Friday, June 22

MAMPUKAH TENG CHANG YEOW MEMBAWA PERUBAHAN? @BNPENANG


Lihat Bagaimana Teng Chang Yeow Tawan Jiwa Orang Pulau Pinang

Selepas Teng Chang Yeow memegang tampuk kepimpinan BN Pulau Pinang, semangat BN kelihatan lebih cerah dan ceria, yang sebelum ini Pakatan Rakyat selalu mengejek Parti Gerakan sebagai sebuah parti “hidup segan mati tak mahu” seperti “nyawa-nyawa ikan!”, hari ini tiba-tiba seperti termakan ubat “Viagra” menjadi keras, “sebuah parti yang meyelam dalam air” tiba-tiba timbul semula, sebuah parti yang sebelum ini saling bertaring kini mereka berdamai semula menyebabkan semua orang tercengang-cengang hairan.

Dapatkah Teng Chang Yeow buat seperti yang dilakukan oleh Tun Dr. Lim Chong Eu?Video ini adalah telah menceritakan apa yang telah dilakukan oleh Gerakan kepada rakyat Pulau Pinang.Mungkin rakyat Pulau Pinang sudah lupa kepada jasa yang telah dilakukan oleh Gerakan terutama generasi baru.MKP terharu melihat video bertemakan SATU HATI ini menyentuh perasaan.Senario politik Pulau Pinang ini unik hanya rakyat Pulau pinang sahaja yang paham dan mengerti...Lim Guan Eng tak faham kerana dia dari Melaka.

Perjalanan politik seperti sesuatu peperangan, jika dapat menambat jiwa rakyat pasti dapat memerintah, seorang panglima dan pemerintah sebelum mereka dapat menstabilkan jiwa rakyat perlu mententeramkan jiwa-jiwa perajurit mereka terlebih dahulu, jika tidak mereka akan hadapi masalah dalaman sebelum berperang di luar, ini adalah merupakan pantang besar kepada sebuah pasukan tentera.

Selepas perbalahan di antara parti DAP dan Gerakan, tiba-tiba Teng Chang Yeow dilantik sebagai pengerusi BN bagi negeri Pulau Pinang, mereka cuba menggunakan cara dan taktik atasi Koh Tsu Koon dan Ting Hock Nan untuk membelasah Teng Chang Yeow, mereka cuba melakar supaya Teng Chang Yeow menjadi pesuruh ditaktor UMNO.

Sebaliknya sikap Teng Chang Yeow juga seperti Lim Guan Eng, tidak takut dikritik ataupun dituduh. Pada masa yang sama selepas Najib memimpin UMNO, tindakan ahli-ahli komponen yang kurang bijak dan songsang telah diawasi oleh Najib, dan Najib menekankan supaya dapat menyusun semula kekuatan ahli-ahli BN dan jasa-jasa BN masa silam, serangan Pakatan Rakyat yang tidak henti-henti sebaliknya ahli-ahli parti Gerakan selama ini yang dalam keadaan senyap sepi kini bangkit semula mahu bertarung.

Gerakan Akan Tumpu Pada Polisi

Selepas Teng Chang Yeow menjadi pengerusi BN di Pulau Pinang, keadaan UMNO di negeri seperti mengikut kata, semasa Teng Chang Yeow menyusun semula jawatankuasa kerja BN di negeri Pulau Pinang, Datuk Ezemir (terjemahan Mandarin) dari jawatankuasa utama BN Pulau Pianang dikeluarkan, dan melantik Tan Ching Liang (terjemah mandarin) dari MCA sebagai ketua penerangan BN negeri Pulau Pinang.

Pada masa yang sama jika pihak UMNO, MCA dan Gerakan umumkan sesuatu yang berkaitan, tidak akan melupakan Teng Chang Yeow, ini menunjukkan bahawa Teng Chang Yeow secara keseluruhannya telah menguasai semua peringkat BN di Pulau Pinang.

Tetapi walaupun Teng Chang Yeow telah menguasai pasukan bala tenteranya, beliau masih belum dapat menawan jiwa rakyat, sebab itu beliau menegaskan BN Pulau Pinang hanya bijak sama-sama menanggung beban polisi di antara BN dan Pakatan Rakyat, tidak akan buat tindakan serangan peribadi seseorang.

Hari ini Teng Chang Yeow sering menimbulkan isu kembalikan Pulau Pinang sebagai pelabuhan bebas, mahu membina negeri Pulau Pinang sebagai pusat pelancongan dan pusat kewangan meneruskan 9 projek jalan, janji-janji bekas kerajaan Pulau Pinang yang terdahulu, sebagai polisi mesra rakyat untuk kembalikan jiwa rakyat Pulau Pinang.

Pada masa yang sama beliau menggunakan jentera BN untuk mengawasi pergerakan serta polisi Pakatan Rakyat Pulau Pinang, termasuk penjualan dan pembelian tanah-tanah, termasuk projek perumahan dan projek-projek mega, supaya rakyat Pulau Pinang nampak Gerakan bukan sahaja mahu merampas kerajaan Pulau Pinang malahan sebenarnya mahu memberi manfaat kepada rakyat di negeri Pulau Pinang.

Tidak Ada Halangan Jika Mahu Menang Kembali Beberapa Kerusi

Selepas Tsunami politik PRU 2008, semua orang mahupun ahli-ahli politik tidak dapat menjangkakan tiupan angin Tsunami itu begitu kuat, ia juga telah mengubah sejarah politik Negara kita. 4 tahun telah berlalu, kehangatan PRU Mac 2008 masih lagi belum berkurangan, dimana melalui PRU 2008 ini orang ramai telah pun sedar, orang ramai telah faham bagaimana mereka boleh tentukan nasib dan masa depan mereka, pengundi juga sudah tahu bagaimana mereka memisahkan parti yang baik dan buruk, mereka menggariskan itu semua melalui tiket undi.

Saya jangkakan kepimpinan Teng Chang Yeow yang membawa bala tentera BN yang besar di Pulau Pinang ini mungkin tidak dapat merampas kembali kerajaan Pulau Pinang, tetapi jika mahu tawan kembali beberapa kerusi, ia tiada masalah bagi mereka, tetapi kepimpinan Lim Guan Eng di Pulau Pinang, jika kerajaan Pakatan Rakyat berterusan seronok dengan berteriak marah-marah dalam politik di Pulau Pinang dan polisi yang mahu memihak kepada rakyat itu, pasti pada PRU akan datang ini ia akan lebih memihak kepada BN.

Penulis: Lee Huan

Ruangan: Opinion Yuanlun m/s C18

Tarikh: 18 Jun 2012 (Isnin)

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive