Showing posts with label ambiga. Show all posts
Showing posts with label ambiga. Show all posts

Wednesday, December 12

@PDRMsia TOLONG SIASAT CERAMAH ANARKI BOLEH MENGUGAT KEAMANAN MALAYSIA @HishammuddinH2O @KDNPUTRAJAYA



Pihak berkuasa patut menyiasat video diatas yang membawa fahaman Anarki yang merbahaya kepada Malaysia..Ceramah yang disampaikan pada pelajar Melayu...

Faham pasca-modernisme yang menolak autoriti dan hierarki adalah salah satu cabang faham neo-liberalisme yang berkembang di Barat dan sedang menjangkiti masyarakat negara lain. Darinya lahir faham anarki (disorderly) yang menolak sesuatu yang bersifat tradisi dan berkait dengan agama.

Faham ini ingin melahirkan aliran baru dalam berfikir dan tindakan atas nama hak asasi manusia atau civil liberty yang menjadi agenda mereka. Kecenderungan ke arah amalan LGBT umpamanya adalah salah satu daripada pola amalan yang dianggap sebagai menepati hak asasi yang sedang dicetuskan.


Tuesday, October 16

AUSTRALIA ANGGAP AMBIGA PENIPU?


Semakin hampir kepada Pilihanraya Umum, semakin kalutlah rangkaian talibarut Yahudi termasuk Pakatan Rakyat, SUARAM dan juga BERSIH. Walaupun setelah habis segala penipuan dan fitnah ditabur terhadap BN, masih belum membawa apa-apa kesan yang signifikan kepada perjuangan mereka, malah sebaliknya asyik terkantoi, terperangkap dan terbabas di sana sini.

Beberapa siri demonstrasi yang disusun juga menunjukkan kemerosotan dari segi sambutan dan bukannya peningkatan seperti yang dijangka. Walaupun tema demonstrasi dipelbagaikan dari isu sistem pilihanraya kepada isu alam sekitar sehinggalah ke tema umum seperti demokrasi atau kebangkitan rakyat, namun keadaan masih tidak kelihatan begitu meyakinkan di pihak mereka.

Thursday, June 14

PANAS : AMBIGA SAHKAN BERSIH TERIMA DANA ASING?


Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S. Ambiga mengesahkan bahawa badan bukan kerajaan (NGO) itu telah menerima sumbangan sebanyak RM90 ribu bagi tujuan menganjurkan perhimpunan BERSIH.

Beliau menyatakan jawapan itu secara ringkas di laman sembang bersama 'Yahoo News Malaysia' yang bermula pada jam 3 petang tadi.

Soalan: Berapa banyak sumbangan telah diterima daripada badan asing untuk Bersih?

Jawapan: Kami telah menerima kira-kira RM90 k + untuk projek tertentu ke atas persempadanan yang telah digunakan pada tahun lepas. Kami tidak menerima sebarang bantuan kewangan asing lain.

Sebelum ini wujud pelbagai dakwaan bahawa penganjur BERSIH menerima sumbangan dana asing bagi menampung kos penganjuran perhimpunan haram tersebut meliputi tambang, makan minum, sewa hotel dan elaun harian peserta.

Malah terdapat beberapa pihak telah meminta supaya dakwaan daripada media cetak, laman sosial dan blog mengenai sumbangan ini disiasat secara terperinci.

Sesi interaksi selama satu jam antara Ambiga dan pengguna laman maya itu tadi rata-ratanya berkisarkan perhimpunan BERSIH 3.0 yang berlangsung di ibu negara tempoh hari.

Antara soalan lain yang diajukan termasuk "Adakah BERSIH mahu menjadi sebuah parti politik?, "Anda merupakan seorang peguam dan tahu mengenai undang-undang, adakah dengan penganjuran BERSIH anda telah melanggar undang-undang?", "BERSIH telah mencalarkan imej negara, adakah dengan cara itu anda dapat apa yang dikehendaki daripada kerajaan?".

Perhimpunan BERSIH 3.0 lalu telah bertukar kecoh apabila para peserta bertindak merempuh halangan polis di Dataran Merdeka memaksa pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan menangkap peserta kerana melanggar perintah mahkamah.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussien mengesahkan seramai 24 orang peserta telah cedera termasuk 12 anggota polis yang bertugas.

Manakala seramai 512 individu yang terlibat dalam perhimpunan itu ditahan pada hari kejadian.

- Posted using BlogPress from my iPad

Sunday, May 20

18SX : MACAM NIE PUN JADI? CIBAI


Apa nie yang bebudak dua ekoq nie buat kat atas buaiyan nie.Adakah kita mahu budaya ini berkembang tanpa pengekangan dari pihak yang sepatutnya.Ambiga telah membawa budaya ini masuk kesini dan antara sedar atau mesti ada halangan dari pihak yang berwajib....

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, adalah haram bagi umat Islam menyokong Datuk S.Ambiga kerana Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih) itu merupakan pejuang tegar kepada amalan seks songsang di negara ini.

Sehubungan itu, beliau yang juga tokoh agama berkata, umat Islam yang terlibat dalam perhimpunan Bersih wajib malu kerana dikepalai oleh pejuang yang menyokong perkara bercanggah dengan agama.



Video dibawah oleh TIBAI pulak dedahkan Anwar ada hubungan dengan pelajar lelaki yang disebuah universiti...Dua ekoq nie anwar dan ambiga perlu dinyahkan dari bumi bertuah Malaysia..


Tuesday, May 15

VIDEO : BEKAS TENTERA DAH MULA GERTAK AMBIGA DIRUMAHNYA?



Ambiga telah dimalukan sekali lagi dihadapan rumahnya sendiri dengan tarian pungkoq oleh Persatuan Veteran Tentera Melayu Selangor dan Wilayah Persekutuan (PVTM) .Kira-kira 10 ahli PVTM membuat senaman 'menonggeng' pada pukul 8.30 pagi sambil menggelarkan Ambiga dengan 'musuh negara' yang telah merosakkan imej Malaysia.

Ambiga kemudiannya keluar dari rumahnya untuk menerima poster yang diberikan oleh kumpulan berkenaan.Nampak sangat Ambiga nie dah ketaq dengan ugutan yang diterima,Ingat berani sangat sampai dah diiktiraf sebagai Srikandi PKR apa kejadah relevan Srikandi, kalau macam nie pun tak berani berdepan.

Kumpulan itu kemudiannya disambut oleh Ambiga yang muncul di pintu pagar rumah tersebut dan menjemput mereka menjamah satu hidangan minuman ringan, apabila gimik tersebut berakhir kira-kira 15 minit kemudian.Mohd Ali bagaimanapun menolak jemputan Ambiga dan menyerahkan salah satu sepanduk yang dibawa mereka kepada Ambiga.

"Kami orang Melayu orang Islam, kami minum air suam."Saya mahu hadiah (kad manila) sama awak, awak serah pada Anwar. Saya beri amaran supaya awak jangan buat lagi masalah kepada negara.

"Kami akan bertindak jika kamu merosakkan nama negara," kata Mohd Ali, yang juga dikenali dengan gelaran 'Ali Tinju', ketika berdepan dengan Ambiga.

Acara senaman PVTM pagi ini merupakan demonstrasi kedua yang diadakan di hadapan rumah pengerusi bersama BERSIH itu dalam masa seminggu, selepas demonstrasi oleh peniaga burger anjuran Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia pada 10 Mei.

PVTM juga sebelum ini hadir bersama NGO Suara Anak Muda 1Malaysia dan Kelab Mahasiswa 1Malaysia turut membuat laporan polis di balai IPD Dang Wangi untuk menuntut kerajaan mengambil tindakan terhadap Ambiga dan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengetuai himpunan BERSIH.

Thursday, May 10

VIDEO : PROTES DEPAN RUMAH AMBINGAI.


Komen wakil NGO dari IKHLAS, Mohd Ridzuan Abdullah mengenai protes aman yang diadakan di hadapan rumah Ambingai

SEJAK BILA PULAK AMBIGA JUAL BURGER?



Sekumpulan peniaga kecil hari ini 'berkhemah' di luar rumah Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) Datuk Ambiga Sreenevasan di Bukit Damansara dan membuka gerai burger.


Kumpulan peniaga yang mahu dikenali sebebagai Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), itu mahu menuntut gantirugi yang didakwa dialami mereka ketika himpunan BERSIH pada 28 April lalu.

"Kita mahu tuntut kerugian dan mahu dia jawab. Siapa lagi yang mahu bayar ganti rugi kepada peniaga yang miskin ini?" kata presidennya Mohd Ridzuan Abdullah.

Menurut beliau, tindakan simbolik itu bagi menyedarkan Ambiga bahawa himpunan BERSIH 3.0 telah menyusahkan orang ramai. Burger yang digoreng itu bagaimanapun tidak dijual tetapi diberikan secara percuma.

IKHLAS memperuntukkan kira-kira 200 burger untuk diagihkan kepada orang ramai secara percuma. Mereka juga pernah berdemo di hadapan Kompleks Pertama 5 Mei lalu menuntut Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan terhadap Ambiga.

Sunday, May 6

MAMPUS HANG AMBIGA KALI NIE?



Sebuah laman web baru diwujudkan, dearambiga.com, dipercayai dilakukan oleh sekumpulan penyokong tegar Bersih bagi mendesak Ambiga S agar menghentikan campurtangan daripada pemimpin-pemimpin Pakatan Haram. Di dalam laman web berkenaan tertera video Benjy Lim membelasah Anwar Ibrahim sebelum beliau dihalau keluar.


Ruangan petisyen dalam bentuk e-mail juga disediakan bagi penyokong-penyokong Bersih untuk menyatakan bantahan mereka ke atas campurtangan Pakatan Haram. Penyokong Bersih juga disediakan mesej "standard" yang disediakan seperti di bawah atau menulis sendiri isi hati mereka:
Dear Ambiga,
        
        I, like you, believe Bersih should be an independent NGO by the People for the People - of all races, areas, and political views. Our aim is to constantly improve the Election in this country, not support any particular person or group. But, it's disappointing how we have let politicians hijack our movement for themselves.
        
        Just look at what happened at Bersih 3.0 when some Pakatan Rakyat bosses took advantage of our noble cause for their own political interests.  First, they tried to rally the crowd with partisan speeches and chants like 'tumbang BN' which we had decided not to allow. Then, far more seriously for our reputation, they picked a fight with the police by urging their supporters to force their way into Dataran Merdeka!
        
        Because of their petty actions PR has dirtied the name of Bersih and diluted our message.  Enough is enough! It's time to claim back our movement from the politicians. Please reassure me and all other Malaysians who support Bersih that you and the steering committee will do everything possible to make this happen.
        
        Kind regards,
        
        A Bersih supporter   
Apakah ini bermakna berakhirnya hubungan cinta di antara penyokong-penyokong Bersih dan pemimpin-pemimpin Pakatan Haram. Hanya masa yang akan menentukannya.

Tuesday, May 1

DEY KARAWALEY LIDAH MACAM HARAM?



Ambigai pengerusi perhimpunan bersih nie boleh dianggap lidah bercabang macam bewak menyatakan dan berjanji macam haram apabila perhimpunan bersih akan berjalan dengan aman akan tetapi kini telah berakhir dengan keganasan yang amat terlampau sehingga boleh mencetuskan keadaan yang booelh dianggap boleh mencetuskan darurat sekitar Kuala Lumpur.

 Perhimpunan yang diterajui Ambiga yang disokong pembangkang itu telah mencalarkan imej negara di mata dunia dan memalukan masyarakat India di negara ini.Perhimpunan itu juga menjadikan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan konco-konconya menjadi desperado politik kerana perhimpunan itu gagal seratus peratus.

Pendapat bekas Ketua Polis Negara Tun Mohd Haniff Omar yang menyebut terdapat anasir komunis yang turut menyebarkan semangat bencikan polis pada perhimpunan itu.Secara senyap atau terbuka Tun Mohd Haniff perlu mendedahkan anasir-anasir tersebut demi kesejahteraan dan keamanan di negara ini.

Rakyat di negara ini yang majoritinya cintakan keamanan dan kesejahteraan amat berharap kerajaan terutamanya Kementerian Dalam Negeri akan bertindak sewajarnya dalam menangani isu keganasan yang berlaku semasa perhimpunan itu.

Thursday, April 26

KJ BALUN AMBIGA KAW-KAW PUNYA?


Jika tidak kerana penyokong-penyokongnya menguasai dewan Kelab Bukit Utama,dekat Kuala Lumpur Rabu malam , Datuk S.Ambiga boleh malu apabila Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berjaya 'screw' bos Bersih 3.0 itu dalam debat mereka berhubung pembaharuan sistem pilihan raya.

Sebagai peguam dan pernah menerajui Majlis Peguam, Ambiga hanya mampu berhujah cari segala hal kecil dan remeh untuk menyalahkan Suruhajaya Pilihanraya (SPR) dan mendesak pilihanraya ditangguhkan selagi proses membersihkan senarai pemilih gagal dilaksanakan.

Selain menuntut kesemua lapan cadangan hasil perhimpunan haram Bersih 2.0 tahun lalu, Ambiga turut membangkitkan penyalahgunaan kad pengenalan berkaitan gender dan alamat.

Isu undi pos turut dijadikan modal namun Khairy yang tampil cool sepanjang debat cukup bersedia dengan maklumat dan angka-angka bagi mematahkan hujah serta tuduhan Ambiga terhadap SPR.
kj-ambiga-crowd


Lagu lama mengkritik SPR oleh Ambiga hanya dapat sokongan pengikut beliau yang menguasai dewan kelab.Sewaktu majlis dibuka kepada penonton bertanya, beberapa orang pengikut Bersih menguasai soalan.

Malah, satu ketika seorang daripada mereka merampas mikrofon kerana mahu bertanya lebih panjang sedangkan masa diperuntukkan cuma 30 saat sahaja.

Daripada kira-kira 1,500 penonton dengan kira-kira 200 orang di luar dewan yang mengikuti debat satu sentengah jam itu menerusi skrin besar, hampir 1,000 orang adalah penyokong Ambiga.

Walaupun diasak pelbagai soalan, Khairy dapat menjawab dengan fakta dan angka menyebabkan Ambiga dan mereka yang bertanya terpaksa akur bahawa dakwaan mereka terhadap SPR bukan semuanya tepat.

kj-ambiga3-debat


Ambiga juga tidak ada point baru selepas Khairy berjaya mematahkan hujah dan dakwaannya terutama isu kira-kira 42,000 pengundi yang belum dapat dibersihkan SPR dan isu undi pos.

Menariknya, Khairy mempelawa Ambiga berjumpa dan berbincang dengan SPR bukannya dan membuat macam-macam dakwaan terhadap suruhanjaya itu menerusi sidang media sahaja.

Walaupun, pada awalnya Ambiga berkeras menyalahkan dan menyatakan rasa tidak percayanya kepada SPR, Khairy dapat menyakinkan peguam itu untuk berjumpa dan berbincang dengan SPR.

Ditemui Agendadaily selepas debat itu, Khairy berkata, debat itu berjaya membuat Ambiga mengakui bahawa pendiriannya tidak mempercayai SPR, ‘lebur’ dengan debat malam tadi.
kj-ambiga-kecoh


“Akhirnya beliau mengakui dan sedia duduk bersama dengan SPR. Ini satu kemajuan yang dia mengakui bahawa pendirian beliau yang tidak percaya pada SPR dan minta pegawai SPR letak jawatan adalah tidak munasabah,” katanya.

Katanya, rakyat dan penyokong tahu bahawa semua angka disebuat Bersih tidak boleh ditelan bulat-bulat kerana ada penjelasan yang semua harus dengar terlebih dahulu.

Bagaimanapun, ini tidak bermakna kedegilan Bersih 3.0 mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka juga pada Sabtu ini batal dengan pendirian lembut Ambiga terhadap SPR.

Ambiga menegaskan Bersih 3.0 tetap ke Dataran Merdeka walaupun di tawarkan lokasi baru di Stadium Merdeka.



Beliau beri alasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru memaklumkan lokasi itu sedangkan perhimpunan itu hanya tinggal dua hari sahaja lagi.

Kononnya jika tukar lokasi ia akan mengelirukan mereka yang hendak menyertai perhimpunan itu.

Barangkali kerana kedegilan itu juga, Ambiga terpaksa merah telinga ketika mahu meninggalkan majlis itu apabila bergema jeritan TIBAI...TIBAI...TIBAI oleh beberapa penonton yang mungkin juga nak lepas geram kerana memikirkan Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 hanya mainan politik pembangkang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebab itu ketika debat Khairy berkata, ianya bukan soal Stadium Merdeka atau Dataran Merdeka tetapi soal pilihanraya yang adil dan bersih.

Beliau tidak mempersoalkan hak Ambiga dan Bersih membangkitkan isu berkaitan SPR, tetapi adalah tidak wajar katanya rakyat diheret sama di jalanan sedangkan kerajaan masih meneruskan reformasi bagi penambahbaikkan sistem pilihan raya di negara ini.



Hakikatnya malam tadi menyaksikan Ambiga hanya menang sorak sebaliknya Khairy walaupun batuk-batuk masih mampu berhujah dengan berjaya dan mematahkan pandangan buruk Ambiga dan Bersih terhadap SPR selama ini.- 26/4/2012- OLEH ROSLAN BIAN AD

Wednesday, April 25

LIVE STREAMING - DEBAT @KHAIRYKJ -vs- @AMBIGA_S


KHAIRY -vs- AMBIGA

Bagi yang tak dapat turun KL malam ni, saksikan debat antara KP Umno, KJ dengan Pengerusi Bersih 3.0, Ambiga jam 8.00 malam ini secara live streaming dari The Club Bukit Utama Damansara di sini... (ehsan : mobtv)

Friday, November 4

Apa motif Ambiga nak demonstrasi?



Belum pernah lagi di dunia ini sebuah parti yang menguasai kerajaan demokratik dapat memenuhi seluruh cita rasa rakyat. Atas kertas, termasuk kertas undi, walaupun majoriti rakyat sokong parti pemerintah, namun ada juga tidak berpuas hati seperti yang dipamer pengikut dan penyokong parti pembangkang - tidak puas hati dengan parti pemerintah selagi mana tidak kuasai kerajaan.
Lazimnya jika kerajaan berjaya ditumbangkan, bermakna pemikiran rakyatnya kurang bertamadun atau mereka tidak memahami maksud istilah demokrasi yang sebenarnya. Di sebalik pelbagai slogan mengenai jalinan kemesraan antara kaum, demokrasi kita sebenarnya sangatlah rapuh dan kompleks. Sekiranya kita tidak pernah dijajah oleh mana-mana kuasa Barat, tetapi akhirnya memilih untuk mengamalkan sistem demokrasi dan Raja Berparlimen seperti hari ini, sudah tentu hak mengundi, hak mewakili rakyat dan hak menubuhkan parti politik terletak semata-mata di tangan orang Melayu.
Maknanya jika mereka bertelagah sekalipun, ia sudah tentu satu golongan menuduh satu golongan lagi tidak pandai mentadbirkan negara. Soal politik perkauman, tuntutan untuk kaum dan soal sesuatu kaum ditindas tidak akan timbul sama sekali.
Suka atau tidak, orang Melayu ini adalah satu bangsa yang baik. Kalau tidak masakan mereka sanggup berkongsi kuasa dengan kaum pendatang hanya kerana British enggan mendengar tuntutan kemerdekaan.
Hari ini sementara masih ramai yang asal-usul keturunannya daripada kaum pendatang bersikap patriotik dan tidak terlalu ghairah mempertahankan apa juga yang berpaksi pada akar keturunannya, sebaliknya menerima Malaysia sebagai sebuah negara mereka dan rela dikenal pasti sebagai bangsa Malaysia, terdapat juga segelintir yang tidak sedar diri dan menuntut yang bukan-bukan.
Tidak cukup dengan hal tersebut, mereka menggunakan pertembungan politik di antara dua golongan besar Melayu agar terus berpecah dan bertelagah sesama sendiri bagi memastikan agenda mereka tercapai.
Lebih serius ialah terdapatnya bukti bagaimana golongan ini mahu mengakhiri dominasi Melayu dalam politik dengan menjatuhkan kerajaan yang mana UMNO adalah tonggaknya. Tentulah agak pelik bagaimana seorang keturunan India seperti Ambiga berperi-peri mahu memperjuangkan perihal perjalanan dan pentadbiran pilihan raya di negara ini sehingga sanggup ambil pelbagai risiko peribadi dan memperjudikan keselamatan awam.
Lebih menghairankan seorang yang bukan sahaja pengamal undang-undang, tetapi pernah memimpin Bar Council tidak menghormati undang-undang. Memang benar Perlembagaan jamin hak untuk berhimpun dan bersuara. Tetapi Perlembagaan juga menyatakan syarat tertakluk kepada tahap keselamatan.
Ambiga atau Mat Sabu, atau sesiapa sahaja bukanlah orang yang layak menentukan soal keselamatan. Ini kerja polis. Sebab itu Akta Polis memperuntukkan kuasa memberikan permit perhimpunan dan menangkap mereka yang berhimpun tanpa permit. Ini undang-undang. Suka atau tidak, Ambiga, Mat Sabu, seluruh AJK Bersih 2.0 dan sesiapa saja menyokong perlu hormati dan fahami undang-undang. Kalau perkara semudah ini pun susah untuk mereka hormati, bagaimana mahu menjadi pemimpin rakyat?
Nampaknya Ambiga bukan saja tak faham, tak hormat dan memperlekeh kedaulatan undang-undang negara, malah turut tidak hormat nasihat Ketua Polis Negara apabila tetap berdegil mahu meneruskan demonstrasi. Dalam hal ini nampaknya Ambiga berlagak lebih hebat dan lebih penting daripada Perdana Menteri.
Di benak kita, persoalan popular ialah kalau belum dapat kuasa sudah berlagak sedemikian, macam mana kalau dapat kuasa?
Inilah dia. Sejarah sering memperlihatkan bagaimana sikap sesuatu bangsa apabila tersepit dan apabila mereka bebas serta menjadi orang kaya dan bergelar intelektual pula, mereka mudah lupa daratan. Bukankah cerita ini pernah menjadi salah satu bidalan popular dalam kamus pepatah bangsa Melayu?

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive