Thursday, June 14

PANAS : AMBIGA SAHKAN BERSIH TERIMA DANA ASING?


Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S. Ambiga mengesahkan bahawa badan bukan kerajaan (NGO) itu telah menerima sumbangan sebanyak RM90 ribu bagi tujuan menganjurkan perhimpunan BERSIH.

Beliau menyatakan jawapan itu secara ringkas di laman sembang bersama 'Yahoo News Malaysia' yang bermula pada jam 3 petang tadi.

Soalan: Berapa banyak sumbangan telah diterima daripada badan asing untuk Bersih?

Jawapan: Kami telah menerima kira-kira RM90 k + untuk projek tertentu ke atas persempadanan yang telah digunakan pada tahun lepas. Kami tidak menerima sebarang bantuan kewangan asing lain.

Sebelum ini wujud pelbagai dakwaan bahawa penganjur BERSIH menerima sumbangan dana asing bagi menampung kos penganjuran perhimpunan haram tersebut meliputi tambang, makan minum, sewa hotel dan elaun harian peserta.

Malah terdapat beberapa pihak telah meminta supaya dakwaan daripada media cetak, laman sosial dan blog mengenai sumbangan ini disiasat secara terperinci.

Sesi interaksi selama satu jam antara Ambiga dan pengguna laman maya itu tadi rata-ratanya berkisarkan perhimpunan BERSIH 3.0 yang berlangsung di ibu negara tempoh hari.

Antara soalan lain yang diajukan termasuk "Adakah BERSIH mahu menjadi sebuah parti politik?, "Anda merupakan seorang peguam dan tahu mengenai undang-undang, adakah dengan penganjuran BERSIH anda telah melanggar undang-undang?", "BERSIH telah mencalarkan imej negara, adakah dengan cara itu anda dapat apa yang dikehendaki daripada kerajaan?".

Perhimpunan BERSIH 3.0 lalu telah bertukar kecoh apabila para peserta bertindak merempuh halangan polis di Dataran Merdeka memaksa pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan menangkap peserta kerana melanggar perintah mahkamah.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussien mengesahkan seramai 24 orang peserta telah cedera termasuk 12 anggota polis yang bertugas.

Manakala seramai 512 individu yang terlibat dalam perhimpunan itu ditahan pada hari kejadian.

- Posted using BlogPress from my iPad

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive