Wednesday, February 1

@PDRMsia Siar Gambar KPN di London Tolak Khabar Angin.



Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menyiarkan beberapa keping gambar Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ketika berada di New Scotland Yard, London dalam laman sosial Facebook bagi membuktikan bahawa beliau dalam keadaan sihat.


Enam keping diambil semasa lawatan kerja di New Scotland Yard itu jelas menunjukkan Ismail berada dalam keadaan sihat dan ceria, sekali gus menafikan khabar angin mengatakan beliau sudah meninggal dunia yang disebarkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), laman sosial dan Twitter semalam.

Gambar-gambar tersebut menunjukkan beliau menerima momento daripada pegawai Scotland Yard, sedang mendengar taklimat, bergambar kenangan dengan pegawai PDRM yang menemaninya dan sekeping gambar beliau bersendirian.
Malah, sebaik sahaja gambar-gambar itu disiarkan, terdapat puluhan komen daripada pengikut laman sosial PDRM yang melahirkan rasa syukur, mengucap sejahtera dan tahniah kepada Ismail serta pasukan polis yang mengharumkan nama negara melalui lawatan kerja ke luar negara itu.
Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) PDRM, Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf memberitahu, semua gambar yang disiarkan itu baru sahaja dirakamkan semasa Ketua Polis Negara bertemu dengan polis Scotland Yard untuk mendengar taklimat mengenai Pusat Arahan Komunikasi (C3i), London.MYVO1CE.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive