Saturday, June 9

Guan Eng Cuba Menegakkan Benang Yang Basah?


Ketua Menteri Paling celaka dalam sejarah Pulau Pinang, Lim Guan Eng dilihat cuba 'menegakkan benang yang basah' apabila mempertahankan tindakan kerajaan negeri meluluskan 38 projek pembinaan di kawasan lereng bukit di negeri itu.

Beliau mendakwa projek itu membabitkan ketinggian kurang daripada 250 kaki dan membandingkannya dengan lapan projek perumahan lereng melebihi ketinggian itu yang diluluskan oleh kerajaan negeri BN sebelumnya.

Untuk menguatkan hujahnya, Guan Eng berkata kerajaan negeri Pakatan Rakyat hanya meluluskan projek pembangunan dengan garis panduan pembangunan keselamatan cerun bukit yang ketat.

Guan Eng dalam kenyataan medianya memberitahu daripada 31 buah projek pembangunan lereng bukit yang diluluskan UMNO/BN, lapan daripadanya melebihi paras ketinggian 250 kaki antara tahun 1985 hingga 2004.

Manakala tiga projek daripadanya diluluskan pada 2005, 10 projek pada 2007 dan dua projek antara Januari hingga Mac 2008.

Guan Eng membidas akhbar The Star apabila hanya menggembar-gemburkan isu pembinaan di kawasan lereng bukit di Pulau Pinang sahaja tetapi tidak di negeri lain seperti Johor dan Kuala Lumpur.

Hakikatnya, Guan Eng seolah-olah lupa bahawa Pulau Pinang adalah sebuah pulau yang terhad keluasan tanahnya dan sentiasa terdedah kepada risiko bencana alam yang tentunya memudaratkan banyak pihak.

Dalam pada itu, Pulau Pinang terus diburu kebimbangan akibat kekurangan tanah yang memaksa rakyat marhaen terpaksa keluar dari pulau itu dan membeli rumah di Seberang Perai.

Ia lantaran harga rumah di kepulauan itu yang mencecah ratusan ribu ringgit.

Exco negeri itu, Datuk Abdul Malek Kassim pulak menepis dakwaan banyak pihak yang mengatakan kerajaan negeri sepanjang empat tahun memerintah, tidak menyediakan rumah kos rendah untuk rakyatnya.

Melalui data yang dihantar Abdul Malek kepada sumber MKP, kerajaan negeri telah membina sebanyak 1,194 rumah kos rendah dan 2,227 rumah kos sederhana rendah.

Kerajaan negeri juga memperuntukkan RM500 000 untuk membina 11,800 unit rumah mampu milik pada harga RM75,000 walaupun harga pasarannya hanya bermula sekitar RM100,000 hingga RM250,000.

Malek berkata pemerintahan kerajaan negeri yang mengamalkan dasar kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan (CAT) menyebabkan banyak individu asing berminat membeli aset di negeri itu.

Namun ketika ditanya tidakkah tindakan menjual aset kepada pihak luar akan menyebabkan rakyat negeri itu ibarat 'melukut ditepi gantang', Abdul Malek enggan mengulas lanjut.

MKP juga menghubungi Ketua Pembangkang UMNO Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim bersabit isu ini.

Beliau menyifatkan kerajaan negeri Pulau Pinang sebagai tidak bertanggungjawab apabila 'menceroboh' kawasan lereng bukit untuk dijadikan kawasan kediaman.

"Kerajaan negeri tidak bertanggungjawab kerana membiarkan pemaju-pemaju menceroboh kawasan-kawasan lereng bukit menyebabkan kawasan kehijauan semakin berkurangan di Pulau Pinang," katanya.

Sehubungan itu, Azhar menyifatkan Guan Eng sebagai sampah politik dan hanya tahu menipu rakyat.

"Kerajaan Gua Eng ini hanya menipu rakyat yang hanya memikirkan tentang rumah berharga RM500 000 ke atas. Maka hari ini rakyat patut sedar bahawa orang yang dipanggil sampah politik, tidak wajar datang mentadbir Pulau Pinang. Dia tidak tahu apa-apa. Bagi saya Guan Eng sampah politik," katanya.
 

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive