comments:
Post a Comment