Tahniah kepada Sel13 mendedahkan 2 pucuk surat yang membuktikan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Hussin menyalahgunakan kedudukkannya dengan memberi rekomendasi agar firma guaman dimana anak buahnya sendiri mempunyai kepentingan, dilantik menjadi panel guaman anak syarikat milik kerajaan negeri.
Sumber dari pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan mengesahkan bahawa surat itu (berdasarkan nombor rujukan) adalah surat yang tulen!!
Pengesahan bahawa Zeenat Asyiqin Binti Dato’Ahmad Zaki adalah anak kepada abang Faekah sendiri, Dato’ Ahmad Zaki Hussin yang juga bekas Ketua Pengarah Badan Pencegahan Rasuah (BPR) yang mula dilantik pada 1999 sehingga 2003.
Zaki baru-baru ini menjadi tumpuan media dalam isu berkaitan siasatan BPR ke atas pemilikan harta tidak munasabah yang didakwa ke atas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali pada 1995.
Jadi amat penting disini untuk Faekah tampil dengan sidang media menjawab persoalan ini. Soal sama ada anak syarikat kerajaan negeri berkenaan telah melantik syarikat guaman yang dikaitkan, itu bukan isunya disini, isunya disini kredebiliti Faekah secara automatiknya hancur sebaik beliau membuat surat sokongan untuk syarikat yang diketahui ada kepentingan saudara maranya.
Mungkin ada sebab yang kukuh kenapa Timbalan Presiden PKR, YB Azmin Ali begitu hebat menyerang Faekah kebelakangan ini. Mungkin beliau sudah nampak beberapa tindakan Faekah.
1 comment:
Ada kah kemungkinan itu Agenda Anwar Ibrahim untuk membalas 'jasa'..
Post a Comment