Friday, December 30

Guan Eng Penipu!!!!!



KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 2 hingga 6 April depan untuk perbicaraan kes saman malu RM30 juta difailkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhubung kenyataan beliau mengaitkan UMNO dengan demonstrasi dan cubaan membakar ibu pejabat DAP di Pulau Pinang.

Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah menetapkan tarikh itu di dalam kamar dengan dihadiri peguam, Jahaberdeen Mohamed Yunoos yang mewakili Zainal Abidin dan Latheefa Koya, mewakili defendan.

Zainal Abidin, 51, memfailkan saman itu pada 24 Oktober lepas.

Selain Guan Eng yang juga Setiausaha DAP, turut dinamakan sebagai defendan, Parti Keadilan Rakyat selaku pemilik laman berita elektronik Keadilan Daily dan akhbar Suara Keadilan, Segmen Fleksibel Sdn. Bhd., yang merupakan syarikat penerbitan Keadilan Daily dan Suara Keadilan dan Ketua penyuntingnya, Fazallah Pit.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Zainal Abidin mendakwa pada 3 Julai lepas, Guan Eng telah menerbitkan suatu kenyataan akhbar melalui e-mel yang kemudiannya disiarkan di Keadilan Daily pada 3 Julai dan di akhbar Suara Keadilan pada 5 Julai lalu.

Zainal Abidin berkata, kenyataan Guan Eng itu antara lain membawa maksud kononnya beliau terlibat dalam kegiatan mengguling Ketua Menteri Pulau Pinang melalui cara yang salah serta menyembunyikan penglibatan beliau dalam satu demonstrasi ganas yang berlaku di Komtar dan Jambatan Pulau Pinang pada 1 Julai lepas.

Beliau berkata, pada 18 Ogos lalu, Guan Eng telah mengeluarkan satu lagi kenyataan menyinggung di hadapan sekumpulan wartawan yang telah disiarkan di laman berita elektronik, The Malaysian Insider, pada hari yang sama.

Katanya lagi, antara lain kenyataan itu membawa maksud kononnya beliau telah merancang untuk mensabotaj premis parti DAP di Pulau Pinang, dan kononnya beliau terlibat dalam mencetuskan cubaan membakar premis itu.

Akibat kenyataan itu, ujarnya, ia telah merosakkan reputasi beliau dan menjejaskan kepercayaan parti induk terhadapnya.

Zainal Abidin menuntut ganti rugi RM30 juta, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah dan suatu injunksi bagi menghalang kesemua defendan daripa
da terus mengeluarkan atau menyiarkan kenyataan fitnah itu.


MKP kata:Rakyat Pulau Pinang Menanti Keputusan Mahkamah ini.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive