Wednesday, June 20

Ahli Parlimen PAS Setuju Projek Lynas- Dr Che Rosli Che Mat.



Kantoi jugak PAS kali nie dengan kenyataan yang telah diberikan oleh Ahli Parlimen mereka sendiri,ibarat terkena tikaman dari belakang puak PAS nie.Lepas nie sah tindakan pastinya diambil oleh pucuk pimpinan PAS untuk menjatuhkan Dr Rosli Che Mat.Fauziah pastinya malu sakan kerana hanya beliau yang lantang bersuara dan protes Lynas nie.Fauziah bukannya Pakar macam Dr Rosli nie macam mana rakyat boleh pecaya lagi kepada Fauziah.Guan eng bila pulak nak bersuara pulak MKP dok tunggu nie?
Anggota Parlimen Hulu Langat daripada Pas, Dr Che Rosli Che Mat yang juga seorang pakar nuklear sekali lagi menjelaskan bahawa tahap radiasi projek kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang adalah di tahap yang rendah. 
Che Rosli berkata beliau berpuas hati dengan pembentangan Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Mengenai Projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Dewan Rakyat, Selasa. 
"Saya berpuas hati dengan pembentangan ini sebab jawatankuasa ini mengutip pandangan dan masalah masyarakat. Sebagai contoh kalau kita baca laporan di muka surat 17 dan 18 di dalam laporan itu memang betul. 
"Itu bagus dan saya setuju. Tahap daripada segi radiasi memang rendah, itu saya tahu sebab saya sendiri yang mengukur (tahap radiasi). Perkara lain saya tidak berani komen... saya tidak berani sebut sama ada Lynas selamat atau tidak," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen, Selasa. 
Pada Ogos tahun lepas, Dr Che Rosli mengakui bahawa projek Lynas adalah selamat dan tidak seperti dakwaan Anggota Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang juga naib presiden Parti Keadilan Rakyat. 
Sebelum ini, dalam satu sesi temu bual dengan sebuah televisyen swasta (TV3)Dr Che Rosli berkata tindakan segelintir pemimpin pakatan pembangkang yang mendakwa projek berkenaan sebagai satu ancaman kepada rakyat adalah tidak lebih daripada sekadar meraih kepentingan politik. 
Beliau turut ditanya mengenai pemberian lesen sementara kepada Lynas untuk beroperasi dan menyifatkan tindakan sedemikian adalah betul.UMNO ONLINE
klik untuk melihat video yang ada mengenai lynas oleh Sembang 


Rakyathttp://www.youtube.com/watch?v=uM5C6HkX9Pc&feature=plcp

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive