Monday, June 25

Demo anti-Lynas hambar, hanya 500 hadir.


Kira-kira 500 penunjuk perasaan berjaya melepasi sekatan polis dan mula berhimpun di Zon Perindustrian Gebeng bagi membantah loji penapisan nadir bumi Lynas yang dijangaka akan diberikan lesen untuk beroperasi tidak lama lagi.

Ini di sebalik sekurang-kurangnya tiga sekatan polis di laluan jalan utama yang didirikan kira-kira 4 kilometer dari kawasan kilang Lynas.

Menurut seorang anggota polis yang tidak mahu namanya disiarkan, pihaknya hanya menahan mereka yang berpakaian 'hijau' tetapi orang ramai bebas memasuki ke kawasan industri berkenaan.

Seawal jam 10 pagi, lebih 200 peserta Himpunan Hijau Occupy Balok-Gebeng yang berkampung di Pantai Balok sejak malam semalam mula bertolak menuju ke kilang Lynas.

Mereka berarak dengan membawa sepanduk dan berjalan seolah-olah menghadiri majlis pengkebumian mengikut adat masyarakat Cina dengan membawa sepanduk hitam, yang antaranya berbunyi 'Lynas Get Out Now', 'BN, remove Lynas or We remove you', 'Vote Out The Government Who Brings Lynas'.

Antara yang dihalang itu termasuk kumpulan yang diketuai timbalan presiden PAS Mohamad Sabu. Beliau diminta untuk berpatah balik oleh anggota polis yang mengawal di sekatan tersebut.

Jalan pintas

Bagaimanapun, kumpulan peserta itu mencari jalan pintas dan berjaya memasuki kawasan komersial Gebeng untuk menyertai acara protes mereka.


Turut kelihatan beberapa pemimpin yang turut berucap daripada satu pentas yang didirikan di bahagian belakang sebuah lori.

Selain Mohamad Sabu, pemimpin lain yang hadir termasuk Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan beberapa wakil rakyat Pakatan.

Setelah berhimpun kira-kira sejam setengah dan diarahkan polis supaya bersurai peserta yang berjumlah kira-kira 500 orang itu akur dan bersurai dengan aman.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusof yang ditemui di lokasi berkata pihaknya tidak melarang penganjur dan peserta Himpunan Hijau Occupy Gebeng- Balok untuk berhimpun secara aman.Namun, menurutnya, penganjur hari ini tidak mengikut peraturan dan tidak mempunyai permit serta kebenaran daripada polis.

"Mereka boleh membuat aktiviti khususnya dalam dewan tetapi tidak untuk berarak di jalan raya mengganggu lalu lintas.. lagipun tempat berhimpun tidak sesuai.

Tak ikut peraturan!!!!!!

"Mereka melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 dan sepatutnya membuat permohonan permit sekurang-kurangnya 10 hari lebih awal dan bukannya dua hari sebelum perhimpunan bermula," katanya.

Ditanya sama ada pihaknya akan mengambil tindakan ke atas penganjur, beliau berkata, polis akan meneliti semua aspek dan akan bertindak bergantung kepada keadaan.

Beliau juga menafikan bahawa anggota FRU ditempatkan di kawasan kilang Lynas yang bertujuan menakut-nakutkan peserta seperti yang didakwa oleh pembangkang.

"Yang kawal semua anggota Polis Kuantan," katanya lagi.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive