Wednesday, February 1

35,000 Rakyat Pulau Pinang Masih Merempat,Apa DAP Buat TIDO???



Kira-kira 7,000 keluarga melibatkan 35,000 penduduk Pulau Pinang dikenal pasti masih lagi menumpang di tanah milikan orang lain kerana tidak mampu memiliki rumah sendiri kerana harga rumah yang semakin tinggi.

Golongan ini menumpang di tanah wakaf, tanah rizab kerajaan dan tanah swasta dikatakan hanya menunggu masa untuk diusir keluar dari perkampungan tradisi selepas tapak yang didiami dituntut semula oleh pemiliknya.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, Kerajaan Negeri sepatutnya memberi fokus kepada masalah itu kerana mempunyai kuasa untuk melakukan pengambilan semula tanah.

“Walaupun hampir empat tahun Pulau Pinang diperintah oleh DAP namun Kerajaan Negeri dilihat gagal membina rumah kos rendah dan mampu milik untuk rakyat.

“Disebabkan tidak mampu memiliki rumah, ramai penduduk terutama Melayu terpaksa berhijrah ke Kedah dan Perak apabila tanah yang didiami diambil semula pemiliknya.

Menurutnya, sebagai kerajaan yang dipilih rakyat, Ketua Menteri, Lim Guan Eng seharusnya menjaga kebajikan semua rakyatnya termasuk menyediakan perumahan mampu milik.Janganlah hanya menjaga golongan minoriti yang mampu memiliki rumah harga tinggi

Zainal yang juga Penasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, Kerajaan Pusat sedang dalam perbincangan untuk membeli beberapa bidang tanah untuk membina rumah kos rendah dan mampu milik untuk rakyat.

Usaha itu, katanya, akan membolehkan Kerajaan Pusat membina antara 2,000 hingga 3,000 unit rumah mampu milik beberapa kawasan termasuk di bahagian pulau pada peringkat permulaan.

“Kita hanya mampu bina sebahagian dengan peruntukan yang diberikan Kerajaan Pusat. Selebihnya Kerajaan Negeri harus mengambil tanggungjawab dengan memberi perhatian serius terhadap masalah perumahan.

“Umno sangat prihatin dengan keadaan mereka yang terpaksa menumpang di tanah orang. Kita tidak boleh menyalahkan mereka kerana kebanyakannya tidak mampu membeli tanah sendiri,” katanya.

1 comment:

Wak Labu Farm said...

Wak rase melayu P Pinang ni dah pun merempat mase zaman pemerintahan Lim Chong Eu dulu hingga ke hari ini.

Mana logik nya melayu boleh merempat dalam masa tak sampai pun satu penggal DAP memerintah?

Melayu merempat ni bukan di P Pinang saje tapi dalam negeri2 yang di perintah UMNO semenjak mula merdeka pun masih lagi ramai.

Tak nampak ke ber duyun2 melayu merempat menerima sedekah RM500 berbaris2 di tengah panas. Itu semua melayu merempat le name nye.

Istilah pendapatan seisi keluarga kurang RM3000 itu boleh dikatakan bukan untuk satu bulan, tapi majoriti nya 1 tahun!

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive