Walaupun nama mereka telah berdaftar dengan Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk memiliki sebuah rumah dalam projek perumahan rakyat termiskin (PPRT), sehingga sekarang rumah yang diidamkan dua ibu tunggal di Sungai Pinang di sini masih tidak diperoleh.Lebih malang, apabila rumah PPRT yang disewa daripada pihak ketiga juga diarah dikosongkan secara lisan oleh Ahli Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang.
Sudahlah tempat berteduh mempunyai masalah, tiga cucu ibu tunggal itu juga tidak bersekolah hampir dua tahun berikutan masalah kewangan.Jalal Bee Mohd. Kassim, 62, dan anaknya Zatul Iradah Othman, 38, yang juga ibu tunggal buntu dalam menangani masalah yang dialami memandangkan mereka harus menampung lima lagi anak yang berusia dari lingkungan dua hingga 15 tahun.
Jalal Bee berkata, sudah beberapa kali dia berjumpa dengan pihak berkuasa untuk meminta bantuan rumah PPRT, namun dimaklumkan tiada kekosongan dan mereka akan cuba mendapatkan secepat mungkin.
“Saya tidak putus asa apabila mereka menjawab begitu, namun saya kecewa dengan tindakan ADUN Sungai Pinang, Koid Teng Guan yang menyuruh saya mengosongkan kediaman pada 8 Disember ini berikutan tuan rumah berkenaan mempunyai tunggakan sebanyak RM6,000 kepada pihak berkuasa tempatan.
“Apa salah saya? Bukan saya yang berhutang, mengapa tidak merampas rumah itu daripada tuan rumah berkenaan dan berikannya kepada saya sebab saya ada membuat permohonan untuk memiliki rumah PPRT,”Menurut Jalal Bee, sebagai seorang wakil rakyat Teng Guan, mesti tahu yang mereka adalah orang susah yang sepatutnya dibantu.
“Anak saya, Zatul hanya bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan pendapatan sehari RM30, mana cukup untuk kami sekeluarga pergi menyewa di tempat lain tambahan pula Pulau Pinang, sewanya terlalu mahal,” ujarnya.
Sementara itu, cucu Jalal Bee, Nur Shawanie Shamsul Anuar, 15, yang sepatutnya menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tidak dapat menduduki peperiksaan itu kerana sudah dua tahun dia meninggalkan alam persekolahan.
Shawanie berkata, dia tidak dapat pergi ke sekolah kerana masalah kewangan dan juga tiada surat pertukaran sekolah memandangkan sebelum ini dia dan adik-adiknya bersekolah di Tapah, Ipoh.
“Ibu ada pergi ke sekolah untuk minta surat pertukaran namun guru di sana minta ibu menyelesaikan yuran sekolah terlebih dahulu
“Saya sedih kerana saya dan adik-adik tidak dapat belajar lagi malah kami tiada sebarang bahan untuk belajar atau mengulangkaji secara sendiri,” ujarnya.
Menurut Shawanie, dia berharap mereka dapat kembali ke alam persekolahan dan sekali gus membantu keluarga yang kini ‘jatuh di timpa tangga”.
Selain itu, Pengarah Gabungan Pelajar Malaysia Semenanjung (GPMS), Wan Norazman Arifin hadir bagi menghulurkan bantuan keperluan harian kepada keluarga tersebut.
Wan Norazman berkata, pihaknya akan memastikan tiga beradik yang tidak bersekolah itu menyambung pelajaran semula malah pihak GPMS akan menanggung kesemua perbelanjaan persekolahan mereka.
MKP kata:DAP dok pembohong selama ini membantu rakyat akan tetapi inilah sebenarnya yg berlaku.
No comments:
Post a Comment