Showing posts with label melayu pulau pinang. Show all posts
Showing posts with label melayu pulau pinang. Show all posts

Tuesday, October 16

ORANG PULAU PINANG BERKIBLATKAN BRITISH?


Ayat ini mungkin akan mencetuskan kemarahan bagi sesetengah pihak yang mengaku anak Jati Pulau Pinang...Fakta sejarah tidak menipu, Tapi kita sanggup menipu diri sendiri demi fahaman politik?


Wednesday, February 1

35,000 Rakyat Pulau Pinang Masih Merempat,Apa DAP Buat TIDO???



Kira-kira 7,000 keluarga melibatkan 35,000 penduduk Pulau Pinang dikenal pasti masih lagi menumpang di tanah milikan orang lain kerana tidak mampu memiliki rumah sendiri kerana harga rumah yang semakin tinggi.

Golongan ini menumpang di tanah wakaf, tanah rizab kerajaan dan tanah swasta dikatakan hanya menunggu masa untuk diusir keluar dari perkampungan tradisi selepas tapak yang didiami dituntut semula oleh pemiliknya.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, Kerajaan Negeri sepatutnya memberi fokus kepada masalah itu kerana mempunyai kuasa untuk melakukan pengambilan semula tanah.

“Walaupun hampir empat tahun Pulau Pinang diperintah oleh DAP namun Kerajaan Negeri dilihat gagal membina rumah kos rendah dan mampu milik untuk rakyat.

“Disebabkan tidak mampu memiliki rumah, ramai penduduk terutama Melayu terpaksa berhijrah ke Kedah dan Perak apabila tanah yang didiami diambil semula pemiliknya.

Menurutnya, sebagai kerajaan yang dipilih rakyat, Ketua Menteri, Lim Guan Eng seharusnya menjaga kebajikan semua rakyatnya termasuk menyediakan perumahan mampu milik.Janganlah hanya menjaga golongan minoriti yang mampu memiliki rumah harga tinggi

Zainal yang juga Penasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, Kerajaan Pusat sedang dalam perbincangan untuk membeli beberapa bidang tanah untuk membina rumah kos rendah dan mampu milik untuk rakyat.

Usaha itu, katanya, akan membolehkan Kerajaan Pusat membina antara 2,000 hingga 3,000 unit rumah mampu milik beberapa kawasan termasuk di bahagian pulau pada peringkat permulaan.

“Kita hanya mampu bina sebahagian dengan peruntukan yang diberikan Kerajaan Pusat. Selebihnya Kerajaan Negeri harus mengambil tanggungjawab dengan memberi perhatian serius terhadap masalah perumahan.

“Umno sangat prihatin dengan keadaan mereka yang terpaksa menumpang di tanah orang. Kita tidak boleh menyalahkan mereka kerana kebanyakannya tidak mampu membeli tanah sendiri,” katanya.

Thursday, December 8

INI LAH NASIB MELAYU PULAU PINANG



Walaupun nama mereka telah berdaftar dengan Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk memiliki sebuah rumah dalam projek perumahan rakyat termiskin (PPRT), sehingga sekarang rumah yang diidamkan dua ibu tunggal di Sungai Pinang di sini masih tidak diperoleh.Lebih malang, apabila rumah PPRT yang disewa daripada pihak ketiga juga diarah dikosongkan secara lisan oleh Ahli Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang.

Sudahlah tempat berteduh mempunyai masalah, tiga cucu ibu tunggal itu juga tidak bersekolah hampir dua tahun berikutan masalah kewangan.Jalal Bee Mohd. Kassim, 62, dan anaknya Zatul Iradah Othman, 38, yang juga ibu tunggal buntu dalam menangani masalah yang dialami memandangkan mereka harus menampung lima lagi anak yang berusia dari lingkungan dua hingga 15 tahun.

Jalal Bee berkata, sudah beberapa kali dia berjumpa dengan pihak berkuasa untuk meminta bantuan rumah PPRT, namun dimaklumkan tiada kekosongan dan mereka akan cuba mendapatkan secepat mungkin.

“Saya tidak putus asa apabila mereka menjawab begitu, namun saya kecewa dengan tindakan ADUN Sungai Pinang, Koid Teng Guan yang menyuruh saya mengosongkan kediaman pada 8 Disember ini berikutan tuan rumah berkenaan mempunyai tunggakan sebanyak RM6,000 kepada pihak berkuasa tempatan.

“Apa salah saya? Bukan saya yang berhutang, mengapa tidak merampas rumah itu daripada tuan rumah berkenaan dan berikannya kepada saya sebab saya ada membuat permohonan untuk memiliki rumah PPRT,”Menurut Jalal Bee, sebagai seorang wakil rakyat Teng Guan, mesti tahu yang mereka adalah orang susah yang sepatutnya dibantu.

“Anak saya, Zatul hanya bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan pendapatan sehari RM30, mana cukup untuk kami sekeluarga pergi menyewa di tempat lain tambahan pula Pulau Pinang, sewanya terlalu mahal,” ujarnya.

Sementara itu, cucu Jalal Bee, Nur Shawanie Shamsul Anuar, 15, yang sepatutnya menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tidak dapat menduduki peperiksaan itu kerana sudah dua tahun dia meninggalkan alam persekolahan.

Shawanie berkata, dia tidak dapat pergi ke sekolah kerana masalah kewangan dan juga tiada surat pertukaran sekolah memandangkan sebelum ini dia dan adik-adiknya bersekolah di Tapah, Ipoh.

“Ibu ada pergi ke sekolah untuk minta surat pertukaran namun guru di sana minta ibu menyelesaikan yuran sekolah terlebih dahulu

“Saya sedih kerana saya dan adik-adik tidak dapat belajar lagi malah kami tiada sebarang bahan untuk belajar atau mengulangkaji secara sendiri,” ujarnya.

Menurut Shawanie, dia berharap mereka dapat kembali ke alam persekolahan dan sekali gus membantu keluarga yang kini ‘jatuh di timpa tangga”.

Selain itu, Pengarah Gabungan Pelajar Malaysia Semenanjung (GPMS), Wan Norazman Arifin hadir bagi menghulurkan bantuan keperluan harian kepada keluarga tersebut.

Wan Norazman berkata, pihaknya akan memastikan tiga beradik yang tidak bersekolah itu menyambung pelajaran semula malah pihak GPMS akan menanggung kesemua perbelanjaan persekolahan mereka.



MKP kata:DAP dok pembohong selama ini membantu rakyat akan tetapi inilah sebenarnya yg berlaku.

Tuesday, November 15

Ada orang Melayu tinggal di bawah jambatan Pulau Pinang?



Mana khairat kematian yang dijanjikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang? Apakah duit RM1000 itu tersangkut dalam poket sapa-sapa? Ini bukan fitnah. Ini cerita benar daripada seorang Ketua Kampung yang tinggal di kawasan Teluk Kumbar. Borang diberikan sudah beberapa bulan yang lalu. Tapi sehingga ke hari ini, duit RM1000 itu masih tak nampak. Bila diminta jumpa dengan pemimpin PKR berkenaan yang sentiasa rapat dengan Penyelaras DUN Bayan Lepas? 
Ketua Kampung itu sudah bosan dengan sikap pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat. Bercakap gah, bantuan tak seberapa pun. Ramai lagi yang tak dapat. Jika tak ada duit jangan cakap lah. Janji pilihanraya yang dulu pun belum tertunai. Jika begini, apakah pengundi2 perlu beri undi lagi. Kami tertipu kata Ketua Kampung itu. Sejak DAP memerintah, banyak tanah di kampung-kampung Melayu sudah didirikan rumah harga ratus-ratus ribu ringgit. Orang Melayu tak mampu beli tapi kenapa dibina di kampung2 rumah jenis ini.
Mana rumah kos rendah seperti zaman BN memerintah dulu. Ada flat Taman Sahabat, ada flat Sri Gertak Sanggul, Flat Bandar Baru Perda, Flat Taman Emas dan flat Teluk Kumbar dan banyak lagi rumah flat yang tak dapat disebut di sini. Itu semua rumah2 kos rendah yang dibina semasa kerajaan BN dulu. 
Kerajaan DAP disokong oleh PAS dan PKR hanya dapat binakan rumah-rumah kos ratusan ribu ringgit untuk orang2 Melayu. Pemaju2 perumahan ketawa besar, kroni2 kerajaan PR ikut tumpang kaya sebab semua untung besar. Yang rugi orang kampung dan orang Melayu, Cina dan India yang miskin. Kira2 10 tahun lagi, akan ada orang Melayu terpaksa tidur dalam kotak2 di bawah jambatan seperti kita lihat di Jakarta dan Medan, Indonesia. Kita teramat amat yakin, suatu masa nanti akan ada si Mamat, Ah Chong dan Ramasamy akan tinggal dalam kotak di bawah Jambatan Pulau Pinang. Sebelum kita jadi seperti itu, marilah kita pastikan kerajaan PR tumbang dalam PRU yang akan datang.
 Sokong la DAP lagi!

Sunday, June 12

MELAYU PULAU PINANG HARUS BERSATU.


KEPUTUSAN kerajaan DAP Pulau Pinang untuk mengadakan pilihan raya bagi jawatan kuasa masjid di negeri itu mencetuskan bantahan daripada pelbagai pihak.

Perkembangan tersebut dilihat bakal menjerumuskan institusi masjid ke kancah politik kepartian. Ramai orang Islam di Pulau Pinang resah.

Sejak kerajaan DAP memerintah, tidak putus-putus ujian melanda umat Islam. Isu terbaru itu menjadi perhatian ramai selepas berita mengenainya disiarkan di muka surat depan akhbar Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Exco yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama, Abdul Malik Kassim dari PKR mengesahkan hal tersebut. Ekoran itu, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik membuat laporan polis terhadap laporan Utusan Malaysia mengenai isu tersebut.

Beliau yang juga Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendakwa, laporan tersebut berniat jahat. Menurut beliau, DAP tidak ada kena mengena dengan sistem pilihan raya masjid. MKP hairan mengapa Wei Aik perlu melatah. Jika DAP tidak sedikitpun terlibat, diam sahaja. Janganlah wujudkan persepsi siapa makan cili, dia terasa pedas.

Umat Islam itu umpama lidi, bila ia diikat seberkas, ia menjadi kuat dan boleh menyapu segala sampah yang ada, besar atau kecil, tetapi bila dirungkai menjadi taburan lidi, habuk sebesar hama pun ia tidak mampu membuangnya”.


Sebab itu kesatuan, perpaduan dan persaudaraan itu sangat dititik beratkan oleh Islam. Perkara pertama yang Rasulullah SAW lakukan selepas mendirikan Masjid Nabawi semasa peristiwa hijrah ialah menyatukan umat Islam Makkah-Auz-Khazraj menjadi Muhajirin dan Ansar yang bersatu sebagai satu umat - umat Islam.


Bangsa Melayu sangat bernasib baik kerana menjadi satu-satunya bangsa di dunia ini yang dikaitkan dengan agama. Ditakrifkan ciri Melayu sebagai wajib beragama Islam di bawah Perlembagaan Persekutuan. Satu-satunya bangsa yang diperakui agamanya berdasarkan undang-undang.


Namun malang umat Islam bangsa Melayu; yang punya Satu Tuhan, Satu Nabi, Satu Kitab dan Satu Kiblat, tetapi gagal menjadi satu bangsa yang bersatu. Sedangkan Allah jelas menyebut bahawa umat Islam wajib bersatu padu di bawah naungan al-Quran.


Dan yang lebih malang, bukan sekadar tidak bersatu, ada kalangan umat Islam bangsa Melayu yang bersedia menjadi barua bukan Muslim, bukan Melayu semata-mata untuk memenuhi nafsu masing-masing; yang akhirnya menyebabkan bangsa Melayu itu menjadi lemah, lesu dan layu.

Wednesday, December 29

Lembaga Perumahan ala Guan Eng


Kerajaan DAP ternyata mempermainkan dan memperbodohkan rakan rakan pakatan berbangsa melayu,Adalah tidak mengejutkan jika penubuhan Chief Minister Inc,State Sec Inc, Bukit Bendera Inc dan Lembaga Perumahan Negeri langsung tidak dibantah oleh melayu melayu bebal didalam pakatan.

Tujuan penubuhan 4 entiti ini bertujuan untuk mempercepatkan proses orang melayu agar keluar daripada Pulau Pinang.Kesemua agensi ini di pengerusikan sendiri oleh rasis chauvanist ultrakiasu Guan Eng khalifah sosialis kesayangan khawarij PAS.Inilah salah satu bukti mengapa Guan Eng digelar sebagai diktaktor dan mengamalkan undang undang draconian.


Malah segala tindakan yang diamalkan adalah bertujuan menghalalkan cara demi matlamat.Tujuan si rasis ultra kiasu ini menjadi pengerusi agar memudahkan beliau mengawal selia,merancang projek negeri dan setiap pembangunan yang bakal dibangunkan di negeri ini.Contohnya pembinaan Hub Pendidikan yang merampas tanah orang melayu di Balik Pulau.




Guan Eng menjadi penentu siapakah yang layak dan siapakah yang tidak layak untuk memiliki rumah,beliau juga menjadi penentu siapakah yang layak mendapatkan projek pembangunan kerajaan negeri.

Pisau ambil satu contoh,satu projek perumahan di Jelutong,pembeli yang mendapat sokongan tandatangan daripada YB DAP mereka layak membeli rumah dengan harga RM72ribu,jika tidak mendapat sokongan daripada YB DAP harga rumah hanya boleh dibeli dengan harga RM140ribu.


Bayangkan berapa ramai pembeli bumiputra yang ditolak permohonan untuk mendapatkan sokongan tandatangan pemimpin DAP?Jika melayu mahu memiliki rumah mereka harus membeli dengan harga yang mahal 2 kali ganda daripada kalangan penyokong DAP .Ini adalah salah satu cara untuk menghalang daripada bumiputra memilik rumah yang dilakukan secara terancang di Pulau Pinang.


Realitinya apa yang terjadi sekarang,Guan Eng menjadikan Makhamah sebagai alat untuk menghalau orang melayu dan dari segi luarannya rakyat dikaburi segala tindakan menghalau orang melayu diatas perintah makhamah dan bukannya kerajaan negeri.


Banyak kenyataan Lim Guan Eng yang memberi alasan kes merobohkan kampung kampung melayu disebabkan diatas perintah makhamah dan beliau sendiri berkata ketua menteri tiada kuasa untuk melawan perintah makhamah.Dengan tindakan tersebut Lim Guan Eng dilihat bersih dan tidak terlibat walhal realitinya beliaulah dalang disebalik kejadian merobohkan kampung dan pengambilan tanah tanah hak milik melayu melalui proses undang undang.


Begitulah liciknya Lim Guan Eng ,pemimpin melayu haprak gagal melihat realiti sebenar apa yang sedang berlaku dek kerana kebebalan dan sudah menjadi tunggangan rasmi kepada DAP terutamanya Lim Guan Eng


Strategi ini dirancang oleh DAP dan dibuat secara halus untuk menghancurkan geopolitik Melayu di Pulau Pinang.Hagemoni dan menghancurkan geopolitik orang melayu dirancang begitu rapi melalui pembabitan Lee Kuan Yew dan strategis asing yang menjadi badan penasihat kepada DAP dinegeri ini .



Dalam pada kita asyik menegur Lim Guan Eng yang terbukti menjadi agen penghalau melayu,GLC seperti UDA turut tidak membantu orang melayu di Pulau Pinang terutamanya isu rumah di tanjung tokong, mereka ini lebih melihat kepada keuntungan daripada membela orang melayu.Apa perlunya membina rumah mewah yang tidak mampu dibeli oleh orang melayu?



Apa gunanya ada GLC seperti ini? Pemimpin Umno Pulau Pinang jangan hanya retorik bercakap mengenai isu tanah,nah GLC seperti UDA didepan mata,ambillah tindakan.Buktikan rakyat didahulukan bukannya keuntungan GLC menjadi keutamaan.


Datuk Zainol dan Datuk Musa menjadi tonggak perhubungan negeri Pulau Pinang bersama Datuk Azhar yang menjadi ketua pembangkang gunalah kedudukan dan kuasa anda untuk menyelesaikan masaalah rumah orang melayu terutamanya di sebelah pulau.


Kami sedar ada YB dan pemimpin Umno Pulau Pinang banyak membela orang melayu,tetapi usaha itu masih tidak cukup untuk menyelesaikan kemelut ini.Ultra kiasu chauvanist seperti Guan Eng mementingkan survival bangsanya sendiri hingga menggunakan sepenuh kuasa yang ada hingga menindas kaum lain.


Umno punyai kuasa dan kemampuan untuk membantu orang melayu,bukannya seperti PKR dan PAS yang hanya lebih berminat memperbodohkan orang melayu walaupun berkuasa di negeri Pulau Pinang.Justeru pihak Umno gunalah peluang ini sebaik mungkin untuk membantu rakyat.

Sumber pisau.net

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive