Bekas Menteri Besar Perak itu turut menyifatkan Datuk Seri Najib Razak sebagai pemimpin yang terdesak sehingga sanggup merendahkan dirinya untuk meraih undi kira-kira 70,000 pemandu teksi di negara ini.
"Ini satu rasuah yang amat dasyat. Saya cukup kesian kepada Datuk Seri Najib sebenarnya. Sampai ke tahap merendahkan dirinya pergi ke pihak 70,00 pemandu teksi. Ini satu rasuah yang terlalu jelas," katanya.
Perdana Menteri pada semalam mengumumkan baucar bernilai RM520 seorang kepada 66,538 pemandu teksi seluruh negara untuk menggantikan empat tayar di bawah inisiatif program TR1Ma.
Katanya, langkah tersebut sebagai usaha menjaga kebajikan pemandu teksi selain memastikan keselamatan para penumpang.
Nizar dalam pada itu turut mempersoalkan tindakan kerajaan Persekutuan yang sebelum ini memberi permit teksi kepada syarikat teksi sehingga menyebabkan golongan itu sukar untuk mendapat keuntungan.
Beliau menuduh syarikat teksi yang terbabit menerima permit sebelum ini adalah "kroni Umno".
"Saya berasa aneh kenapa syarikat-syarikat yang diberikan lesen, kadangkala sehingga dua atau tiga puluh lesen. Syarikat ini adalah kroni-kroni Umno," katanya lagi.

MKP Ayat Sempoi : Lahanat musibat punya Nizar nie,,,Patut dikenakan tindakan kerana suka menghina kebaikkan orang demi mencapai "Politic Millage"
No comments:
Post a Comment