Thursday, April 26

KJ BALUN AMBIGA KAW-KAW PUNYA?


Jika tidak kerana penyokong-penyokongnya menguasai dewan Kelab Bukit Utama,dekat Kuala Lumpur Rabu malam , Datuk S.Ambiga boleh malu apabila Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berjaya 'screw' bos Bersih 3.0 itu dalam debat mereka berhubung pembaharuan sistem pilihan raya.

Sebagai peguam dan pernah menerajui Majlis Peguam, Ambiga hanya mampu berhujah cari segala hal kecil dan remeh untuk menyalahkan Suruhajaya Pilihanraya (SPR) dan mendesak pilihanraya ditangguhkan selagi proses membersihkan senarai pemilih gagal dilaksanakan.

Selain menuntut kesemua lapan cadangan hasil perhimpunan haram Bersih 2.0 tahun lalu, Ambiga turut membangkitkan penyalahgunaan kad pengenalan berkaitan gender dan alamat.

Isu undi pos turut dijadikan modal namun Khairy yang tampil cool sepanjang debat cukup bersedia dengan maklumat dan angka-angka bagi mematahkan hujah serta tuduhan Ambiga terhadap SPR.
kj-ambiga-crowd


Lagu lama mengkritik SPR oleh Ambiga hanya dapat sokongan pengikut beliau yang menguasai dewan kelab.Sewaktu majlis dibuka kepada penonton bertanya, beberapa orang pengikut Bersih menguasai soalan.

Malah, satu ketika seorang daripada mereka merampas mikrofon kerana mahu bertanya lebih panjang sedangkan masa diperuntukkan cuma 30 saat sahaja.

Daripada kira-kira 1,500 penonton dengan kira-kira 200 orang di luar dewan yang mengikuti debat satu sentengah jam itu menerusi skrin besar, hampir 1,000 orang adalah penyokong Ambiga.

Walaupun diasak pelbagai soalan, Khairy dapat menjawab dengan fakta dan angka menyebabkan Ambiga dan mereka yang bertanya terpaksa akur bahawa dakwaan mereka terhadap SPR bukan semuanya tepat.

kj-ambiga3-debat


Ambiga juga tidak ada point baru selepas Khairy berjaya mematahkan hujah dan dakwaannya terutama isu kira-kira 42,000 pengundi yang belum dapat dibersihkan SPR dan isu undi pos.

Menariknya, Khairy mempelawa Ambiga berjumpa dan berbincang dengan SPR bukannya dan membuat macam-macam dakwaan terhadap suruhanjaya itu menerusi sidang media sahaja.

Walaupun, pada awalnya Ambiga berkeras menyalahkan dan menyatakan rasa tidak percayanya kepada SPR, Khairy dapat menyakinkan peguam itu untuk berjumpa dan berbincang dengan SPR.

Ditemui Agendadaily selepas debat itu, Khairy berkata, debat itu berjaya membuat Ambiga mengakui bahawa pendiriannya tidak mempercayai SPR, ‘lebur’ dengan debat malam tadi.
kj-ambiga-kecoh


“Akhirnya beliau mengakui dan sedia duduk bersama dengan SPR. Ini satu kemajuan yang dia mengakui bahawa pendirian beliau yang tidak percaya pada SPR dan minta pegawai SPR letak jawatan adalah tidak munasabah,” katanya.

Katanya, rakyat dan penyokong tahu bahawa semua angka disebuat Bersih tidak boleh ditelan bulat-bulat kerana ada penjelasan yang semua harus dengar terlebih dahulu.

Bagaimanapun, ini tidak bermakna kedegilan Bersih 3.0 mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka juga pada Sabtu ini batal dengan pendirian lembut Ambiga terhadap SPR.

Ambiga menegaskan Bersih 3.0 tetap ke Dataran Merdeka walaupun di tawarkan lokasi baru di Stadium Merdeka.



Beliau beri alasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru memaklumkan lokasi itu sedangkan perhimpunan itu hanya tinggal dua hari sahaja lagi.

Kononnya jika tukar lokasi ia akan mengelirukan mereka yang hendak menyertai perhimpunan itu.

Barangkali kerana kedegilan itu juga, Ambiga terpaksa merah telinga ketika mahu meninggalkan majlis itu apabila bergema jeritan TIBAI...TIBAI...TIBAI oleh beberapa penonton yang mungkin juga nak lepas geram kerana memikirkan Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 hanya mainan politik pembangkang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebab itu ketika debat Khairy berkata, ianya bukan soal Stadium Merdeka atau Dataran Merdeka tetapi soal pilihanraya yang adil dan bersih.

Beliau tidak mempersoalkan hak Ambiga dan Bersih membangkitkan isu berkaitan SPR, tetapi adalah tidak wajar katanya rakyat diheret sama di jalanan sedangkan kerajaan masih meneruskan reformasi bagi penambahbaikkan sistem pilihan raya di negara ini.



Hakikatnya malam tadi menyaksikan Ambiga hanya menang sorak sebaliknya Khairy walaupun batuk-batuk masih mampu berhujah dengan berjaya dan mematahkan pandangan buruk Ambiga dan Bersih terhadap SPR selama ini.- 26/4/2012- OLEH ROSLAN BIAN AD

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive