Friday, June 29

MAYA KARIN MENANGIS JERMAN KALAH?


Ini adalah artikel yang pertama mengenai #EURO2012 dari MKP.Frust tertungging sebab MKP adalah peminat setia Jerman.Tapi apa nak buat sudah takdir menentukan segalanya walaupun kalah MKP tidak akan menjadi lalang dan menyokong pasukan lain.Yang sudah biarlah ianya berlalu.adat permainan mesti ada kalah dan pemenangnya.So tahniah kepada Itali melangkah ke perlawanan akhir.Maya Karin sabar ye?

Itali mengetepikan Jerman 2-1 untuk mara ke final bertemu dengan juara bertahan Sepanyol.

Dalam pertemuan yang mendebarkan, Itali mendahului Jerman 2-0 sebelum lawannya itu menjaringkan gol tunggal pada minit-minit terakhir pertemuan, menerusi tendangan penalti.

Kedua-dua gol Itali dijaringkan oleh Mario Balotelli pada minit ke-20 dan 36. Dua jaringan ini amat mengejutkan peminat-peminat Jerman dengan beberapa penonton di Stadium Warsaw menitiskan air mata.

Sementara Jerman bekerja keras mencari gol, Mesut Ozil menjaringkan gol pasukannya menerusi penalti.

Jerman dan Itali bekerja keras untuk mengisi satu slot ke final Euro 2012 di Stadium Warsaw.

Jerman selaku pilihan kedua Euro 2012 bukan sahaja turun untuk mengulangi sejarah mara ke final empat tahun lalu, sebaliknya mahu menamatkan badi kekalahan ke atas Itali.

Itali pula mahu meneruskan peningkatan prestasi selepas permulaan hambar pada awal saingan disamping memasang impian untuk mengulangi sejarah pada tahun 1968.

Berdasarkan rekod pertemuan mereka sebelum ini, Jerman belum pernah mengalahkan Itali dalam perlawanan kompetitif dimana tewas tiga kali dan seri tiga kali dalam kancah Piala Dunia dan Kejuaraan Eropah.

1 comment:

MalizaMah said...

ikutkan saya pun sedih.. huuuu

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive