Saturday, June 30

PARKING KANCIL GUAN ENG PERLU MINTA MAAF?


Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri, Oh Tong Keong menyifatkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) harus dipertanggungjawabkan atas kerugian bersabit keputusan meroboh parkir bertingkat di Bukit Bendera.

Malah Tong Keong menggesa agar Ketua Menteri Lim Guan Eng memohon maaf kepada rakyat di negeri itu kerana telah mengakibatkan pembaziran wang rakyat berjumlah RM5 juta ekoran kelemahan pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang.

"Pemuda BN negeri kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab oleh pihak PDC dan MPPP atas pembinaan tapak parkir yang tidak mematuhi syarat akibat tiada pemantauan serius.

"Akhirnya, tapak parkir kini diroboh bernilai RM5 juta di bawah peruntukkan Kementerian Perlancongan, rugi begitu sahaja," kata beliau.

Kontroversi parkir bertingkat Bukit Bendera ditamatkan pada Disember tahun lalu setelah Exco kerajaan negeri mengambil keputusan untuk merobohkan bangunan tersebut dan digantikan dengan bangunan yang baru di mana akan menelan belanja sebanyak RM8 juta.

Malah Guan Eng terdahulu turut mendakwa projek kerajaan Persekutuan itu telah diluluskan pada September 2007 dan diserahkan kepada PDC sebagai agensi pelaksana.

Tong Keong selain itu menuding jari kearah kerajaan negeri Pulau Pinang yang gagal melakukan pemantauan projek itu yang kini terpaksa menggunakan lebih banyak dana awam untuk pembinaan semula.

"Sekiranya, pihak Kerajaan Negeri mengambil langkah dengan pemantauan yang sewajarnya, sudah tentu wang kos RM8 juta dapat dijimatkan untuk melaksanakan banyak rumah kos rendah," katanya lagi.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive