Thursday, June 7

AIK SUDAH TUKAR KA?




Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli serta pemimpin pembangkang diingatkan agar tidak melatah dan jangan menjadi pemimpin lidah bercabang berhubung pembekuan sementara pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terhadap pelajar di Universiti Industri Selangor (Unisel).

Pengerusi Biro Pelajaran Pemuda UMNO Malaysia, Mohd Gasing Saling berkata mereka perlu melihat perkara berkenaan secara positif dalam usaha membuktikan kepada umum apa yang diwar-warkan sebelum ini menjadi kenyataan.

Menurut beliau bukankah Anwar dan Rafizi begitu hebat mencanangkan pemansuhan PTPTN di seluruh negara menerusi ceramah dan sebagainya dalam usaha memberikan pendidikan percuma kepada pelajar.

“Inilah masanya untuk buktikan…tunggu apa lagi. Tunjukkan kebolehan dan kepakaran mereka dalam soal ini. Lagi pun bukankah Anwar merupakan penasihat ekonomi kerajaan negeri Selangor yang bergaji RM1. Bukankah Anwar dicanang pakar ekonomi yang hebat…. lagipun bukankah Selangor diwar-warkan negeri maju, ada aliran tunai berbilion ringgt. Apa lagi yang mahu ditunggu dan sepatutnya pembekuan berkenaan tidak menjadi masalah.

“Sebaliknya merupakan satu kesempatan yang terbaik untuk mengotakan apa yang dikatakan itu. Janganlah melalut dan buat pelbagai dakyah yang tidak tentu hala. Takkanlah ketika tabur janji tidak ada perancangan,“ katanya kepada UMNO-Online.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memutuskan untuk menangguhkan pinjaman kepada pelajar Universiti Selangor (Unisel) buat sementara waktu.

PTPTN dalam kenyataan media pada Rabu berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira desakan parti pembangkang supaya pinjaman tersebut dimansuhkan dan pendidikan percuma diperkenalkan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini.

Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli dilaporkan berkata menteri pengajian tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin perlu meletak jawatan sekiranya terbukti benar bahawa menteri tersebut mengarahkan supaya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional menghentikan pinjaman kepada siswa Universiti Selangor selain menyifatkannya sebagai perbuatan dendam.

Gasing seterusnya menambah, itulah harga yang perlu dibayar oleh pemimpin PKR yang hanya pandai dan bijak menabur janji tetapi tidak ada perancangan yang cukup baik dalam memastikan agenda pendidikan negara terus cemerlang.

“Saya tidak hairan dan tidak pelik jika perkara ini dijadikan bahan cerita dan alat untuk memburukkan kerajaan pusat khususnya BN. Yang penting bagi mereka adalah undi dan bukannya kepentingan pelajar.

“Sebab itu kita mintalah rakyat melihat secara mendalam bagaimana janji bulan dan bintang yang keluar daripada pembangkang hanya sekadar kosmetik politik dan sandiwara untuk mendapatkan undi semata-mata.

“Jika mereka ikhlas sepertimana yang saya katakan tadi, inilah dan masa yang sesuai untuk membuktikan apa yang diwar-warkan sebelum ini untuk memberikan pendidikan percuma menjadi satu realiti. Lagi pun bukankah mereka ada bekas Menteri Kewangan yang bergaji RM1,” katanya. -MediaUMNO


- Posted using BlogPress from my iPad

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive