Friday, December 23

Pemimpin PAS Kedah Dr Ismail Kantoi Berbohong.



Kenyataan Exco Kesihatan, Dr Ismail Salleh kononnya Kerajaan Pusat  tidak memberi sebarang bantuan kepada mangsa banjir di Kedah adalah satu pembohongan secara langsung kepada rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Banjir Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, rakyat perlu bijak menilai kebenaran di sebalik kenyataan Exco itu yang disiarkan melalui bual bicara di sebuah stesen televisyen baru-baru ini.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah berkata, Kerajaan Pusat  mengeluarkan peruntukan lebih RM2 juta termasuk mengagihkan wang sumbangan RM500 kepada 50,000 penduduk yang terlibat dalam bencana banjir tahun lalu.

“Bantuan lain turut disalurkan semasa banjir, keperluan makanan di pusat pemindahan, keperluan asas seperti tilam dan keperluan lain melalui pelbagai kementerian terlibat.

“Kita desak beliau membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Kerajaan Pusat. Saya harap rakyat dapat menilai sendiri pentadbiran pemimpin Pas,” katanya kepada media selepas melancarkan penubuhan Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah Kanchut, di sini, semalam.

Pada majlis itu, Bashah berkata, bangunan Madrasah Salihiah Kanchut berusia 100 tahun itu patut  dikekalkan atas tapak wakaf asal, bukannya dirobohkan dengan diganti surau baru dalam pusat beli belah yang akan dibina.

“Jika madrasah dirobohkan dan digantikan dengan surau di pusat beli belah, ia tidak sesuai untuk dijalankan kerja keagamaan serta aktiviti kemasyarakatan. Tapak ini sudah diwakafkan sejak sekian lama untuk pembinaan surau dan tindakan Kerajaan Negeri merobohkan madrasah ini tidak wajar.

 “Sepatutnya Kerajaan Negeri menggunakan wang peruntukan yang diberi bagi membangunkan surau di atas tapak asal seiring dengan pembinaan pusat beli belah berkenaan,”  katanya.

Beliau berkata, mereka bukan hendak menolak pembangunan sebaliknya menyokong tindakan Kerajaan Negeri membuat pembangunan dalam kawasan itu tetapi tidak termasuk dengan usaha  merobohkan madrasah.

“Saya bersama badan bukan kerajaan (Ngo) lain menyokong tindakan Majlis Agama Islam Kedah memohon penangguhan mengosongkan bangunan surau Salihiah Kanchut dari Pejabat Tanah Daerah Kota Setar serta menggesa arahan merobohkan madrasah ditarikbalik,”  katanya.

Sementara itu, pengerusi jawatankuasa, Mansor Ahmad berkata, satu memorandum akan dihantar untuk menghalang pemaju dan Kerajaan Negeri merobohkan bangunan itu.

“Kita akan menghantar memorandum selepas mengadakan mesyuarat bersama jawatankuasa madrasah kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah dan kemungkinan besar turut dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

“Bagi tujuan mendapatkan sokongan terhadap usaha berkenaan, kita menubuhkan jawatankuasa bertindak termasuk melancarkan emel savemadrasah@yahoo.com serta membuka talian 011-14717736 untuk mengumpul ahli,”  katanya.

Mansor berkata, setakat ini ia mencecah 200 orang terdiri daripada keluarga pemegang amanah. Keahlian terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive