exponegaraku

Tuesday, June 26

ADUN DAP R.S.RAYER TAK PEDULI RAKYAT YANG MENGUNDINYA? @HishammuddinH2O


Aduan masyarakat setempat mendakwa bahawa adun DAP YB. R.S.N Rayer - ADUN Seri Delima, Pulau Pinang tidak mempedulikan pengundi yang telah mengundinya pada PRU 12 yang lalu.Inilah sikap pemimpin yang dok ada kat Penang nie.Tugas mereka hanya nak memburukkan Kerajaan BN yang memerintah akan tetapi kawasan sendiri bukan depa ambil peduli.......Aduan rakyat MKP ambil dari Utusan: 
Saya ingin membawa kepada kadar jenayah yang semakin meningkat di kawasan Taman Tun Sardon dan Minden Heights di Pulau Pinang 
Baru-baru ini, rumah kawan baik saya di Minden Heights telah dipecah masuk. Bagaimanapun pihak polis tidak membuat sebarang tangkapan atau memberikan apa-apa maklumat lanjut berhubung kes itu. 
Selain itu, terdapat banyak cerita kes ragut yang berlaku setiap hari dan mangsa ragut yang dicederakan dan sekali lagi, pihak polis gagal untuk bertindak mengenai perkara ini.
Apa yang lebih membimbangkan ialah terdapat rumah setinggan di sekitar kawasan ini yang mempunyai pendatang perumahan haram dan pengedar dadah yang diketahui tetapi tiada tindakan diambil untuk menghentikan masalah ini. 
Kebanyakan penduduk di Taman Tun Sardon di mana saya tinggal menyedari tindakan mereka dan membuat laporan ke pihak polis berulang kali tetapi tiada tindakan yang diambil. Beberapa pendatang haram dan pengedar dadah dikenali tinggal di kawasan Gelugor. 
Selain itu, penduduk-penduduk di Taman Tun Sardon juga hairan mengapa YB. R.S.N Rayer - ADUN Seri Delima, Pulau Pinang, salah seorang ahli parti yang memerintah Pulau Pinang yang mempunyai keluarga di kawasan Gelugor tidak mengambil sebarang usaha untuk menghapuskan kes-kes jenayah ini. 
Beliau pasti menyedari kes-kes ini melalui ahli keluarga beliau. Saya juga difahamkan bahawa beberapa penduduk di Minden Heights telah menemui beliau berkaitan isu ini tetapi masih tiada penyelesaian. 
Kami sebagai penduduk di kawasan ini sentiasa hidup dalam ketakutan tetapi kami tidak mempunyai kuasa untuk melakukan sesuatu sekiranya pihak polis dan ADUN sendiri tidak membuat apa-apa.UM
MKP Ayat Sempoi :Harap Datuk Seri Hishammuddin tolong tengok sikit anggota Polis yang dimaksudkan oleh pengadu?

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive