Qualcomm Memperlihatkan Butiran Lanjut Tentang Cip Snapdragon C
-
Qualcomm telah memperkenalkan siri cip pemprosesan mampu-milik untuk
komputer riba dan tablet mereka, iaitu Qualcomm Snapdragon C pada
pertengahan tahun in...
Showing posts with label rumah kos rendah.. Show all posts
Showing posts with label rumah kos rendah.. Show all posts
Monday, September 24
DAP HALANG RAKYAT PULAU PINANG BELI RUMAH?
Pengerusi Lembaga Perumahan Pulau Pinang Francis Wong telah membuat pekara yang amat sukar bagi Rakyat Pulau Pinang untuk memiliki rumah mereka sendiri.Borang permohonan harus dibeli dan dihadkan kepada 3 borang sahaja.Keberangkalian untuk mendapat rumah adalah sukar kerana permohonan untuk rumah kos rendah amat tinggi di Pulau Pinang sepatutnya pihak Kerajaan Negeri yang diterajui oleh DAPig harus bersikap terbuka dan telus seperti yang mereka canangkan sebelum ini akan tetapi itu hanyalah omongan kosong sebelum mendapat kuasa.
Saturday, June 9
Guan Eng Cuba Menegakkan Benang Yang Basah?
Ketua Menteri Paling celaka dalam sejarah Pulau Pinang, Lim Guan Eng dilihat cuba 'menegakkan benang yang basah' apabila mempertahankan tindakan kerajaan negeri meluluskan 38 projek pembinaan di kawasan lereng bukit di negeri itu.
Beliau mendakwa projek itu membabitkan ketinggian kurang daripada 250 kaki dan membandingkannya dengan lapan projek perumahan lereng melebihi ketinggian itu yang diluluskan oleh kerajaan negeri BN sebelumnya.
Untuk menguatkan hujahnya, Guan Eng berkata kerajaan negeri Pakatan Rakyat hanya meluluskan projek pembangunan dengan garis panduan pembangunan keselamatan cerun bukit yang ketat.
Guan Eng dalam kenyataan medianya memberitahu daripada 31 buah projek pembangunan lereng bukit yang diluluskan UMNO/BN, lapan daripadanya melebihi paras ketinggian 250 kaki antara tahun 1985 hingga 2004.
Manakala tiga projek daripadanya diluluskan pada 2005, 10 projek pada 2007 dan dua projek antara Januari hingga Mac 2008.
Guan Eng membidas akhbar The Star apabila hanya menggembar-gemburkan isu pembinaan di kawasan lereng bukit di Pulau Pinang sahaja tetapi tidak di negeri lain seperti Johor dan Kuala Lumpur.
Hakikatnya, Guan Eng seolah-olah lupa bahawa Pulau Pinang adalah sebuah pulau yang terhad keluasan tanahnya dan sentiasa terdedah kepada risiko bencana alam yang tentunya memudaratkan banyak pihak.
Dalam pada itu, Pulau Pinang terus diburu kebimbangan akibat kekurangan tanah yang memaksa rakyat marhaen terpaksa keluar dari pulau itu dan membeli rumah di Seberang Perai.
Ia lantaran harga rumah di kepulauan itu yang mencecah ratusan ribu ringgit.
Exco negeri itu, Datuk Abdul Malek Kassim pulak menepis dakwaan banyak pihak yang mengatakan kerajaan negeri sepanjang empat tahun memerintah, tidak menyediakan rumah kos rendah untuk rakyatnya.
Melalui data yang dihantar Abdul Malek kepada sumber MKP, kerajaan negeri telah membina sebanyak 1,194 rumah kos rendah dan 2,227 rumah kos sederhana rendah.
Kerajaan negeri juga memperuntukkan RM500 000 untuk membina 11,800 unit rumah mampu milik pada harga RM75,000 walaupun harga pasarannya hanya bermula sekitar RM100,000 hingga RM250,000.
Malek berkata pemerintahan kerajaan negeri yang mengamalkan dasar kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan (CAT) menyebabkan banyak individu asing berminat membeli aset di negeri itu.
Namun ketika ditanya tidakkah tindakan menjual aset kepada pihak luar akan menyebabkan rakyat negeri itu ibarat 'melukut ditepi gantang', Abdul Malek enggan mengulas lanjut.
MKP juga menghubungi Ketua Pembangkang UMNO Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim bersabit isu ini.
Beliau menyifatkan kerajaan negeri Pulau Pinang sebagai tidak bertanggungjawab apabila 'menceroboh' kawasan lereng bukit untuk dijadikan kawasan kediaman.
"Kerajaan negeri tidak bertanggungjawab kerana membiarkan pemaju-pemaju menceroboh kawasan-kawasan lereng bukit menyebabkan kawasan kehijauan semakin berkurangan di Pulau Pinang," katanya.
Sehubungan itu, Azhar menyifatkan Guan Eng sebagai sampah politik dan hanya tahu menipu rakyat.
"Kerajaan Gua Eng ini hanya menipu rakyat yang hanya memikirkan tentang rumah berharga RM500 000 ke atas. Maka hari ini rakyat patut sedar bahawa orang yang dipanggil sampah politik, tidak wajar datang mentadbir Pulau Pinang. Dia tidak tahu apa-apa. Bagi saya Guan Eng sampah politik," katanya.
Wednesday, February 1
35,000 Rakyat Pulau Pinang Masih Merempat,Apa DAP Buat TIDO???
Kira-kira 7,000 keluarga melibatkan 35,000 penduduk Pulau Pinang dikenal pasti masih lagi menumpang di tanah milikan orang lain kerana tidak mampu memiliki rumah sendiri kerana harga rumah yang semakin tinggi.
Golongan ini menumpang di tanah wakaf, tanah rizab kerajaan dan tanah swasta dikatakan hanya menunggu masa untuk diusir keluar dari perkampungan tradisi selepas tapak yang didiami dituntut semula oleh pemiliknya.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, Kerajaan Negeri sepatutnya memberi fokus kepada masalah itu kerana mempunyai kuasa untuk melakukan pengambilan semula tanah.
“Walaupun hampir empat tahun Pulau Pinang diperintah oleh DAP namun Kerajaan Negeri dilihat gagal membina rumah kos rendah dan mampu milik untuk rakyat.
“Disebabkan tidak mampu memiliki rumah, ramai penduduk terutama Melayu terpaksa berhijrah ke Kedah dan Perak apabila tanah yang didiami diambil semula pemiliknya.
Menurutnya, sebagai kerajaan yang dipilih rakyat, Ketua Menteri, Lim Guan Eng seharusnya menjaga kebajikan semua rakyatnya termasuk menyediakan perumahan mampu milik.Janganlah hanya menjaga golongan minoriti yang mampu memiliki rumah harga tinggi
Zainal yang juga Penasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, Kerajaan Pusat sedang dalam perbincangan untuk membeli beberapa bidang tanah untuk membina rumah kos rendah dan mampu milik untuk rakyat.
Usaha itu, katanya, akan membolehkan Kerajaan Pusat membina antara 2,000 hingga 3,000 unit rumah mampu milik beberapa kawasan termasuk di bahagian pulau pada peringkat permulaan.
“Kita hanya mampu bina sebahagian dengan peruntukan yang diberikan Kerajaan Pusat. Selebihnya Kerajaan Negeri harus mengambil tanggungjawab dengan memberi perhatian serius terhadap masalah perumahan.
“Umno sangat prihatin dengan keadaan mereka yang terpaksa menumpang di tanah orang. Kita tidak boleh menyalahkan mereka kerana kebanyakannya tidak mampu membeli tanah sendiri,” katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Followers
My Blog List
-
-
KUIH BAKAR DAGING RESIPI TURUN TEMURUN - Kjee dan keluarga panggil Kuih Bakar Daging. Ada orang panggil Kuih Bakar Berlauk. Tak kesahlah nak panggil apapun. Ia memang kuih kegemaraan kam...
-
Umno today, Umdap tomorrow - Many thanks to the readers of my blog who have followed me on X. The experience on the platform so far in my first fortnight since I created an account the...
-
Cops receive reports against Rafidah Ibrahim over surau issue - Cops receive reports against Rafidah Ibrahim over surau issue PETALING JAYA: Police have received three reports against activist and actress Rafidah Ibra...
-
BUDI95: Semakan Kelayakan dan baki kuota RON95 - Kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan program penyasaran subsidi untuk petrol RON95, yang dikenali sebagai BUDI MADANI RON95 (BUDI95). Inisiatif ini membo...
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...
-
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas? - 1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British. Negeri-Neger...
-
Sekatan Sementara Dr Zakir Naik Demi Keselamatan #RespectPDRM - ------------------------------ Like | Follow | Subscribe Telegram (Please Join) Facebook (Please Like) Twitter (Please Follow) Youtube (Please Subscr...
-
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1) - Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor. 'Duduklah dengan ka...
-
-
-
-
PENAFIAN
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

